Thursday, January 13, 2011

LIULIAN

Lai lo lai lo Liulian, sedap ma, manit memang manit.

Amende tu ek? Kisah di satu pasar, Penggerai sedang menjual Durian. Saya rasa ramai di antara kita yang suka makan durian.

Durian memang sedap dimakan. Tapi tahutak tak ramai orang yang tanam pokok durian, kecuali di kampong-kampung? Saya teringat satu ketika dahulu, semasa saya di kampong ayah saya telah menyuruh saya menanam pokok durian. Saya pun bertanya ayah saya, mengapa kita tak beli saja, kan ke senang?

Maka ayah saya pun menjawab, “ Jika kita tanam, kita akan dapat merasakan nikmatnya hasil tanaman kita sendiri

Jadi saya pun telah menyemai dua biji benih durian. Lepas tu saya siram dan bersihkan kebun durian saya tu.

Lepas tanam durian, pada satu hari saya bertanya ayah saya, “Ayah, bila kita dapat makan buah duriannya?” Lantas ayah menjawab, “Tanam biji durian hari ni, kita tak boleh mengharapkan dapat makan hasilnye esok, kita kena sabar”

Tahun pertama, takde ape yang berlaku, tapi saya masih lagi meneruskan usaha saya, siram setiap hari dan baja dua minggu sekali. Rumput disekeliling pokok durian tu pun saya kena bersihkan dan kena juga jaga daripada dimakan kambing daunnya.

Tahun kedua pun, tak pape yang berlaku, buah durian pun takde. Tapi sya masih lagi meneruskan usaha-usaha saya, membersihkan kawasan di sekitar pokok durian saya serta membubuh baja.

Tahun ketiga pun masih tak dapat menikmati hasil pokok durian yang saya tanam tu. Umur pun dah meningkat dan saya pun telah berada di Darjah 4.

Hinggalah tahun kelima, barulah saya terlihat pokok durian saya telah berbunga. Dan selepas itu ianya mula berbuah. Perasaan gembira saya tak terkata ketika itu. Dan selepas menanti, akhirnya saya dapat merasakan buah durian pertama hasil dari biji benih durian yang saya tanam lima tahun yang lalu.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah seklian, apakah hubungkait menanam durian dengan kehidupan kita?

Sunday, December 26, 2010

DUA SAHABATKU

Salam Guys. Di kali ni saya nak berkongsi cerita mengenai dua orang sahabat saya, satu namanye Neg dan yang sorang lagi namanye Posi yang saya kenal satu ketika dahulu.

Betul, betul betul. Pada awalnya saya telah berkenalan dengan Neg. Neg ni, orangnya pandai bercerita. Neg sentiasa membawa beg laptop ke mana sahaja dia pergi. Dalam beg laptopnya takda laptop. Sebaliknya beg laptopnye berisi campuran-campuran alasan dan masalah.

Neg selalu berkongsi campuran itu dengan saya. Neg juga ada stok permaidani yang cukup bersar dan mencukupi yang akan diberikan kepada saya supaya saya boleh menyorokkan sesuatu yang menyusahkan saya.

Neg cukup baik, sentiasa menemani saya ke mana sahaja saya pergi. Dia selalu bertindak sebagai penasihat dan selalu bercerita mengenai kegagalan.

Setiap kali saya ingin mencuba dan memulakan sesuatu perkara atau sesuatu pekerjaan, Neg akan sentiasa bermurah hati untuk memberikan saya khidmat perundingan dengan percuma. Neg akan sentiasa memberikan beribu-ribu alasan kepada saya supaya saya melupakan sahaja niat saya tu dan juga menyatakan kepada saya mengenai masalah, kesusahan, kepayahan yang akan saya hadapi.

Perkataan-perkataan popular Neg adalah seperti “tak bolehlah, Alah, sudahlah, cukuplah susah, seganlah, dah nasib badan, apa orang lain kata, relaxlah brader, tak boleh, susah, payah, pening kepala nanti”.

Sekonyong-konyong pada satu hari entah macam mana saya telah Berjaya melalukan sesuatu dengan eloknya. Inilah bibit pertama pertemuan saya dengan rakan saya yang sorang lagi, namanye Posi.

Posi telah mengucapkan tahniah kepada saya. Dengan sekelip mata sahaja, dia telah menunjukkan kepada saya bagaimana saya boleh mencipta kejayaan dalam hidup saya.
Posi selalu melemparkan kata-kata seperti, “aku boleh, aku mesti buat yang terbaik, Pasti Berjaya, Aku mesti kerja kuat.” Wow, saya berasa begitu seronok dengan kehadiran Posi dan Posi selalu menunjukkan kepada saya perkara-perkara yang tak pernah saya impikan sebelum ini.

Pada mulanya saya sering juga mengajak Neg kalau saya keluar berjalan dengan Posi. Manalah tahu saya perlukan Neg juga. Tapi lama-kelamaan saya dapati saya perlukan Posi lebih dari Neg. Walaupun kedua-duanye pandai bercerita, saya dapati cerita Posi begitu memberangsangkan dan meyakinkan serta membara dari cerita Neg yang suram, gundah gulana, dan menggagalkan.

Akhirnya Posi menjadi pilihan saya dan saya mula menjauhi Neg. Phew, dalam diam-diam, Neg telah cuba menukar identitinye untuk mengaburi mata saya bagu tujuan untuk mendekati saya semula. Neg telah memakai topeng untuk mengaburi mata saya.

Tapi saya tetap mengenali Neg walaupun dia memakai topeng. Camne ek? Senang je. Melalui tutur katanye seperti, “Tak bolehlah, Alah menyusahkan, Tengoklah dulu, Dah terpaksa, Tak apalah, Seganlah, Tak payahlah, Cukuplah.”

Saya jauhi Neg dari hidup saya. Akhirnya dengan Semangat yang Posi berikan kepada saya, saya telah Berjaya ke Puncak Kejayaan. Dan kini bila saya menoleh ke bawah, saya nampak Neg di sebuah lembah memekik-mekik kepada mereka yang lalu-lalang untuk mendengar alasan dan masalah yang diberikannya untuk mencari mangsa-mangsa baru. Phew.

Wow, panjangle pulak artikel kali ni. Guys, dua sahabat ni ada dalam diri kita. Lu pikirlah sendiri. Yang mana pilihan hati?

Saturday, December 18, 2010

HIDUP BERNAFASKAN KEJAYAAN

Hidup kita adalah satu perjuangan. Kita berjuang dengan segala kemampuan dan kurniaan yang telah Allah swt berikan kepada kita.

Sebagai seorang konsultan dan juga motivator, saya sering ditanya oleh peserta-peserta kursus motivasi saya:Apakah yang membuatkan seseorang itu cemerlang dan gemilang?

Untuk hidup di dunia ini, kita perlu bernafaskan oksigen. Dan untuk hidup cemerlang dan gemilang, kita perlu bernafaskan kejayaan. Bagi diri saya ‘kejayaan adalah hak milik setiap insan’. Success is 1% inspiration and 99% perspiration.

Hidup bernafaskan kejayaan (Al-Falah) ini sentiasa meletakkan keyakinan kepada kekuasaan Allah swt. Yakin yang Allah itu Maha Adil. Sebagai contoh, untuk hidup senang kita perlu berusaha. Tanpa usaha, masakan kita boleh hidup senang.

Saya ingin berkongsi 3 tips mengenai Hidup Bernafaskan Kejayaan. Yang pertama, insan yang bernafaskan kejayaan itu menggabungkan niat dan perbuatan. Dia adalah insan yang menentukan matlamatnya(niat) dan bertindak untuk mencapai cita-citanya (perbuatan). Sebagai seorang Muslim, apa sahaja yang kita lakukan niatnya terlebih dahulu adalah kerana Allah swt dan perbuatan kita adalah kerana Allah swt. Insyaalah apa yang kita usahakan akan mendapat keberkatan Ilahi.

Yang kedua ialah insan yang bernafaskan kejayaan dahagakan kemajuan. Mereka rasa tidak selesa berada di takuk yang lama sahaja. Ini kerana apa yang begitu gah hari ini akan jadi satu kebiasaan di hari esok. What is extraordinary today is gonna be a norm tomorrow.Kita perlu ingat bahawa ‘success is a journey, NOT a destination.” Justeru itu, untuk berjaya kita perlu tingkatkan diri kita dari masa ke masa, tingkatkan ilmu kita dan usaha kita. Sebagai insan yang bernafaskan kejayaan, kita perlu sedar bahawa kemajuan itu bererti perubahan. Ubah sikap, ubah minda, baiki diri kita.

Yang ketiga, untuk hidup bernafaskan kejayaan kita perlulah menjadi tangan yang memberi. Terdapat pelbagai jenis ‘memberi’; memberi sedekah, nasihat, pertolongan dan ilmu. Tangan yang menerima biasanya tidak akan memperolehi kegembiraan seperti yang diperolehi oleh tangan yang memberi. Mengapa? Bila selalu menerima, kita menjadi manusia@bangsa yang lemah dan kurang berfikir untuk menjadi pemberi pula.

Islam adalah agama kejayaan dan Islam sentiasa menyeru ke arah kejayaan. Gabungkanlah niat dan perbuatan, dahagakan kemajuan dan jadilah tangan yang yang memberi.

Saturday, October 30, 2010

Grade To Be Great

Salam Guys. Hehe, dah nak dekat final examkan? Mesti sume tengah study maut kan?

Kali ni I terasa pula nak bercakap mengenai gred. Wow, phew sensitive.

Di kuliah saya, saya selalu menekankan bahawa gred tidak penting. To excel in life,yang penting ilmu yang kita dapat. Ada juga yang mengatakan, “yes” grade tak penting but to excel in live we need a grade, kata mereka.

Betul juga kata mereka tu. Grade perlu untuk Berjaya dalam kehidupan.

Lantas saya bertanya ape tu “Berjaya”. Ape gunenya kalu kerja berkumpulan, kita tak buat, tapi kita tempek nama kite je, dan lepas tu dapat A ke, B atau sebagainye.

Ape gunanye kalu kita meniru lab report dan dapat A. Cantik di transkrip kita dapat grade A. Rasa bangga giler!!!. Kita leh nipu orang lain. But can we tell a lie to ourselves? To Allah?

Pada pendapatan saya yang tak banyak ni, I lebih rela dapat grade C hasil kerja I sendiri dari Grade A secara meniru. Amendenye? Grade perlu HALAL dan perlu barakah Allah.

So, guys, sama-sama kita renungkan

Grade To Be Great

Salam Guys. Hehe, dah nak dekat final examkan? Mesti sume tengah study maut kan?

Kali ni I terasa pula nak bercakap mengenai gred. Wow, phew sensitive.

Di kuliah saya, saya selalu menekankan bahawa gred tidak penting. To excel in life,yang penting ilmu yang kita dapat. Ada juga yang mengatakan, “yes” grade tak penting but to excel in live we need a grade, kata mereka.

Betul juga kata mereka tu. Grade perlu untuk Berjaya dalam kehidupan.

Lantas saya bertanya ape tu “Berjaya”. Ape gunenya kalu kerja berkumpulan, kita tak buat, tapi kita tempek nama kite je, dan lepas tu dapat A ke, B atau sebagainye.

Ape gunanye kalu kita meniru lab report dan dapat A. Cantik di transkrip kita dapat grade A. Rasa bangga giler!!!. Kita leh nipu orang lain. But can we tell a lie to ourselves? To Allah?

Pada pendapatan saya yang tak banyak ni, I lebih rela dapat grade C hasil kerja I sendiri dari Grade A secara meniru. Amendenye? Grade perlu HALAL dan perlu barakah Allah.

So, guys, sama-sama kita renungkan

Thursday, October 14, 2010

KISAH PENDAYUNG SAMPAN DAN PENYELIDIK

Di dalam bengkel-bengkel saya di IPT, dari pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar-pelajar yang lebih “terror” misalnya fakultinya terror dari fakulti lain, kursusnya lebih susah dari kursus orang lain dan keputusannya lebih terror dari orang lain merasa gah dengan keterroran mereka. Phew!

Lantaran saya selalu bertanyakan soalan: Apa itu pandai? Apa itu bijak? Dapat 20A+ pandai ek? CGPA 4.21 pandai ek?

Are you ready kids? Ay ay captain. Are your ready kids? Ay ay captain. I can’t hear you! Hehe

Di artikel yang ini saya nak kongsi satu caritera untuk renungan kita bersama. Kisahnya bermula di mana pada suatu hari, seorang penyelidik telah pergi ke sebuah kampung nelayan untuk membuat kajian tentang lautan. Penyelidik itu telah mendapatkan khidmat seorang pendayung sampan di kampung itu untuk membawanya ke laut.

Pendayung sampan ini orangnya tidak banyak cakap. Ikut saja apa yang disuruh oleh penyelidik itu. Pegawai penyelidik itu begitu tekun dengan kerjanya. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji, kemudian digoncang tabung uji itu. Selepas itu penyelidik itu menulis sesuatu di dalam bukunya. Hampir empat jam pegawai penyelidik itu berada di lautan tersebut.

Pendayung sampan itu hanya membiarkan sahaja pegawai penyelidik itu dengan kerjanya. Tiba-tiba guruh berbunyi. Pendayung sampan itu pun berkata ‘Tuan Pegawai Penyelidik, nampaknya hari dah nak hujan, eloklah kita pulang ke darat’. Pegawai penyelidik itu bersetuju dan dalam perjalanan pulang barulah beliau bercakap dengan pendayung sampan itu.

Pegawai penyelidik bertanya kepada pendayung sampan, ‘dah lama kerja mendayung sampan?’ ‘seumur hidup saya tuan,’ jawab pendayung sampan. ‘hah!, seumur hidup?’ kata pegawai itu sambil menggelengkan kepala.

Pegawai penyelidik kemudian bertanya lagi adakah pendayung tersebut tahu mengenai Biologi? Pendayung sampan menggelengkan kepala dan berkata ‘tak tahu, tuan’. Pegawai penyelidik berkata, ‘kalau begini, kamu sudah kehilangan 25% hidup kamu’.

Kemudian pegawai itu bertanya lagi, ‘kamu tahu fizik?’ pendayung sampan hanya menggelengkan kepalanya. ‘Kasihan kamu, fizik pun kamu tak tahu, amendelah, kamu dah kehilangan 50% usia kamu’.

Kemudian pegawai bertanya pula mengenai kimia. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. Pegawai penyelidik itu berkata pula, kamu sudah kehilangan 75% daripada usia kamu. Malang sungguh nasib kamu. Semuanya tidak tahu. Seluruh usia kamu dibazirkan sebagai pendayung sampan. Kata pegawai itu dengan nada angkuh dan mengejek.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Ombak besar datang dan melambung sampan. Maka terbaliklah sampan itu. Pegawai penyelidik dan pendayung sampan itu terpelanting ke dalam laut. Dalam keadaan yang panik itu, sempat juga pendayung sampan itu bertanya kepada pegawai penyelidik itu. ‘Tuan, tuan tahu berenang?’ Pegawai itu menggelengkan kepala. ‘Kalau begitu, tuan telah kehilangan 100% nyawa tuan,’ kata pendayung itu sambil berenang menuju ke pantai.

Kesimpulannya, dalam hidup ini kebijaksanaan/IQ/Result Peperiksaan /ijazah yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tidak berguna kita pandai dan tidak tahu perkara-perkara yang lebih penting dalam hidup. Ilmu ni tak terbilang kita banyaknya. Semakin banyak yang kita tahu kita tahu, semakin banyak yang kita tahu kita tahu kita tak tahu.

Adakalanya orang yang kita sangka “bodoh” itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin kurang pintar dalam bidang yang tiada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi pakar dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini pendek. Tanyalah diri kita, untuk berbangga? Untuk berlumba sape lebih terror? Untuk apalah ilmu yang dikumpulkan, jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan.

Lu pikirlah sendiri, hehehehhehe

Sunday, September 5, 2010

RENDANG RAYA

Salam Guys, tak lama lagi nak lebaran, hehehe, yahoo. Apakah santapan raya yang u all suke? Saya suka ketupat dan rendang, kelass gitu. Apeke resipinye nak buat rendang ek? I nak kongsi sikit resipi nak buat rendang untuk raya yang bakal menjelang.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk rendang raya ini adalah:

a. 1 timbunan ilmu.
Ilmu ini penting untuk ekalan hidup kita dunia dan akhirat. Sebagai muslim, kita perlu menimba,menambahbaik ilmu kita. ilmu hidup, ilmu kerja, ilmu akhirat. Kita mestilah sentiasa dahagakan ilmu.

b. 180g motivasi tinggi.
Untuk sentiasa gembira, kita perlu punyai motivasi yang tinggi. Dan mengingat mati adalah satu motivasi.

c. Sebuah ketekunan diparut
d. 150g perasaan ceria, kesungguhan
e. 10 hiris keinsafan- dimayang halus
f. Beberapa keping kasih sayang
g. 8 keping estim diri
h. 12 keping pemikiran positif
i. 130g komunikasi efektif
j. 80g pemikiran optimistik

Dan sebagai hiasan (makanan perlulah dihias, baru nampak cantik dan menyelerakan), hiaskan dengan sekuntum senyuman dan perasaan kesyukuran.


Mengapa rendang raya? Apabila saya ditanyakan kahbar, saya selalu menyatakan, setiap hari adalah hari raya buat diri saya. Hari raya adalah sesuatu yang sentiasa dinantikan kita dan hari yang sungguh gembira buat diri kita. Justeru itu, setiap hari adalah hari raya buat saya.


Bahan-bahan kita telahpun tersedia. Marilah kita membuat rendang raya kita. yang pertama, timbunan ilmu tadi dipelajari dan ditapis lalu digaul dengan motivasi, asas utama untuk kita gembira. Perapkan ilmu dan motivasi tadi hingga cukup mesra. (makin tinggi ilmu kita, makin tunduk/mesra sesama insan). Selepas itu, kita perahkan ketekunan menjadi satu liter pati kesungguhan dan dua liter usaha. Orang yang ingin gembira, mereka tidak mempunyai masa untuk sesuatu yang tidak berfaedah seperti gosip, mengumpat dan sebagainya.


Gaulkan keinsafan, kasih sayang, estim diri dan pemikiran positif sehingga rata. Carilah benda yang baik-baik atau positif pada orang lain. Hormat sesama insan. Barulah hidup kita boleh gembira, tak berprasangka, buruk sangka dan lain-lain.


Setelah kita gaulkan keempat-empat ramuan tadi, kita renjiskan komunikasi efektif sehingga bangkit baunya. Komunikasi efektif adalah sesuatu yang teramat penting untuk mempertingkatkan hablulminannas ataupun hubungan sesama insan.


Bahan-bahan yang telah kita gaul tadi, kita campurkan dengan perasaan ceria. Biarkan sementara. Menyentuh mengenai ceria-“Adakah kita senyum kerana kita gembira?” atau –“Adakah kita gembira kerana kita senyum?”


Selepas tiga minit, masukkan kesungguhan dan tutup dengan keimanan. Bila rendang raya kita sudah masak/empuk, hidanglah ia dengan semangat optimistik.


Elakkan daripada terkena jari-jemari negatif. Nanti basi (elakkan campur dengan orang yang negatif).


Untuk hiasan, taburlah senyuman di atas rendang raya kita.


Begitulah caranya membuat rendang raya agar setiap hari adalah hari yang gembira, ceria dan setiap hari adalah hari raya buat diri kita semua, insyaallah. Selamat mencuba.