Thursday, October 22, 2009

Amende???

Kita dapati sekarang ni ramai jurutera, arkitek dan professional Melayu. Ramai orang Melayu kita yang sudah berpendidikan tinggi. Alhamdulillah. Dan kita juga dapati jurang ekonomi kita dengan bangsa lain masih atau jauh ketinggalan di belakang. Mengape ek?

Baru-baru ni ada seorang pelajar tahun satu saya bertanyakan bagaimana nak support pelajarannya di IPTA. Tiada biasiswa dan masih lagi menunggu PTPTN. Terus saya beritahunya akan bagaimana nak cari wang untuk hidup. DIa kata, bagaimana ek?
Inilah dilemma pelajar Melayu kita, bijak akademik tapi tak tahu bagaimana nak aplikasi ilmunya dalam kehidupan. Lantasa saya mengatakan: what is the difference between learning and studying? What is learning? What is studying? Nah dia pun kata, sama je. Learning dan studying sama.

Hehe: the difference? Ejaannye. Ramai yang study, dan tak tahu apkebende yang dia study tu, janji pas atau skor dan pastu graduate dan dapat ijazah. Kat universiti, pelajar kita berseronok dan fokus untuk peksa je. Aktiviti lain seperti aktiviti kampus, hadiri bengkel-bengkel, tak penting sebab ape yang diceramah kat bengkel tak masuk exam. Yang penting bagi mereka kena SKORRRRRR. Lepas dapat ijazah, hidup akan ceria dan berubah. Hehe, Betulke? Hidup umpama satu garis linear yang formulanya Y = mx + c. , piker mereka. Hehe, hidup bagaikan bermimpi.

Learning = Learn + Earning. Pelajar kita buntu untuk cari idea untuk jana pendapatan ataupun kalau takde kerja, kita create kerja. Ini yang tak ditekankan di sekolah atau pun IPT. So bila tak dapat kerja, mereka menyalahkan gomen(kerajaan), korupsi, IPT, nak kerja kena ada orang dalam, kena ada fiber optik, salahkan pensyarah dan lain-lain yang appropriasi. Amendelah lu bro?
InsyAllah di pertemuan yang lain, I akan berikan cket tips mengenai cara jana pendapatan

So, fikir-fikirkan

3 comments:

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

saya setuju dengan pandangan en affendi,
tapi, siapakah yang harus kita persalahkan dalam hal ini,
sistem pembelajaran kita @ diri kita sendiri???
bagi saya, sistem pembelajaran kita yang bermasalah,
bukan nak cari salah sesiapa tapi selama saya belajar ni, saya telah ditekankan bahawa dengan belajar dan lulus periksa, saya akan mendapat kerja yang bagus. memang ini x salah tapi semakin saya belajar, saya dapat rasakan yang lulus periksa x menjamin mendapat kerja yang baik.
tapi, selama berbelas tahun saya dididik agar fokus pada ujian dan periksa menyebabkan saya tak boleh learning, dan jadilah saya seperti insan2 yang lain.
lagi satu, masa saya sekolah menengah, kami tidak digalakkan bekerja sambil belajar dan jika terpaksa bekerja, prosedur yang leceh terpaksa kami buat. jadi, ini menbantutkan kebolehan untuk mencari wang.
selepas itu, sistem jpa. pelajar jpa dijanjikan peluang pekerjaan jika mereka dapat gred yang tinggi menjulang. jadi, ini secara tidak lansung mengajar mahasiswa agar study than learning.
satu lagi, sebagai graduasi universiti, sedar x sedar kami menpunyai satu ego yang menyebabkan kadar pengangguran di malaysia agak tinggi. cuba en. bayangkan, kita dah belajar lagi tinggi dari rakan2 yang lain tapi apabila keluar u, kerja yg setaraf SPM yang ditawarkan. apa guna kami belajar tinggi2, its better kami terus bekerja selepas SPM. orang kata jangan memilih kerja tapi kami keluar dengan hutang PTPTN dan kami wajib membayar balik hutang itu. kami bukan pelajar tajaan jpa yang dijanjikan peluang pekerjaan.
cuma saya sedikit beruntung kerana agak aktif dalam persatuan kolej tapi itupun mendapat rungutan dari pensyarah dan rakan2 saya yang menyatakan saya terlalu aktif sehingga mengabaikan pelajaran. cuma kata2 CEO CIMB bank , nizar tun razak semasa saya menghadiri wacana pendidikan anjuran yayasan pahang, dia berkata, kami tidak mahu orang yang bagus akedemik tetapi orang yang boleh buat wang untuk kami (lebih kurang lar, lupa sket), jadi saya tidak terlalu mementingkan akademik. betul x kputusan ini?????????????????
entah la, cuma bagi saya sistem kita yang bermasalah. yang menyebabkan kami susah untuk hidup selepas keluar dari student life. mungkin saya salah cuma ini hanyalah pandangan saya.

AFFENDI HASHIM said...

Yen, siapakah yang harus kita persalahkan dalam hal ini?
Dalam hal ni, tiada siapa yang harus dipersalahkan. Sendiri kena ingat. Setiap manusia ada hala tujunya. Pensyarah pun betul bila dia kata kena skor, sebab visi dia tak sama dengan visi kita. Ada orang nak dapat kerja. Ada orang bila dah dapat kerja, itu dia kata Berjaya. Ada orang nak jadi jutawan dermawan. Sumenye berlainan fokus. Dengar boleh, but kena fikir sendiri samada apa yang dikatakan seseorang tu sesuai dengan diri kita.

Kita bernasib baik kerana ada sistem pembelajaran Negara kita . Ada manusia yang tak dapat belajar langsung. Dan kita kena sendiri betulkan masa depan kita selepas diberi pelajaran melalui melalui system pembelajaran Negara kita. Umpamanya umat Islam dah dibekalkan dengan sebaik baik- kitab, iaitu kitab Al-Quran. So kalu ada yang tak ikut ajaran yang diajar di dalam Quran, adakah kita akan mengatakan ianya bermasalah? Tentu sekali tidak. Diri individu itu yang bermasalah.
Saya teringat satu masa dulu ada seorang menteri kesihatan yang mengatakan “sesiapa yang aliran sastera semasa di tingkatan empat dan kalau dia wat jazah perubatan di Rusia, ijazah kedoktorannnya tak akan diiktiraf oleh kerajaan. Amendelah, menghukum orang di atas kegagalan/kesalahan lampau. Tengok pemikiran seseorang tu, bagaimana dia boleh terpikir benda sebegitu. Begitulah juga bila yang mengatakan kena belajar betul-betul, nanti akan senang dapat kerja dan kerja besar. Betul pendapat tu, kalau digunakan di tahun 70an. Sekarang dah tahun 2009 dan nak masuk 2010 pun. Sekarang masa dah berubah. Remember this: What is extraordinary Today is going to be a norm Tomorrow.
Pelajar bangsa lain ramai yang kerja sambilan semasa bersekolah. So, mereka dapat praktikkan apa yang diajar di sekolah. Pelajar Melayu pula nak skor sebab nak masuk asrama penuh dan rasa vogue. Saya bantu ibu saya di restorannya semasa saya belajar di sekolah menengah. So, bila I merantau study di US, masak-masak no hal. Ramai Pelajar di IPTA, I rasa nak potong ayam belah 14 bahagian pun tak tahu. Sendiri kena rajin.

Pokok pangkalnye, kena tahu bahawa kejayaan Akademik bukanlah segala-galanya. Mungkin apa yang dikatakan oleh pegawai JPA supaya dapat gred tinggi menjulang tu, niatnya untuk member motivasi pada pelajar. And we have to remember, we are the captain of our own ship and NOT the officer.
Nape, ada ijazah takleh kerja taraf SPM ke? In this world we have to prove ourselves to the world before people can trust us. We don’t pay you because of your degree. We pay you because of your performance!!! We can’t change the world. We can only change ourselves.
Mahal sangat ke bayaran setiap bulan PTPTN tu? Saya pun kena bayar Kem. Pelajaran (KP) RM1440 setiap bulan kerana dikatakan pecah kontrak biasiswa(saya tak jadi cikgu sekolah, sebaliknya saya mengajar di IPTA). Kita kena percaya pada Allah. Rezeki di mana-mana. Elakkan mengeluh. Sume orang ada rezekinya. So, pendekatan saya begini, KP minta RM1440 sebulan, saya akan dapatkan pendapatan sepuluh kali ganda sebulan daripada apa yan mereka minta. Bulan April tahun depan, tamat pembayaran sebanyak RM104,000 saya dengan KP. Haruskah ku merintih? Noooooo. Take it as a challenge. Maksudnya Allah suruh kita berfikir akan sesuatu kejadian tu dan bukannya mengeluh seperti 95% manusia lain yang asyik menyalahkan keadaan, gomen, bureaucrazy dan macam-macam lagi. Ramai manusia mengeluh bila berhadapan dengan masalah atau yang difikirkan sebagai masalah. Masalah adalah peluang untuk kita menjayakan diri. Allah nak jadikan kita Berjaya Yen.
So Ye, jaga-jaga dengan 95% manusia yang lain tu.
So, fikir-fikirin

Mohd Efizan said...

Semoga Mr Fendi berada dlm keadaan sihat sejahtera. Baru malam ni sy jumpe blog Mr Fendi. Sgt menarik dan sy akan terus mengikutinya...

Tq Mr Fendi
Ur MUET studnt