Saturday, December 5, 2009

RESIPI KEK KEJAYAAN

Menyentuh mengenai resepi kek ini, kali ini, saya Chef Affendi® ingin berkongsi satu resipi kek. Bukan resipi kek kukus, bukan juga kek lapis Sarawak, tapi Resipi Kek Kejayaan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kek Kejayaan ini adalah:

500g semangat (yang membara)
250g inisiatif atau daya usaha
100g kecekalan – jatuh sekali bangun semula sepuluh kali
180g kepercayaan
130g keinsafan
280g pengorbanan
180g campuran akhlak mulia
8 sudu teh perasaan tanggungjawab
200g senyuman

Bahan-bahan telahpun tersedia, marilah kita sama-sama membuat kek kejayaan kita. Pertama sekali, kita pukul semangat kita hingga menjadi kembang dan kental. Untuk berjaya, kita perlukan semangat yang kental, yang tidak mudah mengalah.

Selepas ianya kembang, masukkan inisiatif serta kecekalan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan kita tadi menjadi lembut lebih kurang 8 minit. Setelah itu, campurkan kepercayaan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Untuk berjaya, kita perlu percaya dan yakin pada diri kita sendiri, bertanggungjawab serta punyai akhlak mulia.

Ketiga, campuran tadi kita bungkuskan pula di dalam daun Ingin Tahu dan Ingin Cuba. Setelah kita bungkuskan elok-elok barulah kita masukkan adunan kita tadi ke dalam mangkuk keinsafan.

Lepas tu, hiasilah dengan senyuman yang menawan dan bakar adunan kita tadi dengan semangat yang membara.

Kalau kita gunakan ketuhar biasa (Jalan Lama) , kita bakar pada suhu 180° selama 38 minit.

Kalau kita gunakan ketuhar mikrowave (Leburaya), bakarlah ia selama 10 minit,

Untuk dapatkan kek yang elok dan cantik, elakkan adunan kita tadi daripada terkena air mata putus asa. Orang yang inginkan kejayaan, tidak kenal erti putus asa. Buangkan perkataan putus asa daripada kamus hidup kita. Agama Islam tidak akan tersebar luas sekiranya Nabi Muhammad saw putus asa di waktu dahulu.

Itulah dia resipi kita kali ini. Resipi kek kejayaan. Selamat mencuba.

Vogue gtu.

Sunday, November 29, 2009

BINTANG DI LANGIT

Sekiranya kita melihat langit di waktu malam, kita akan dapati kalau langit lebih gelap, maka lebih teranglah bintang-bintang. Pernahkah kita bertanya, mengapa agaknya kita tidak nampak bintang di siang hari?

Ini berlaku bukan kerana bintang tiada di siang hari. Ada! Ianya berlaku kerana pancaran cahaya matahari yang begitu terang hingga menyebabkan bintang-bintang tadi tidak kelihatan. Begitulah keagungan Ilahi. Dia mencipta dan menjadikan sesuatu itu ada sebabnya. Kita perlu fikirkan.

Apakah yang boleh kita simpulkan mengenai kejadian atau fenomena bintang ini? Dalam kegelapan, bintang cantik bercahaya terang. Begitulah hidup kita. Kita perlukan kegelapan(kepayahan/cabaran/dugaan) untuk menampakkan bintang-bintang dalam diri kita.

Kita bukan dicipta untuk kegagalan, kita dicipta untuk kemenangan. Kegagalan/ kegelapanlah yang akan menjadikan kita manusia yang berjaya. Kegagalan adalah kekalahan sementara. Putus asa adalah kegagalan sebenar.

Kebanyakan manusia bila menemui jalan kegagalan, dia akan berkata ‘mengapa aku, bukan si polan?’ Sepatutnya kita berterima kasih kepada Ilahi kerana kita masih lagi bernyawa untuk memulakan usaha yang baru setelah gagal.

Sebagaimana yang saya kata tadi, kegagalan adalah kekalahan sementara. Jatuh 1 kali, bangkit semula 10 kali. Mungkin ada hikmah di sebalik kegagalan kita. Usaha lagi, tambah ilmu, bangkit. Elakkan menyalahkan orang lain, keadaan, kurang modal, dan macam-macam lagi.

Begitulah pandangan saya mengenai kegagalan. Kekalahan sementara. Putus asa -kekalahan sebenar. Bagi saya, sekiranya kita ingin berjaya, kita perlu mempunyai prinsip 3P:

Pandangan hidup
Pegangan hidup
Perjuangan hidup


It is better to light a candle rather than to curse the darkness.

So guys, fikir-fikirin.

Sunday, November 22, 2009

Ikan, Ikan, ikan, mari beli Ikan

Ada di antara kita yang suka makan ikan air tawar, ada juga yang suka makan ikan parang, tenggiri dan sebagainya. Bercakap mengenai ikan, saya teringat ada pepatah Cina lama yang mengatakan “berikan seseorang itu seekor ikan, dia akan hidup untuk sehari. Ajar seseorang itu cara menangkap ikan, dia akan hidup sepanjang hayatnya


Kalau dikupas pepatah itu, dalam maksudnya. Sekiranya seseorang itu atau pun sesuatu bangsa itu selalu ditolong sahaja untuk mendapatkan sesuatu dengan cara memberi apa yang diingini tanpa diajarkan cara untuk mendapatkannya, sebenarnya kita tidak menolong mereka. Ini akan menjadikan mereka golongan yang sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain dan meminta-minta. Seseorang itu atau pun sesuatu bangsa itu akan sentiasa meminta ikhsan orang lain.

Ini akan menjadikan mereka kurang berkeyakinan untuk menghadapi cabaran arus kehidupan, lemah-lesu, moyok, letih dan takut untuk menghadapi kehidupan. Manakala jika kita tunjuk ajar seseorang itu bagaimana untuk memperolehi sesuatu itu, ini sudah tentu akan memberkan dia ilmu untuk membaiki dirinya.


Saya selalu menekankan prinsip ini kepada pelajar-pelajar saya. Belajar di universiti memerlukan kewangan yang banyak. Sebagai contoh; pelajar jurusan arkitek memerlukan wang untuk projek-projek, peralatan, dan pembinaan model. Pelajar jurusan pengurusan memerlukan wang bagi membuat penyelidikan di luar kampus. Semuanya memerlukan wang. Saya selalu menegaskan kepada mereka supaya berusaha untuk mendapatkan wang dan tidak lagi menunggu atau terlalu mengharapkan wang dari keluarga terutama ibubapa.


Bagaimana? Saya selalu menekankan supaya mereka menggunakan kepakaran, ilmu serta kekuatan mereka. Diajarkan kepada mereka cara untuk menjana pendapatan dari kepandaian mereka. Kita perlu berdikari dan merebut peluang yang berada di sekeliling kita. Sebagai contoh, jika fakulti saya ingin membuat kain rentang, saya selalu memberikan projek ini kepada pelajar-pelajar untuk membuat kain rentang untuk sesuatu seminar atau pun bengkel yang dianjurkan oleh fakulti saya.


Kain rentang yang telah disiap harganya sekitar RM150 setiap satu. Katalah pihak fakulti ingin mendapatkan 4 kain rentang, ini bermakna RM600 akan dapat diperolehi oleh seseorang pelajar itu. Sudah tentu, untungnya kepada pelajar tersebut sekurang-kurangnya RM300. Nah, cara inilah kita telah mengajar mereka cara mencari wang atau pun menjana pendapatan semasa belajar.


Ini sudah tentu akan mengajar mereka untuk lebih bersemangat, tidak sangat mengharapkan pertolongan orang lain, disamping boleh mempraktikkan apa yang dipelajari di bilik kuliah


Bangsa Melayuku, untuk menjadi bangsa yang maju dan perkasa, kita perlu berusaha sendiri dengan lebih gigih serta tekun lagi. Giatkan usaha kita. Bukalah mata kita. Bukalah minda kita. Dan bukalah hati kita. Elakkanlah daripada terlalu mengharapkan pertolongan orang lain atau subsidi.


Belajarlah sesuatu ilmu itu dan praktikkan dalam kehidupan kita. Berikan seseorang itu seekor ikan, dia akan hidup untuk sehari. Ajar orang itu cara untuk menangkap ikan, insyAllah dia akan hidup sepanjang hayatnya.

Oki doki, fikir-fikirin

Tuesday, November 10, 2009

Temuduga Dan kerja Lagi ...


Baru2 ni saya menerima satu email dari seorang pelajar bertanyakan mengenai meminta kerja. Dia kata ada satu buku yang mengatakan ada soalan bocor untuk g temuduga kerajaan. Saya beritahu dia, saya tak pernah dengar buku tu dan nama pengarangnye. Yang saya selalu dengar adalah Modul SPICE untuk RESUME dan Interbiu saya yang RM10 tu, je, hehehhe.

Mana ada kabel/fiber optic. Kalu selalu gunakan pintu yang kurang elok, kita takkan pernah yakin dengan diri kita sendiri. Sebenarnya kan, kerja ni kita kena percaya pada rezeki Allah. Ketetapan ILLAHI

Gunakan jalan yang bersih, insyaAllah ada barakahnye. I pernah gak dapat opportunity menemuduga beberapa bakal calon Guru Bahasa kat fakulti I. Tak da pun ape rahsianya. Sume bergantung pada I atau sipenemuduga yang lain. Dia macam ada aura. I rasakan ATTITUDE sicalon tu yang penting.

Persiapannye:
1. Solat dhuha selalu.
2. Solat tengah malam minta rezeki dari Allah
3. Membaca 41 X fatihah setiap hari dan dihadiahkan pada bakal penemuduga kita,
minta Allah lembutkan hati mereka pada kita.
4. Siapkan diri: keyakinan, kematangan, keilmuan, kejujuran
5. Market kan diri selalu. Market, market, market
6. Buang konsep "susah nak dapat kerja sekarang"
7. Buang konsep "banyak persaingan". Persaingan adalah konsep orang yahudi. Orang
Islam harus percaya bahawa sume orang ada rezekinya, tak cepat, lambat. Allah
akan beri kita pada masa yang Dia fikirkan sesuai untuk kita.
8. Jauhi virus ORang Gagal yang sentiasa menghasut seperti "nak kerja kena ada
orang dalam", mana nak dapat kerja, kita sume fresh graduate" dan macam-macam
lagi.
9. Percaya pada diri.
10. Dekatkan diri dengan orang yang positif
11. Cari ilmu (Berijazah tak semestinya berilmu dan berilmu tak semestinye berijazah)
12. Hati bersih.

Thursday, October 22, 2009

Amende???

Kita dapati sekarang ni ramai jurutera, arkitek dan professional Melayu. Ramai orang Melayu kita yang sudah berpendidikan tinggi. Alhamdulillah. Dan kita juga dapati jurang ekonomi kita dengan bangsa lain masih atau jauh ketinggalan di belakang. Mengape ek?

Baru-baru ni ada seorang pelajar tahun satu saya bertanyakan bagaimana nak support pelajarannya di IPTA. Tiada biasiswa dan masih lagi menunggu PTPTN. Terus saya beritahunya akan bagaimana nak cari wang untuk hidup. DIa kata, bagaimana ek?
Inilah dilemma pelajar Melayu kita, bijak akademik tapi tak tahu bagaimana nak aplikasi ilmunya dalam kehidupan. Lantasa saya mengatakan: what is the difference between learning and studying? What is learning? What is studying? Nah dia pun kata, sama je. Learning dan studying sama.

Hehe: the difference? Ejaannye. Ramai yang study, dan tak tahu apkebende yang dia study tu, janji pas atau skor dan pastu graduate dan dapat ijazah. Kat universiti, pelajar kita berseronok dan fokus untuk peksa je. Aktiviti lain seperti aktiviti kampus, hadiri bengkel-bengkel, tak penting sebab ape yang diceramah kat bengkel tak masuk exam. Yang penting bagi mereka kena SKORRRRRR. Lepas dapat ijazah, hidup akan ceria dan berubah. Hehe, Betulke? Hidup umpama satu garis linear yang formulanya Y = mx + c. , piker mereka. Hehe, hidup bagaikan bermimpi.

Learning = Learn + Earning. Pelajar kita buntu untuk cari idea untuk jana pendapatan ataupun kalau takde kerja, kita create kerja. Ini yang tak ditekankan di sekolah atau pun IPT. So bila tak dapat kerja, mereka menyalahkan gomen(kerajaan), korupsi, IPT, nak kerja kena ada orang dalam, kena ada fiber optik, salahkan pensyarah dan lain-lain yang appropriasi. Amendelah lu bro?
InsyAllah di pertemuan yang lain, I akan berikan cket tips mengenai cara jana pendapatan

So, fikir-fikirkan

Monday, October 5, 2009

Nak Cakap Omputih Dengan Yakin

Salam Guys. How are you? How do you do?



Amende? Takut nak cakap omputih? Tak suka orang yang cakap omputih macam "berlagak" je. Ini Malaysia, cakap melayulah.



Hehe, itu yang selalu saya dengar bila kita bincang-bincang pasal cakap dalam Bahasa Inggeris.

Ramai takut grammar salah, takut pronunciation salah, takda idea dan sebagainya bila nak wat presentation in English atau nak cakap omputih.



Ada yang FEAR dengan Bahasa Inggeris. Lantas memilih untuk menganaktirikan Bahasa Inggeris, tak belajar BI betul-betul, janji pas je.



Elakkan nak pas je untuk BI. BI adalah merupakan senjata bila kita bekerja. Tanpa BI, kita mungkin diperlekehkan oleh orang lain masa kita bekerja nanti. Berijazah, tapi takleh cakap omputih.

Tapi tak ape, masa belum terlewat. Saya nak kongsi sikit PETUA untuk baiki Bahasa Inggeris kita.

Perkara yang pertama adalah kita perlu ada niat/nawaitu/intention untuk baiki Bahasa Inggeris, kita kerana Allah. Kerana kita tahu kejadian kita di bumi ni sebagai khalifah Allah, untuk memakmurkan dunia. Dan dunia kini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai lingua franca. So kalau kita nak berdakwah ke, nak bekerja ke waimah ape sekali pun kita akan juga gunakan BI, kalau tak banyak, sikit, dan kalau tak sikit, banyak, heheh.

Elakkan berfikiran negatif seperti "Siapalah aku budak kampung je, mana pandai cakap omputih", "Depa paham ke ape yang aku cakap?", "alah, susahlah BI ni, tenses banyak bangat, mana nak ingat", dan macam-macam ada, hehe.

Tuliskan poin penting yang kita suka dalam buku skrap kita. Niat untuk ingat poin tu. Contohnya macam diri saya, saya tulis dalam buku saya, kata-kata hikmah, Akronim dsbnye. Pastu saya gitahu orang lain. Dan juga saya praktikkan dalam kehidupan saya. Pastu dia jadi macam darang daging saya. Vogue!

Ulang apa yang kita dah tulis selalu dan praktikkanya dalam kehidupan kita. Camne? Ajar orang lan, beritahu orang lain. Dan yang penting i rasa, gunakan dalam kehidupan kita.

Amali.. Amalkan. What is knowledge? Yup, knowledge is power. And for me "the ability to use knowledge is the ABSOLUTE power. Istiqamah

Grammar? Usah takut, get a reference book dari kedai buku. U could get a good grammar book for under RM30. PMR English reference book is good. For my former student, u could refer to my module/book "Bettering My Grammar ". Avoid buying the so-called "good" english language program that costs RM2XXX. It is toooo expensive and for me, and not that effective.

Have English Will Travel

Oki doki, fikir-fikirin

Wednesday, August 26, 2009

Memasarkan Diri dan Memakai Baju Hujan

Salam Guys. Artikel ini I tujukan khas buat siswa siswi yang akan bakal menamatkan pengajian mereka serta bakal memakai baju hujan pada bulan Ogos di tahun 2010.

Dah pasarkan diri tak? Dah minta kerja tak? Inilah soalan yang selalu saya tanyakan kepada pelajar-pelajar saya di IPTA saya bekerja.

Jawapanya: Macam-macam ada:- "aik mana nak mintak keja, lum abes lagi." "kita takda ijazah lagi, macam mana nak mintak keja?, "tak da masa, sibuk dengan Projek Tahun Akhir", 'abes kalu kita mintak kerja, syarikat tu panggil interbiu, macam mana?" "kalau kita dia offer keja macam mana?, "bolehke kita mintak kerja sekarang, tak abes lagi? Dan berbagai-bagai jawapan yang mereka berikan.

Semuanya mereka gunakan "Pemikiran Logikal" mereka. Amende? Nak berfikir ni kena ada ilmunya. Bukan terus fikir atau pun dengar cakap-cakap orang.

Pertama "aik nak minta keje, belum abes lagi":-proses pengambilan pekerja baru memakan masa. Biasanya iklan dikeluarkan di bulan september. Tarikh tutup bulan oktober. Senarai pendek di bulan november. Bulan januari tahun berikut baru dapat kelulusan kewangan syarikat untuk mengambil staf baru. BUlan februari baru nak dipanggil interbiu. Bulan april, kuar surat tawaran. Bulan mei diminta melapor diri. Bukan ke comenye, anda abes je kuliah trus melapor diri ke syarikat berkenaan.

Kedua, "kita takda ijazah lagi, macam mana nak minta keje?" Logik ek? Fuzzy logic ke atau logik ciptaan sendiri? Kalu gitu, bulan ogos tahun depanlah baruleh mintak keja, sebab masa tu dah pakai baju ujan (Gaun konvo). Natijahnya tunggulah bulan mei tahun yang berikutnya untuk dapat kerja. Maksudnya anda kena makan anggur masam(menganggur) lebih kurang 13 bulan, baru dapat kerja.

Ketiga, "tak da masa sibuk dengan Projek Tahun Akhir": amendalah lu bro? This is your future. Cari masa untuk pasarkan diri. Takkanlah terlalu busy hingga tak da masa untuk masa depan kita. Buat resume yang vogue gitu (yang ni kena jumpa saya untuk design resume yang vogue gitu). Tajamkan ilmu persembahan diri dan bagaimana nak jawab soalan-soalan interbiu.

Keempat: "kalu syarikat tu panggil interbiu, macam mana?" : amendelah, kalu dia panggil interbiu, pegile. Oh takut pulak u dapat keje tu ek? Kalu ditawarkan bolehlah kita renegotiate dengan syarikat tu mengatakan yang kita akan melapor diri pada sekian haribulan lepas tamat final exam. Oh, you akan kata: "kalau dia kata tak boleh camne?" LU pk lah sendiri, hehe. Lawak je. Kalau dia kata takleh, ucapakan TQ. Setidak-tidaknya u dah ada pengalaman g interbiu.

Kelima: :bolehtak kita minta keja sekarang, tak abes lagi?" Jawapan saya mudah je: BERDOSA TAK?

Oki doki, kita fikir-fikirin

Tuesday, August 11, 2009

BERIKAN KEPUTUSAN BUKAN ALASAN

Masa itu emas. Yeke? Masa itu amat beharga. Masa, masa masa. Ramai orang yang memperlekehkan kepentingan masa.

"Alah seminit je lewat, takkan tak boleh kot" , "Bas pertama yang saya tunggu, penuh. Lepas tu bas kedua pun penuh. Mujurlah saya terserempak dengan rakan yang memandu keretanya sendiri. Jadi saya lewat sikit ke kelas. Bukan salah saya. Bas yang lewat"

Yeke bukan salah SAYA? Hehe, berbagai 'dalil' dan alasan yang diberi. Salah bas, sebab bas datang lambat, salah trafik sebab lampu isyarat tak berfungsi, jalan sesak dan sebagainya.

Undang-undang dunia: Berikan keputusan Bukan Alasan.

Kiranya kita mempunyai janjitemu pukul 8 pagi di kawasan yang lebih kurang 20 minit dari rumah kita, adakah kita akan keluar rumah pada pukul 7.40 pagi?

Jawapannnya terletak pada diri kita; nak datang tepatke atau datang lewat.

Sebagai seorang Islam, kita sendiri tahu bahawa salah satu sifat munafik adalah tidak menepati MASA. Tapi ramainya juga umat Islam yang memberikan "RASIONAL" mengapa sikap memperlekehkan masa itu mereka ambil.

Nah justeru ramai yang menjadi NATO(NO ACTION TALK ONLY). Bijak berteori mengenai Islam (dalam konteks ini, masa) dan tidak/kurang mempraktikkanya. Kita tahu, tapi kita tahu hanya pada teorinya sahaja dan tidak mempraktikkanya. Maka makin tinggallah ke belakang kita umat-umat Islam kerana memperlekehkan masa.

So, kiranya kita telah terkeluar landasan, marilah kita sama-sama kembali ke landasan yang sebenar. Berikan keputusan Bukan Alasan.

sO, fikir-fikirkan.

Saturday, April 4, 2009

Adab

"Good morning Mr Afffendi". "Assalammualaikum Mr. Affendi" . Hehe, ungkapan yang sering saya dengar semasa seseorang pelajar tu mengambil kursus saya di sesuatu semester tu.


Keadaan berubah bila, seseorang tu tak lagi menjadi pelajar saya. Bila berjumpa saya, ada yang buat-buat tak nampak atau melihat bulan di langit (pukul 12 tengahari!) atau pun ada juga yang mengkaji (dy/dx) mengenai keretakan di longkang.


Hehe. Amendelah?Hipokrit. Elakkan buat begitu. Sama ada kita sedang atau telah menjadi pelajar seseorang itu, alangkah baiknya kalau kita sentiasa mewujudkan ukhuwah.

Kerana hidup kita ini bukanlah satu garislurus yang kita belajar di kelas matematik : y=mx + c. Hidup ni umpama fuzzy logic atau logic kabur. Kena selalu menjangkakan yang tak terjangka or anticipate the unanticipated.


Kerana kalau kita ada hablulminnannas atau interpersonal communication, insyaAllah hidup kita lebih barakah. Ramai yang akan membantu kita bila kita memerlukan. Kita akan mungkin satu hari akan berjumpa kembali dengan seseorang itu di dalam situasi yang kita tak terjangka.


Elakkanlah diri kita berbangga-bangga dengan ijazah, kepandaian atau pun apa saja. Ijazah, kepandaian dan kemahiran kita bukanlah satu paspot untuk kita mendabik dada. Ijazah atau diploma is only a piece of sheet!!!


Jaga ukhuwah. Good interpersonal communication. Niat Ikhlas. Tekun.
So guyz, jadikan hubungan sesama insan ini sebagai darah daging kita. InsyaAllah kita akan berjaya.

Tuesday, February 17, 2009

Stress

Salam guyz.

Hehe, fuyoo, dia study 12 jam sehari, aku nak lawan dia. Aku nak study 12jam satu minit. Hehe lebih dari dia.

Fuyoo, dia pakai handset baru. Aku pun nak pakai handset baru, nak compete dengan dia. Tak suka lah budak tu, macam bagus je, nyampah macam bagus je.

Hehe. U all ada wat macam ni tak. Kalu ada, hindarkan. Nanti stress kita dibuatnya. Elak cemburu dengan orang lain. Elakkan nak bertanding dengan orang lain. Be yourself. BSURSUCSUR.

Iri hati akan naikkan stress kita. Nak bertanding dengan orang lain akan juga naikkan stress kita. Tak suka sana, tak suka sini, juga akan naikkan stress kita.

Sikap, Tanggapan, Reaksi, Emosi, Seteru, Sakit semuanya ini akan memberikan kita stress. Sikap yang tak betul, Tanggapan pada diri dan orang lain, Reaksi terhadap sesuatu kejadian, Emosi kita, selalu salahkan orang lain, marah dan sebagainya, Seteru ramai, jadi kena belajar maafkan mereka, dan Sakit pulak itu. Yang sakit ni sebenarnya penghapus dosa.

So guyz, fikir-fikirkan.

Friday, January 30, 2009

BERFIKIRAN POSITIF

Salam guyz. After solat jumat. Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat mengenai "berfikiran positif"

Ramai orang beranggapan sekiranya seseorang itu tidak berfikir seperti mereka, mereka dituduh sebagai tidak berfikiran positif.

Amende sebenarnya "berfikiran positif" tu? Memang terlalu mudah untuk kita berfikiran positif semasa kita mempunyai segala-galanya: harta, kereta, pangkat, kepandaian dan sebagainya. Memanglah pada waktu kita ada segala-galanya kita bolehlah "berfikiran positif"

Tapi mampukah kita "berfikiran positif" sekiranya kita kehilangan segalanya dalam hidup kita: kerja, pangkat, kepandaian dan lain-lain? Mampukah kita berfikiran positif lagi? mampukah kita untuk melihat cantiknya dunia ini?

Di sinilah letaknya definisi "berfikiran positif". Sekiranya kita mampu dan masih lagi boleh meneruskan perjuangan hidup walaupun kita dah tak ada apa lagi, itulah pemikiran positif yang sebenarnya.

Kalau masa kita senang dan boleh berfikiran positif, itu tak ada apebenda pun. Cuba masa kita jatuh dan kita masih lagi boleh berfikiran positif, tulah sebenarnya "berfikiran positif"

Hehe. Think about it

Friday, January 23, 2009

SUKSES

Salam Kejayaan. Semua orang inginkan kejayaan ataupun sukses.

Tapi apakah yang dikatakan sukses atau pun success itu?

Bagi diri saya SUCCESS adalah Simply Using Concentration, Commitment, Effort Skills dan Self-Desires.

Kejayaan adalah hakmilik kita semua sekiranya kita inginkan ia sebenar-benarnya.

Berterima Kasih

Salam guys, Baru je saya habis kuliah.Di dunia yang serba canggih dan pantas kini, ramai orang terlupa akan tingkahlaku-tingkahlaku asas yang disenangi oleh manusia.

Ucapan terima kasih atau thank you jarang kita dengar atau dapatkan ketika ini. Kiranya kita ingin berjaya, kita perlulah pandai mengambil hati orang lain.

Kiranya kita telah dibantu oleh seseorang itu, apalah salahnya kalau kita ucapkan perkataan 'terima kasih' atau memlayangkan satau 'thank you card' atai setidak-tidaknya menghantar sms menyatakan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita itu.
Jarang kita dapat. Jarang kita dengari. Mungkin kita telah tidak diddidik di sekolah atau pun oleh ibubapa kita. Manusia suka dihargai.

Oleh itu hargailah jasa seseorang yang telah membantu kita.

Thursday, January 22, 2009

Berterima Kasih

Salam guys, Baru je saya habis kuliah.

Di dunia yang serba canggih dan pantas kina, ramai orang terlupa akan tingkahlaku-tingkahlaku asas yang disenangi oleh manusia.

Ucapan terima kasih atau thank you jarang kita dengar atau dapatkan ketika ini. Kiranya kita ingin berjaya, kita perlulah pandai mengambil hati orang lain. Kiranya kita telah dibantu oleh seseorang itu, apalah salahnya kalau kita ucapkan perkataan 'terima kasih' atau memlayangkan satau 'thank you card' atai setidak-tidaknya menghantar sms menyatakan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita itu.

Jarang kita dapat. Jarang kita dengari. Mungkin kita telah tidak diddidik di sekolah atau pun oleh ibubapa kita. Manusia suka dihargai. Oleh itu hargailah jasa seseorang yang telah membantu kita.

Ucapkanlah terima kasih selalu. InsyaAllah kejayaan akan menunggu kita