Phew, saya bayak menerima email dan sms mengapa tak
update blog saya. U tak tahu, I pun tak
tahu, hahaha. Tapi hari ni saya
terpanggil untuk menulis. LU pklah
sendiri..
Kekuatan umat ataupun sesuatu bangsa itu bergantung
kepada penerapan nlai-nilai murni (bersatu padu, beketrja keras, gigih
berusaha, disiplin, ukhuwah, sentiasa dahagakan ilmu), kebijaksanaan dan adanya
harta yang halal berkat usaha yang gigih ( kekuatan ekonomi)
Tanpa kebijaksanaan dan tanpa kekukuhan ekonomi, sesuatu umat atau pun
bangsa itu akan mudah tunduk ataupun kowtow kepada bangsa yang lebih maju dan
lebih kuat kedudukan ekonomi mereka.
Bangsa Melayu perlulah mengambil iktibar dari negara-negara
jiran kita. Kaji mengapa sesuatu itu boleh berlaku dan bukannya bertindak
mengikut emosi tanpa mengkaji. Carilah
ilmunya dahulu dan lepas tu barulah bertindak. Bukan sekadar menjadi pak turut
emosi.
Lihat pula apa yang berlaku di tempat-tempat lain di
dunia ini. Semua kejadian ini adalah
iktibar untuk kita berfikir mengenai masa depan Agama kita, bangsa kita dan Negara
kita.
Rapatkan barisan kita. Inilah tanah kita. Bersatu dengan Nawaitu yang jitu demi
kelansungan generasi mendatang. Elakkan
dok fkir untuk hari ni je.
Ramuan Melayu perlu diterapkan di hati sanubari kita
semua.
M- Memimpin diri dan
dunia dengan ILMU. Bangsa kita perlu
lengkapkan diri dengan segala ilmu baik ukhrawi mahupun duniawi. Bacalah,
kajilah jiwailah ilmu semoga kita akan dapat roh keilmuan. Berijazah tak semestinya berilmu dan berlimu
TAK semestinya berijazah. Memiliki ilmu
ini banyak kelebihannya. Semakin banyak
yang kita tahu kita tahu, semakin banyak yang kita tahu kita tahu kita tahu
kita tak tahu. Siapa yang menjalani satu
jalan memperolehi ilmu, nanti Allah akan memudahkan baginya memperolehi syurga
(Hadis Riwayat Muslim).
E- Eratkan persaudaraan sesame kita. Di bumi kita ini, perlulah kita menjaga dan seterusnya meningkatkan ukhuwah kita bersama demi agama, bangsa dan Negara kita ini. Permasalahan kita duduk semeja dan selesaikan secara musyawarah dan rujuklah, rujuklah AlQuran dan hadis.
L- Laksana aur dengan tebing. Kita kena hidup tolong menolong dan bekerjasama dengan satu sama lain.Kalau kita bekerja, mudahkan urusan kita dan bukan menyusahkan orang kita. Orang lain boleh berniaga di bawah satu bumbung, mengapa kita tidak? Fikir-fikirkanlah.
A- Akhirat dan dunia
diseimbangi. Ramai orang terkejut bila
saya mengatakan “Harta boleh bawa mati” Begini ceritanya: Sekiranya kita ada kekukuhan ekonomi, kita
boleh bersedekah (anak-anak yatim, membina masjid, surau madrasah dsb) ini
sudah tentu akan memberikan kita ganjaran pahala unutk Amanah Saham Akhirat
kita. So, jangan takut unutk bersedekah.
Jangan takut untuk menyumbang kembali kepada agama, bangsa dan Negara. Bayar
PTPTN kerana wang bayaran kita itu boleh digunakan oleh adik-adik kita untuk
mencari ilmu nanti. Saya sendiri pun
membayar balik sebanyak RM104,000 (RM70000 pokok + RM34000 faedah) kepada
kerajaan kita. Saya telah memotong gaji
saya sebanyak RM1440 sebulan selama 72 bulan ( 6 tahun) untuk melunaskan
RM104,000 itu.
Kenapa saya perlu membayar baliki ek? Saya adalah pemegang biasiswa Kementerian
Pelajaran. Sepatutnya menjadi pendidik
di sekolah. Tapi saya memilih untuk
menjadi pendidik di IPTA. Itu yang kena
bayar balik. Ikut logic, saya masih lagi
bekerja dengan Kerajaan. Tapi tak pe,
setiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya dan saya redha.
“Encik bolehlah, encik pensyarah, gaji banyak” mungkin
itu yang terbenak di fikiran anda. Tak
banyak gaji saya, saya pensyarah biase je.
Memang perit masa saya membayar kembali RM104,000 tu. Tapi dalam dugaan ada nikmat dan dalam nikmat
ada dugaan.
Y-
Yakin terhadap kemampuan diri kita. Kita boleh melakukannya untuk mencapai
kejayaan dalam hidup kita. Bangsa kita
memang pedagang ataupun usahawan sejak dulu kala lagi. Segala pekerjaan atau usaha kita perlu
lakukan dengan penuh kesungguhan. Perlu
ada kesungguhan kerana kesungguhan merupakan factor utama yang menentukan
kualiti apa sahaja usaha yang kita lakukan.
Peraturan atau qadar Ar-Rahman dalam dunia ini ialah
siapa yang berusaha, berfikir, yakin, merancang, berazam dan bersungguh-sungguh
dalam melakukan usahanya maka dia akan memperolehi segala habuan dunia yang
dihajatinya, kecuali sesuatu yang hikmahnya hanya diketahui oleh Allah yang
maha Mengetahui perkara dahulu dan kemudian, zahir dan batin.
Orang kafir yang tidak beriman kepada Allah, tidak
menunaikan solat, tidak puasa, tidak bayar zakat dan tidak pergi haji, jika
mereka bersungguh di dalam sesuatu pekerjaan yang diceburi akan memperolehi
kejayaan. Orang-orang kafir berusaha
bersungguh-sungguh, dan sekarang mereka menguasai segalanya di dunia. Punyai kekuatan duniawi yang tidak dapat disaingi
oleh sesiapa, punyai kekuatan ekonomi, minda dan kekuatan senjata yang melebihi
kekuatan umat Islam.
Sebaliknya, orang Islam yang tunaikan haji, solat,
puasa, zakat, tetapi tidak rajin berusaha bersungguh-sungguh dalam urusan
duniawi, dalam membina kekuatan diri, kekuatan mental, maka natijhanya kita
dapat saksikan sekarang mereka dihina dan dipermainkan oelh orang kafir di mana
sahaja di pelusuk bumi ni- (yang ni kena fikir cket kat mana ianya berlaku!). Jangan hariran dengan suasana yang berlaku
ini, kerana itu adalah peraturan Ar-Rahman, siapa yang berusaha akan perolehi
perkara duniawi yang dihajatinya.
Peraturan Ar-Rahman menetapkan bahawa orang yang pakat
dan pilih untuk melakukan dosa dan maksiat maka dia akan dapat
melakukanya. Begitu juga orang yang
pilih baris untuk melakukan amalan yang mendatangkan ganjaran pahala, maka dia
akan dapat melakukannya melalui usaha sendiri:
“Bagi
setiap jiwa ganjaran kebaikan bagi amalan kebaikan yang dilakukannya dan
balasan
azab bagi kejahatan yang dilakukannya.”
(Al Baqarah: 286)
U- Unggul
dan kecemerlangan duniawi dan ukhrawi matlamat kita bersama. Pastikan kita menjadi bangsa yang unggul dan
cemerlang di dalam segala aspek yang
diredhai Allah.
Bersatu
bersatu bersatu demi ukhuwah dan kelansungan hidup kita dan generasi yang akan datang kerana sebenarnya kita sedang meminjam keharmonian, kemewahan, kemerdekaan dari
cucu cicit kita.
No comments:
Post a Comment