Sunday, November 29, 2009

BINTANG DI LANGIT

Sekiranya kita melihat langit di waktu malam, kita akan dapati kalau langit lebih gelap, maka lebih teranglah bintang-bintang. Pernahkah kita bertanya, mengapa agaknya kita tidak nampak bintang di siang hari?

Ini berlaku bukan kerana bintang tiada di siang hari. Ada! Ianya berlaku kerana pancaran cahaya matahari yang begitu terang hingga menyebabkan bintang-bintang tadi tidak kelihatan. Begitulah keagungan Ilahi. Dia mencipta dan menjadikan sesuatu itu ada sebabnya. Kita perlu fikirkan.

Apakah yang boleh kita simpulkan mengenai kejadian atau fenomena bintang ini? Dalam kegelapan, bintang cantik bercahaya terang. Begitulah hidup kita. Kita perlukan kegelapan(kepayahan/cabaran/dugaan) untuk menampakkan bintang-bintang dalam diri kita.

Kita bukan dicipta untuk kegagalan, kita dicipta untuk kemenangan. Kegagalan/ kegelapanlah yang akan menjadikan kita manusia yang berjaya. Kegagalan adalah kekalahan sementara. Putus asa adalah kegagalan sebenar.

Kebanyakan manusia bila menemui jalan kegagalan, dia akan berkata ‘mengapa aku, bukan si polan?’ Sepatutnya kita berterima kasih kepada Ilahi kerana kita masih lagi bernyawa untuk memulakan usaha yang baru setelah gagal.

Sebagaimana yang saya kata tadi, kegagalan adalah kekalahan sementara. Jatuh 1 kali, bangkit semula 10 kali. Mungkin ada hikmah di sebalik kegagalan kita. Usaha lagi, tambah ilmu, bangkit. Elakkan menyalahkan orang lain, keadaan, kurang modal, dan macam-macam lagi.

Begitulah pandangan saya mengenai kegagalan. Kekalahan sementara. Putus asa -kekalahan sebenar. Bagi saya, sekiranya kita ingin berjaya, kita perlu mempunyai prinsip 3P:

Pandangan hidup
Pegangan hidup
Perjuangan hidup


It is better to light a candle rather than to curse the darkness.

So guys, fikir-fikirin.

2 comments:

ms. ck said...

salam...Mr. Affendi
jalan2 t'jupe blog sir ni...
as usual...ur words full of motivation...thanks sir... Allah gave u ilham to motivate others from ur words..alhamdulillah..~wan nur sakinah a.k.a skin (not skinhead ya!...heheh)

AFFENDI HASHIM said...

Hi Skin. Tq for visiting my blog. Vogue gtu.