Tuesday, November 10, 2009
Temuduga Dan kerja Lagi ...
Baru2 ni saya menerima satu email dari seorang pelajar bertanyakan mengenai meminta kerja. Dia kata ada satu buku yang mengatakan ada soalan bocor untuk g temuduga kerajaan. Saya beritahu dia, saya tak pernah dengar buku tu dan nama pengarangnye. Yang saya selalu dengar adalah Modul SPICE untuk RESUME dan Interbiu saya yang RM10 tu, je, hehehhe.
Mana ada kabel/fiber optic. Kalu selalu gunakan pintu yang kurang elok, kita takkan pernah yakin dengan diri kita sendiri. Sebenarnya kan, kerja ni kita kena percaya pada rezeki Allah. Ketetapan ILLAHI
Gunakan jalan yang bersih, insyaAllah ada barakahnye. I pernah gak dapat opportunity menemuduga beberapa bakal calon Guru Bahasa kat fakulti I. Tak da pun ape rahsianya. Sume bergantung pada I atau sipenemuduga yang lain. Dia macam ada aura. I rasakan ATTITUDE sicalon tu yang penting.
Persiapannye:
1. Solat dhuha selalu.
2. Solat tengah malam minta rezeki dari Allah
3. Membaca 41 X fatihah setiap hari dan dihadiahkan pada bakal penemuduga kita,
minta Allah lembutkan hati mereka pada kita.
4. Siapkan diri: keyakinan, kematangan, keilmuan, kejujuran
5. Market kan diri selalu. Market, market, market
6. Buang konsep "susah nak dapat kerja sekarang"
7. Buang konsep "banyak persaingan". Persaingan adalah konsep orang yahudi. Orang
Islam harus percaya bahawa sume orang ada rezekinya, tak cepat, lambat. Allah
akan beri kita pada masa yang Dia fikirkan sesuai untuk kita.
8. Jauhi virus ORang Gagal yang sentiasa menghasut seperti "nak kerja kena ada
orang dalam", mana nak dapat kerja, kita sume fresh graduate" dan macam-macam
lagi.
9. Percaya pada diri.
10. Dekatkan diri dengan orang yang positif
11. Cari ilmu (Berijazah tak semestinya berilmu dan berilmu tak semestinye berijazah)
12. Hati bersih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
totally aggree with u sir..
thankz 4 ur tips...
haha, saya dapat percuma buku tu tapi tak habis baca lagi... tq Mr...
mengenai fiber optic tu, bagi saya agak penting kerana walaupun kita berkelayakan, tapi ada puluhan ribu peserta yang layak, kalau ada kabel, resume kita sudah pasti akan dibaca dan tidak terus dibuang dalam tong sampah... mmg rezki dah ditetapkan cuma kita perlu berusaha untuk m'dptkan, dan kabel adalah salah satu cara nak dapatkan kerja.
mengenai persaingan, persaingan kdg2 bagus kerana dapat melahirkan insan yg competitive dan kita akan cuba berusaha agar sentiasa berjaya dari org lain.
cuma pendapat saya sje....
BSURSUCSUR. WE are what we think
bersyukur...
satu perkataan keramat yang mudah di sebut...
tp berapa ramai jer yang m'amalkn???
wow Yen, bersyukur? No HAL.
Betul betul betul. Tiga kriteria kesyukuran yang kita perlu ada:
H Syukur dalam Hati kita
A Syukur dalam Amalan kita
L Syukur dalam Lisan kita
Ramai antara kita yang penuhi kriteria yang ketiga iaitu lisan. Mulut cakap syukur, tapi amalan dan hati tidak begitu.
Sebagai contoh, kita diterima masuk universiti. Kita bersyukur dengan bercakap "syukur, syukur dapat masuk U"
Amlannye bagaimana pula? Hati kita bagaimana pula?
Post a Comment