Sunday, December 26, 2010

DUA SAHABATKU

Salam Guys. Di kali ni saya nak berkongsi cerita mengenai dua orang sahabat saya, satu namanye Neg dan yang sorang lagi namanye Posi yang saya kenal satu ketika dahulu.

Betul, betul betul. Pada awalnya saya telah berkenalan dengan Neg. Neg ni, orangnya pandai bercerita. Neg sentiasa membawa beg laptop ke mana sahaja dia pergi. Dalam beg laptopnya takda laptop. Sebaliknya beg laptopnye berisi campuran-campuran alasan dan masalah.

Neg selalu berkongsi campuran itu dengan saya. Neg juga ada stok permaidani yang cukup bersar dan mencukupi yang akan diberikan kepada saya supaya saya boleh menyorokkan sesuatu yang menyusahkan saya.

Neg cukup baik, sentiasa menemani saya ke mana sahaja saya pergi. Dia selalu bertindak sebagai penasihat dan selalu bercerita mengenai kegagalan.

Setiap kali saya ingin mencuba dan memulakan sesuatu perkara atau sesuatu pekerjaan, Neg akan sentiasa bermurah hati untuk memberikan saya khidmat perundingan dengan percuma. Neg akan sentiasa memberikan beribu-ribu alasan kepada saya supaya saya melupakan sahaja niat saya tu dan juga menyatakan kepada saya mengenai masalah, kesusahan, kepayahan yang akan saya hadapi.

Perkataan-perkataan popular Neg adalah seperti “tak bolehlah, Alah, sudahlah, cukuplah susah, seganlah, dah nasib badan, apa orang lain kata, relaxlah brader, tak boleh, susah, payah, pening kepala nanti”.

Sekonyong-konyong pada satu hari entah macam mana saya telah Berjaya melalukan sesuatu dengan eloknya. Inilah bibit pertama pertemuan saya dengan rakan saya yang sorang lagi, namanye Posi.

Posi telah mengucapkan tahniah kepada saya. Dengan sekelip mata sahaja, dia telah menunjukkan kepada saya bagaimana saya boleh mencipta kejayaan dalam hidup saya.
Posi selalu melemparkan kata-kata seperti, “aku boleh, aku mesti buat yang terbaik, Pasti Berjaya, Aku mesti kerja kuat.” Wow, saya berasa begitu seronok dengan kehadiran Posi dan Posi selalu menunjukkan kepada saya perkara-perkara yang tak pernah saya impikan sebelum ini.

Pada mulanya saya sering juga mengajak Neg kalau saya keluar berjalan dengan Posi. Manalah tahu saya perlukan Neg juga. Tapi lama-kelamaan saya dapati saya perlukan Posi lebih dari Neg. Walaupun kedua-duanye pandai bercerita, saya dapati cerita Posi begitu memberangsangkan dan meyakinkan serta membara dari cerita Neg yang suram, gundah gulana, dan menggagalkan.

Akhirnya Posi menjadi pilihan saya dan saya mula menjauhi Neg. Phew, dalam diam-diam, Neg telah cuba menukar identitinye untuk mengaburi mata saya bagu tujuan untuk mendekati saya semula. Neg telah memakai topeng untuk mengaburi mata saya.

Tapi saya tetap mengenali Neg walaupun dia memakai topeng. Camne ek? Senang je. Melalui tutur katanye seperti, “Tak bolehlah, Alah menyusahkan, Tengoklah dulu, Dah terpaksa, Tak apalah, Seganlah, Tak payahlah, Cukuplah.”

Saya jauhi Neg dari hidup saya. Akhirnya dengan Semangat yang Posi berikan kepada saya, saya telah Berjaya ke Puncak Kejayaan. Dan kini bila saya menoleh ke bawah, saya nampak Neg di sebuah lembah memekik-mekik kepada mereka yang lalu-lalang untuk mendengar alasan dan masalah yang diberikannya untuk mencari mangsa-mangsa baru. Phew.

Wow, panjangle pulak artikel kali ni. Guys, dua sahabat ni ada dalam diri kita. Lu pikirlah sendiri. Yang mana pilihan hati?

Saturday, December 18, 2010

HIDUP BERNAFASKAN KEJAYAAN

Hidup kita adalah satu perjuangan. Kita berjuang dengan segala kemampuan dan kurniaan yang telah Allah swt berikan kepada kita.

Sebagai seorang konsultan dan juga motivator, saya sering ditanya oleh peserta-peserta kursus motivasi saya:Apakah yang membuatkan seseorang itu cemerlang dan gemilang?

Untuk hidup di dunia ini, kita perlu bernafaskan oksigen. Dan untuk hidup cemerlang dan gemilang, kita perlu bernafaskan kejayaan. Bagi diri saya ‘kejayaan adalah hak milik setiap insan’. Success is 1% inspiration and 99% perspiration.

Hidup bernafaskan kejayaan (Al-Falah) ini sentiasa meletakkan keyakinan kepada kekuasaan Allah swt. Yakin yang Allah itu Maha Adil. Sebagai contoh, untuk hidup senang kita perlu berusaha. Tanpa usaha, masakan kita boleh hidup senang.

Saya ingin berkongsi 3 tips mengenai Hidup Bernafaskan Kejayaan. Yang pertama, insan yang bernafaskan kejayaan itu menggabungkan niat dan perbuatan. Dia adalah insan yang menentukan matlamatnya(niat) dan bertindak untuk mencapai cita-citanya (perbuatan). Sebagai seorang Muslim, apa sahaja yang kita lakukan niatnya terlebih dahulu adalah kerana Allah swt dan perbuatan kita adalah kerana Allah swt. Insyaalah apa yang kita usahakan akan mendapat keberkatan Ilahi.

Yang kedua ialah insan yang bernafaskan kejayaan dahagakan kemajuan. Mereka rasa tidak selesa berada di takuk yang lama sahaja. Ini kerana apa yang begitu gah hari ini akan jadi satu kebiasaan di hari esok. What is extraordinary today is gonna be a norm tomorrow.Kita perlu ingat bahawa ‘success is a journey, NOT a destination.” Justeru itu, untuk berjaya kita perlu tingkatkan diri kita dari masa ke masa, tingkatkan ilmu kita dan usaha kita. Sebagai insan yang bernafaskan kejayaan, kita perlu sedar bahawa kemajuan itu bererti perubahan. Ubah sikap, ubah minda, baiki diri kita.

Yang ketiga, untuk hidup bernafaskan kejayaan kita perlulah menjadi tangan yang memberi. Terdapat pelbagai jenis ‘memberi’; memberi sedekah, nasihat, pertolongan dan ilmu. Tangan yang menerima biasanya tidak akan memperolehi kegembiraan seperti yang diperolehi oleh tangan yang memberi. Mengapa? Bila selalu menerima, kita menjadi manusia@bangsa yang lemah dan kurang berfikir untuk menjadi pemberi pula.

Islam adalah agama kejayaan dan Islam sentiasa menyeru ke arah kejayaan. Gabungkanlah niat dan perbuatan, dahagakan kemajuan dan jadilah tangan yang yang memberi.

Saturday, October 30, 2010

Grade To Be Great

Salam Guys. Hehe, dah nak dekat final examkan? Mesti sume tengah study maut kan?

Kali ni I terasa pula nak bercakap mengenai gred. Wow, phew sensitive.

Di kuliah saya, saya selalu menekankan bahawa gred tidak penting. To excel in life,yang penting ilmu yang kita dapat. Ada juga yang mengatakan, “yes” grade tak penting but to excel in live we need a grade, kata mereka.

Betul juga kata mereka tu. Grade perlu untuk Berjaya dalam kehidupan.

Lantas saya bertanya ape tu “Berjaya”. Ape gunenya kalu kerja berkumpulan, kita tak buat, tapi kita tempek nama kite je, dan lepas tu dapat A ke, B atau sebagainye.

Ape gunanye kalu kita meniru lab report dan dapat A. Cantik di transkrip kita dapat grade A. Rasa bangga giler!!!. Kita leh nipu orang lain. But can we tell a lie to ourselves? To Allah?

Pada pendapatan saya yang tak banyak ni, I lebih rela dapat grade C hasil kerja I sendiri dari Grade A secara meniru. Amendenye? Grade perlu HALAL dan perlu barakah Allah.

So, guys, sama-sama kita renungkan

Grade To Be Great

Salam Guys. Hehe, dah nak dekat final examkan? Mesti sume tengah study maut kan?

Kali ni I terasa pula nak bercakap mengenai gred. Wow, phew sensitive.

Di kuliah saya, saya selalu menekankan bahawa gred tidak penting. To excel in life,yang penting ilmu yang kita dapat. Ada juga yang mengatakan, “yes” grade tak penting but to excel in live we need a grade, kata mereka.

Betul juga kata mereka tu. Grade perlu untuk Berjaya dalam kehidupan.

Lantas saya bertanya ape tu “Berjaya”. Ape gunenya kalu kerja berkumpulan, kita tak buat, tapi kita tempek nama kite je, dan lepas tu dapat A ke, B atau sebagainye.

Ape gunanye kalu kita meniru lab report dan dapat A. Cantik di transkrip kita dapat grade A. Rasa bangga giler!!!. Kita leh nipu orang lain. But can we tell a lie to ourselves? To Allah?

Pada pendapatan saya yang tak banyak ni, I lebih rela dapat grade C hasil kerja I sendiri dari Grade A secara meniru. Amendenye? Grade perlu HALAL dan perlu barakah Allah.

So, guys, sama-sama kita renungkan

Thursday, October 14, 2010

KISAH PENDAYUNG SAMPAN DAN PENYELIDIK

Di dalam bengkel-bengkel saya di IPT, dari pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar-pelajar yang lebih “terror” misalnya fakultinya terror dari fakulti lain, kursusnya lebih susah dari kursus orang lain dan keputusannya lebih terror dari orang lain merasa gah dengan keterroran mereka. Phew!

Lantaran saya selalu bertanyakan soalan: Apa itu pandai? Apa itu bijak? Dapat 20A+ pandai ek? CGPA 4.21 pandai ek?

Are you ready kids? Ay ay captain. Are your ready kids? Ay ay captain. I can’t hear you! Hehe

Di artikel yang ini saya nak kongsi satu caritera untuk renungan kita bersama. Kisahnya bermula di mana pada suatu hari, seorang penyelidik telah pergi ke sebuah kampung nelayan untuk membuat kajian tentang lautan. Penyelidik itu telah mendapatkan khidmat seorang pendayung sampan di kampung itu untuk membawanya ke laut.

Pendayung sampan ini orangnya tidak banyak cakap. Ikut saja apa yang disuruh oleh penyelidik itu. Pegawai penyelidik itu begitu tekun dengan kerjanya. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji, kemudian digoncang tabung uji itu. Selepas itu penyelidik itu menulis sesuatu di dalam bukunya. Hampir empat jam pegawai penyelidik itu berada di lautan tersebut.

Pendayung sampan itu hanya membiarkan sahaja pegawai penyelidik itu dengan kerjanya. Tiba-tiba guruh berbunyi. Pendayung sampan itu pun berkata ‘Tuan Pegawai Penyelidik, nampaknya hari dah nak hujan, eloklah kita pulang ke darat’. Pegawai penyelidik itu bersetuju dan dalam perjalanan pulang barulah beliau bercakap dengan pendayung sampan itu.

Pegawai penyelidik bertanya kepada pendayung sampan, ‘dah lama kerja mendayung sampan?’ ‘seumur hidup saya tuan,’ jawab pendayung sampan. ‘hah!, seumur hidup?’ kata pegawai itu sambil menggelengkan kepala.

Pegawai penyelidik kemudian bertanya lagi adakah pendayung tersebut tahu mengenai Biologi? Pendayung sampan menggelengkan kepala dan berkata ‘tak tahu, tuan’. Pegawai penyelidik berkata, ‘kalau begini, kamu sudah kehilangan 25% hidup kamu’.

Kemudian pegawai itu bertanya lagi, ‘kamu tahu fizik?’ pendayung sampan hanya menggelengkan kepalanya. ‘Kasihan kamu, fizik pun kamu tak tahu, amendelah, kamu dah kehilangan 50% usia kamu’.

Kemudian pegawai bertanya pula mengenai kimia. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. Pegawai penyelidik itu berkata pula, kamu sudah kehilangan 75% daripada usia kamu. Malang sungguh nasib kamu. Semuanya tidak tahu. Seluruh usia kamu dibazirkan sebagai pendayung sampan. Kata pegawai itu dengan nada angkuh dan mengejek.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Ombak besar datang dan melambung sampan. Maka terbaliklah sampan itu. Pegawai penyelidik dan pendayung sampan itu terpelanting ke dalam laut. Dalam keadaan yang panik itu, sempat juga pendayung sampan itu bertanya kepada pegawai penyelidik itu. ‘Tuan, tuan tahu berenang?’ Pegawai itu menggelengkan kepala. ‘Kalau begitu, tuan telah kehilangan 100% nyawa tuan,’ kata pendayung itu sambil berenang menuju ke pantai.

Kesimpulannya, dalam hidup ini kebijaksanaan/IQ/Result Peperiksaan /ijazah yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tidak berguna kita pandai dan tidak tahu perkara-perkara yang lebih penting dalam hidup. Ilmu ni tak terbilang kita banyaknya. Semakin banyak yang kita tahu kita tahu, semakin banyak yang kita tahu kita tahu kita tak tahu.

Adakalanya orang yang kita sangka “bodoh” itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin kurang pintar dalam bidang yang tiada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi pakar dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini pendek. Tanyalah diri kita, untuk berbangga? Untuk berlumba sape lebih terror? Untuk apalah ilmu yang dikumpulkan, jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan.

Lu pikirlah sendiri, hehehehhehe

Sunday, September 5, 2010

RENDANG RAYA

Salam Guys, tak lama lagi nak lebaran, hehehe, yahoo. Apakah santapan raya yang u all suke? Saya suka ketupat dan rendang, kelass gitu. Apeke resipinye nak buat rendang ek? I nak kongsi sikit resipi nak buat rendang untuk raya yang bakal menjelang.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk rendang raya ini adalah:

a. 1 timbunan ilmu.
Ilmu ini penting untuk ekalan hidup kita dunia dan akhirat. Sebagai muslim, kita perlu menimba,menambahbaik ilmu kita. ilmu hidup, ilmu kerja, ilmu akhirat. Kita mestilah sentiasa dahagakan ilmu.

b. 180g motivasi tinggi.
Untuk sentiasa gembira, kita perlu punyai motivasi yang tinggi. Dan mengingat mati adalah satu motivasi.

c. Sebuah ketekunan diparut
d. 150g perasaan ceria, kesungguhan
e. 10 hiris keinsafan- dimayang halus
f. Beberapa keping kasih sayang
g. 8 keping estim diri
h. 12 keping pemikiran positif
i. 130g komunikasi efektif
j. 80g pemikiran optimistik

Dan sebagai hiasan (makanan perlulah dihias, baru nampak cantik dan menyelerakan), hiaskan dengan sekuntum senyuman dan perasaan kesyukuran.


Mengapa rendang raya? Apabila saya ditanyakan kahbar, saya selalu menyatakan, setiap hari adalah hari raya buat diri saya. Hari raya adalah sesuatu yang sentiasa dinantikan kita dan hari yang sungguh gembira buat diri kita. Justeru itu, setiap hari adalah hari raya buat saya.


Bahan-bahan kita telahpun tersedia. Marilah kita membuat rendang raya kita. yang pertama, timbunan ilmu tadi dipelajari dan ditapis lalu digaul dengan motivasi, asas utama untuk kita gembira. Perapkan ilmu dan motivasi tadi hingga cukup mesra. (makin tinggi ilmu kita, makin tunduk/mesra sesama insan). Selepas itu, kita perahkan ketekunan menjadi satu liter pati kesungguhan dan dua liter usaha. Orang yang ingin gembira, mereka tidak mempunyai masa untuk sesuatu yang tidak berfaedah seperti gosip, mengumpat dan sebagainya.


Gaulkan keinsafan, kasih sayang, estim diri dan pemikiran positif sehingga rata. Carilah benda yang baik-baik atau positif pada orang lain. Hormat sesama insan. Barulah hidup kita boleh gembira, tak berprasangka, buruk sangka dan lain-lain.


Setelah kita gaulkan keempat-empat ramuan tadi, kita renjiskan komunikasi efektif sehingga bangkit baunya. Komunikasi efektif adalah sesuatu yang teramat penting untuk mempertingkatkan hablulminannas ataupun hubungan sesama insan.


Bahan-bahan yang telah kita gaul tadi, kita campurkan dengan perasaan ceria. Biarkan sementara. Menyentuh mengenai ceria-“Adakah kita senyum kerana kita gembira?” atau –“Adakah kita gembira kerana kita senyum?”


Selepas tiga minit, masukkan kesungguhan dan tutup dengan keimanan. Bila rendang raya kita sudah masak/empuk, hidanglah ia dengan semangat optimistik.


Elakkan daripada terkena jari-jemari negatif. Nanti basi (elakkan campur dengan orang yang negatif).


Untuk hiasan, taburlah senyuman di atas rendang raya kita.


Begitulah caranya membuat rendang raya agar setiap hari adalah hari yang gembira, ceria dan setiap hari adalah hari raya buat diri kita semua, insyaallah. Selamat mencuba.

Saturday, August 28, 2010

MALAYSIAKU YANG TERCINTA

‘MERDEKA’, perkataan ini terlalu besar ertinya kepada masyarakat kita bangsa MELAYU. Kalau dulu kita dijajah sekarang kita sudah merdeka. Kalau dulu kita di bawah telunjuk penjajah, sekarang kita mampu mencorakkan masa depan negara kita sendiri. Itulah perkataan keramat bagi diri kita, MERDEKA.


Di mana sahaja, di Malaysia ini, kita akan ketemui perkataan MERDEKA, sebagai contoh di bangunan, jalan-jalan, dan sebagainya. Ingin mandi-manda:ada pantai Merdeka di Kedah. Ingin lumba kerata: ada Perlumbaan Merdeka. Ingin main bola: ada pesta bola Merdeka. Kita juga mempunyai Dewan Merdeka, Jalan Merdeka, Taman Merdeka dan sebagainya.


Kemerdekaan? Adakah ia datang secara percuma? Tentu sekali tidak. Kemerdekaan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu dan kini di bawah kepimpinan perdana menteri, kita masih lagi dapat mengekalkan kemerdekaan negara kita dari segi politik, ekonomi dan sebagainya.


Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah bersyukur ke hadrat Ilahi dan merasa bertuah kerana pemimpin-pemimpin kita telah berjaya membawa kemakmuran kepada Malaysia. Keamanan, kemewahan inilah yang sedang kita kecapi. Kekalkan kemerdekaan kita lebih-lebih lahi dari segi minda kita.


Dan mungkin generasi muda tidak pernah merasakan pahit getir dijajah dan dihina di bumi sendiri. Walaubagaimanapun, kita perlu ingat penjajahan itu masih menjadi idaman barat. Kalau tidak berhati-hati, mungkin kita akan dijajah lagi. Hayatilah erti kemerdekaan itu. Silap langkah kita akan dijajah semula di bumi kita sendiri.


Firman Allah; sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu ingkari nikmatmu, maka sesungguhnya azabku sangat pedih.


Justeru itu, sama-samalah kita rapatkan barisan kita, campakkan jauh-jauh sengketa, kuburkan pandangan jengkel sesama kita. Kuatkan ukhuwah kita. Kuatkan ilmu kita. Kuatkan ekonomi kita.

Tuesday, August 24, 2010

PUAK-PUAK

Tak geng awak. Heh, nyampahlah budak-budak kumpulan tu, macam bagus je. Kami lagi baik, sebab kami belajar lebih lama kat matriks, mereka tu belajar kejap je, tak cukup ilmunye.


Tak kenal pulak orang tu, mungkin bukan jemaah kami agaknye. (Yang ni mungkin, sipolan tu tak atau kurang gi semejid, tu yang mereka tak geng). Nape cepat jatuh hukum.

Masa I kat Amerika, “pendakwah” mereka datang kerumah kitaorang dengan muka yang manis untuk “berdakwah”, tanpe mendabik dada. Nape perangai kita suka menghukum dan menolak orang lain walhal orang lain jalankan kerja-kerja “dakwah” mereka penuh dengan strategi menarik dan bukan menolak. Personaliti magnetic.


Termodinamik fakulti kami lebih susah dari termodinamik fakulti tu, yang ni I nak tanye, kalu lebih susah, so what?


Pernahkah kita terdengar frasa-frasa di atas. Phew. Amende. Puak, puak puak. Orang kita suka berpuak-puak. Nape kita susah nak bersatu? Penyakit ape yang kita sume ada?


Nape kita suke mengangkat diri kita lebih dari yang lain? Nape kita tak belajar saling hormat-menghormati dan complementing each other (pelengkap)? Dan ada kalanya ade puak-puak ni yang akan berusaha dengan gigih hanya untuk menjatuhkan puak lain?


Dalam satu kes di tempat saya, ada satu kumpulan yang berjaya menidakkan kuota asrama untuk pelajar lain tapi orang kita. Dan setelah bekerja dengan gigih dan penuh semangat dan dedikasi, mereka berjaya untuk menidakkan kuota asrama pelajar lain tapi orang kita. Wow, kejayaan betul tu, hehehe. Ape kita dapat kalu kita berjaya, tapi orang kita susah? Puas hati ek? Orang lain tak pe. Puas hati. Grow up guys!!!


Amende ni? Kalu orang lain dapat takpe, TAPI kalu orang kita dapat TAK BOLEH. Rasa tak puas hati dan cuba cari jalan untuk jatuhkan puak yang lain walaupun puak tu orang kita!


Sidang jemaah yang dirahmati ALLAH sekalian, marilah kita bersyukur dengan ape yang ALLAH telah berikan kepada kita. Kita kena saling lengkap-melengkapi, kurangkan berpuak-puak dan rasa tak puas hati sesame orang kita. Elakkan mendabik dada dengan mengatakan kita lebih dari puak lain walaupun dia orang kita.


Mengingat mati adalah satu motivasi. Marilah kita bersatu hati, tolong-menolong dan tuluskan hati kita, bak kata kumpulan Radja, “tuluskan hati mu”, hehehehhe.


Buangkan tebiat puak-puak puak-puak.

Sunday, July 18, 2010

Knowingness VS Knowledge

Salam Guys. In my lecture, I always emphasize on the importance of knowledge.Some people think that they have a lot of knowledge because they “know”. As for me, I believe that the more we know we know, the more we know we know we know we do not know.

People who “know” can tell us all the things that can’t be done and why. People who “know” don’t need to learn because they already have the answers. More often than not, people who “know” are also people who “no

I would like to add by saying that knowingness is not the same as knowledge. It is due to the fact that knowingness is sealed and nothing can get in. Knowingness sees challenge as a threat.

On the other hand, knowledge is open. Knowledge sees challenges as opportunities. In addition knowledge is a road to a new horizon.

Hehe, people say that knowledge is power. I agree with that statement. And as for me I would like to add to that statement by saying that “The Ability To Use Knowledge Is the Absolute Power”.

Oki doki guys, our mind is just like a cup. Unless it is emptied, there is no room for new learning. The more we know we know, the more we know we know we know we do not know.

Wednesday, July 14, 2010

CARI KERJA LEPAS TAMAT PENGAJIAN

AMENDE LAH LU BRO?
Kini kita dapati ramai siswazah terutamanya bumiputera yang tidak mempunyai pekerjaan. Ramai siswazah yang datang berjumpa atau yang saya temui mengatakan sebab mereka tidak bekerja kerana:
 Ada orang dalam
 Mereka tidak memahami kursus ini
 Semua kerja inginkan pengalaman. Baru tamat pengajian, mana ada pengalaman?

Kalau kita amati tiga perkara ini, kita dapati siswazah kita rata-rata menyalahkan orang lain dan menunding jari pada orang lain. Salahkan syarikat, salahkan ahli politik, salahkan keadaan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan diri kita sendiri?, hehehe. Saya selalu perkatakan di ceramah saya, kalau kita sakit, kita kena cari penyembuhnya dan bukan salahkan orang lain.

Yang menyatakan ‘sipolan itu dapat kerja kerana ada orang dalam’. Memang betul ada orang dalam, takkan ada HANTU kat dalam pulak. Kalau macam itu, saya sendiri tidak akan pergi kerja. Hehehehe

Kalau semasa kita belajar, kita selalu membuat tugasan seperti kaji selidik di syarikat, kilang-kilang dan sebagainya. Apa yang saya dapati, bila kita membuat tugasan, katalah dalam kumpulan empat orang, Cuma dua orang saja yang akan membuat kerja manakala yang dua lagi hanya menempek nama sahaja atau sekadar “penumpang bas” atau sekadar di pinggiran.

Yang buat dapatlah ilmunya. Berjumpa orang ramai, masyarakat dan sebagainya. Dapat ilmu, dapat tingkatkan komunikasi dan wujudkan ‘networking’.

Manakala dua orang lagi yang tidak membuat kerja Cuma mendapat markah(bagi saya markah itu pun mungkin kurang barakah). Sebab itulah bila tamat pengajian, ramai siswazah bumiputera kita yang tidak boleh sesuaikan diri dengan masyarakat. Malu, segan, tidak yakin.

Untuk berjaya, sikap kita perlulah betul.
Sikap Tepat, Hidup Hebat
Sikap Cemerlang, Gaya Hidup Gemilang
Sikap adalah Penentu Kejayaan Kita

Ada juga mengatakan sebagai contoh; ‘Kursus kita ini baru. Orang tidak faham, syarikat pun tidak faham’. Betul ke? Atau adakah kita yang tidak faham kehidupan? Untuk berjaya, orang tidak wajib atau perlu faham kita. kita yang kena fahami orang lain dan sesuaikan diri kita. kita sudah belajar selama empat tahun, banyak ilmu yang kita sudah pelajari.

Pelbagai kerja yang kita boleh buat; penulisan kertas kerja, memasarkan produk dan sebagainya.. Siswazah perlu ingat, pekerjaan kita bukanlah kewajipan kerajaan untuk mencarikannya.

Yang terakhir sekali dikatakan, semua kerja perlukan pengalaman. Rata-rata siswazah kita katakan pengalaman bermaksud kita kerja dan dibayar gaji. Sempit pemikiran begitu: pengalaman, mungkin tolong ibu di warong. Latihan praktikal pun merupakan pengalaman. Waimah tugasan atau assignment pun boleh kita convert jadikannye sebagai pengalaman. Yang ni kena belajar dari pensyarah/pencermah yang berpengalaman mengajar kursus resume dan temuduga.

Bukankah itu pengalaman kalau kita bijak dan reti nak menulis pengalaman-pengalaman kita ni dalam resume kita. Contoh; dapat meningkatkan jualan 20%. Melakukan inventori dan sebagainya.

Sikap adalah perkara pokok dalam kejayaan kita.

Monday, July 12, 2010

NAK KERJE KE TAK NAK?

Baru-baru ini saya telah berurusan dengan satu pejabat kerajaan di Penang mengenai tuntutan pembayaran saya. Hehe, begini cariteranye.

Selepas hantar invois dan menyelesaikan segala dokumen pembayaran, saya telah diberitahu bawaha pembayaran akan disettlekan dalam 4 atau 5 hari. Tu yang diberitahu pada 24 Jun.

So pada 30 Jun, saya pun hubungi jabatan berkenaan dan bercakap dengan pegawai disitu. Katanye 2 Julai, call balik. Bila saya called pada 2 Julai, call saya balik 5 Julai. Tunggu approval AG (Jabatan Akauntan Negara).

Pada 5 Julai, saya pun called semula. Jawabnye Jumaat 9 Julai, u call I balik. Tunggu approval AG Jabatan Akauntan Negara ni akan meluluskan pembayaran etc, katanye.. Call balik pada 12 Julai, dan dikatakan u call balik 15 Julai nanti.

Apekebenda ni, macam bagus je staf tu. I cuma tuntut hak I je. Macam permainan dibuatnya. Call 30 Jun, minta call dia balik 2 Julai. Call 2 Julai, minta call balik 5 Julai. Call 5 Julai, minta call balik 9 Julai. Amendenye ni.

Dan bila I minta pada 12 Julai tu, number rujukan Tuntuntan I di AG tak diberi pula dengan alasan tak boleh. Please, I dah berurusan dengan banyak jabatan kerajaan. Cakaplah dengan betul. Bukan semua orang kita ingat kurang pintar. Lu pklah sendiri. Sandiri kena ingat.

So, I call pegawai lain dan didapati Tuntutan Payment saya masih lagi belum dihantar ke AG, ie diperap.

Kalu kita nak kerja, kita perlulah tekun dan membantu kelayan kita. Sebagai seorang Islam, kita perlu insaf yang kita dilahirkan untuk menjadi seorang khalifah. Banyakkanlah membantu sesama manusia. Elak lepas tangan. Kerja yang patut buat hari ini, buat hari ni, elakkan bertangguh.

Bayangkanlah kalau gaji kita dibayar lambat, bagaimana kita rasa. Insaflah. Kita pun akan tua satu hari. Dan bayangkanlah bila kita pencen dan tatkala kita bertanya staf kewangan tu akan gaji kita, dan kita telah dijawab”Tunggu ajelah pakcik, bukannya banyak sangat pencen pakcik tu,seribu je, nanti dapat juga!” Ape kita rasa, tulah wang yang kita perlukan buat belanja hari raya yang bakal tiba. Seribu Tak banyak bagi dia, tapi banyak bagi kita.

So, bila kita kerja kena ada kesungguhan melakukan kerja kita. Elakkan fokus pada diri kita terlalu bangat. Mudahkan kerja orang, insyaAllah Allah mudahkan kerja kita. Nasihat Rasulullah kepada Baginda Ali, “ Ali, sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak membantu orang lain. Satu kau beri, 10 Allah tambahkan bagi kamu.”

InsyaAllah bila kita lakukan kerja deanga tekun, banyak membantu orang lain, ganjaran Allah akan ada untuk kita. Sama-samalah kita fikirkan

Sunday, July 4, 2010

Money Is A Symbol Of Responsibility

Salam Guyz. Whassup. Hehe, ramai orang mengatakan bahawa wang adalah simbol kekayaan. Pada pendapatan dan pemandangan (hehe) saya, sebenarnya Money Is A Symbol Of Responsibilty” atau Wang Adalah Simbol Tanggungjawab.

Senang cerita, nak beruang (oops Berwang), kita mestilah menjadi seseorang yang bertanggungjawab.

Saya ada satu caritera yang ingin saya kongsi dengan u all semua. Baru-baru ni saya balik kampong dan kebetulan system piping sinki rumah ibu saya ada kebocoran. Ibu ingin memanggil Orang Lain untuk membaiki paip yang bocor tu. Tapi saya meminta ibu saya untuk mencari Orang Kita untuk membaikinya. Saya kata pada Ibu, kasihan tengok Orang Kita, tiada bisnes sebab Orang Kita ramai sangat yang ambil Orang Lain untuk apa-apa kerja.

Pada mulanya ibu saya kata, susah amik orang kita. Mereka buat kerja tak betul, tak kemas, tiada kualiti, kalu kita tegur kerja mereka kurang elok, mereka cepat tarik muka atau masam muka. Tambah ibu lagi, janji mereka tak tepat, janji datang pukul 9,mereka datang pukul 10.30.

Walau bagaimanapun saya dapat meyakinkan ibu saya untuk amik Orang Kita. Selepas saya hubungi mereka, mereka janji akan datang keesokan hari pada pukul 9.

Saya tungguuuuu, kul 10.30 mereka sampai. Setelah sampai kat rumah ibu, mereka terkeruk-keruk, peralatan lupa bawa. Spanner besar tak bawa, silicon tak ada etc.
Hehe, ibu menoleh pada saya. Saya hanya dapat tersipu-sipu sahaja. Betul kata ibu. Amik masa 3 jam (sebab 1 jam ½ digunakan untuk cari peralatan) untuk betul tapi masih lagi paip meleleh. Lepas tu mereka betulkan lagi, nampaknya selepas ½ jam tiada air mengalir keluar lagi. Mereka pun balik selepas saya membayar RM120. Dan mereka gtahu saya kalau bocor lagi, call mereka.

Petang tu selepas pukul 3 petang, saya dapati bawah sinki penuh air, wow bocor meleleh. Maka saya pun call Orang Kita tu dan mereka janji akan datang kul 9 keesokan hari.

Keesokan hari kami tungguuuu lagi hingglah saya call pada pukul 10.30 dan mereka kata ondeway. Sampai kul 11.15, repair sampai kul 12 tengahari. Pastu mereka balik. Kul 1 tengahari, ada sikit air meleleh lagi.

Dan I pun decided nak panggil Orang Lain repair paip tu. Malu juga rasanya dengan ibu kerana tak dengar input ibu sebab nak tolong Orang Kita. Kerja kurang pandai, kerja tak jitu, kerja tak cekap dan tak leh terima aduan. I sedih juga kerana I selalu nak tolong Orang Kita.

Mungkin ini salah-satu sebab mengapa Orang Kita masih lagi jauh ketinggalan di bidang ekonomi. Buat kerja ke belajar ke semuanya kena buat dengan tekun dan bersungguh-sungguh janji kena tepat dan kita kena tahu selok-belok kerja kita dengan mendalam.. Elakkan kerja/belajar sikit lebih kurang or cincai ma.

So, u pklah sendiri, nak tolong ORANG KITA ke atau nak tolong ORANG LAIN. So guyz,

Friday, May 7, 2010

Tugasan, Assignment Vogue Gitu

Tugasan tugasan tugasan, Begitulah kehidupan pelajar. Namun pernahkah kita terfikir, mengapa kita diberikan tugasan oleh pensyarah kita? Adakah kerana untuk markah, untuk memenuhi “silly burst” atau menjadikan pelajar lebih berlmu?

Sebagai pelajar, kita perlulah bersikap positif untuk memperbaiki dan menambahkan ilmu kita melalui pembacaan dan juga penyelidikan. Nah, di sinilah kita mesti memastikan diri kita ini untuk tidak terpengaruh membuat tugasan demi markah. Cari jalan pendek, copy and paste. Dua tiga jam dah siap tugasan, cari 5 atau 6 artikel di internet, scan sikit lebih kurang dan lepas tu copy and paste bahagian yang dirasakan perlu.

Pastu ubah font sikit, dan tulis di cover page Tugasan Blah blah oleh AMENDE BIN CAYALU(nama u all ok) dan esoknya dihantar “tugasan” kita tu ke pensyarah. Heheh, betulke ape yang kita buat ni? Maka akhirnya kakulah kita sebagai pelaja dek kebuntuan untuk berfikir. Yang tahu adalah hanya copy and paste, kemahiran yang dibuat kita selama empat tahun di university dan kita rasa bangga menjadi “mahasiswa”

Rasional di sebalik tugasan adalah supaya pelajar membaca sebanyak mungkin dan seterusnya mencerakinkan bahan yang telah dibaca atau dianalisa. Ramai pelajar yang kurang gemar membaca.

Dan bukannya hanya untuk menghantar tugasan kepada pensyarah dan seterusnya mengharapkan markah yang tinggi. Pastu katalah dapat A, dan rasa bangga pulak tu. Yo bro, betulke tu hasil kerje kita?

Di zaman ICT ni, buat tugasan senang je. Copy and paste. Dan kita tak tahu pun ape kebenda pun tugasan yang dihantar tu. Tolak tepi, yang penting dapat gred bagus dan dapat Ijazah. Hehe, berIjazah tak semestinya berILMU. Dan berILMU tak semestinya berIJAZAH.

Dan apa yang berlaku adalah, di dunia ICT ni, tugasan yang diberikan boleh dilakukan oleh pelajar dalam masa sehari atau pun beberapa jam melaui budaya copy and paste. Justeru nikmat mencari ilmu sudah dilupakan, yang penting siap assignment dan dapat markah tinggi, A. Wow, masyarakat mengatakan kita Gemilang, ibu ayah rasa kita Terbilang dan kita sebenarnya penuh Temberang.

Saya selalu menasihatkan pelajar saya agar mencari ilmu sebanyak mungkin semasa diberikan tugasan, rujuk buku banyak-banyak, dapatkan ilmunya, barulah kita boleh mempertingkatkan keilmuan kita dan sterusnya ini akan meningkatkan keyakinan kendiri kita.

Rujuk internet, bukannnya tak boleh, boleh. Internet hanyalah sekadar titik permulaan untuk kita mengkaji. Seterusnya diikuti melalui rujukan buku, makalah, jurnal dan sebagainya.

Untuk memantapkan diri kita, kita perlu berusaha untuk mendapatkan sebanyak PENGETAHUAN, MEMAHAMI apa yang dibaca, MENGANALISA, dan seteusnya MENGAPLIKASI dalam kehidupan kita, juga melakukan SINTESIS terhadap bahan yang dibaca dan seterusnya MENILAI nya. Dan bila kita menulis, kita perlu merumus apa yang telah kita selidiki melalui pembacaan-pembacaan kita. Oki doki, marilah kita bersama-sama mencari keberkatan ILLAHI bila kita melakukan apa jua aktiviti dalam kehidupan kita.

Sikap Tepat, hidup Berkat. Our ATTITUDE will determine our ALTITUDE

Thursday, April 22, 2010

ALASAN MALASAN KEPUTUSAN

Ada orang suka memberi alaSAN
Gagal kerana orang ataSAN
Walhal mereka sebenarnya yang bermalaSAN
Baik makan pulaSAN


Ada orang suka memberi alaSAN
Tak rajin kerana kurangnya balaSAN
Wow, mereka peraSAN
Baik makan maniSAN


Ada orang suka memberi alaSAN
Membuatkan kita hampir jatuh pengSAN
Mendengarkan rintihan tangiSAN
Hantarkan mereka bingkiSAN
Elakkan peraSAN
Buangkan alaSAN
Hakiskan kemalaSAN

Kerana kejayaan berpihak kepada mereka yang tidak beralaSAN
Ciptalah keputuSAN
Elakkan Memberi AlaSAN, Dan berikankanlah KeputuSAN
Ogenki desu ka, konichiwa dari AffendiSAN

Thursday, April 15, 2010

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN

Salam, kabar kabare.

Lama saya tidak menulis. Walaubagaimanapun, kali ni, saya ingin kita semua menyenaraikan:
1. Apakah kekuatan anda?
2. Apakah kelebihan anda
3. Apakah kemahiran anda?
4. Apakah minat anda?

Saya ingin anda senaraikan kekuatan atau kelebihan yang telah dikurniakan oleh Allah swt kepada diri anda sekalian. Ya, seperti pengetahuan memasak, mencatas pokok, membuat pasembur, budu,ice blended dan lain-lain. Ia juga termasuk kemahiran menenun, menjahit dan sebagainya.

Adakah anda telah menggunakan sepenuh kekuatan dan kelebihan itu untuk sesuatu yang berfaedah kepada diri anda, keluarga dan masyarakat? Ramai manusia mengatakan mereka tidak mempunyai kekuatan atau kelebihan. Jawapan seperti: “apalah yang saya ada, saya orang kampung”, “takda ape, belajar pun tak tinggi”, “public speaking tak power” dan macam-macam lagi. Ah, amende???

Ada juga bila saya ajukan soalan ini mereka mengatakan “I am a nobody”, lantas saya menjawab “I want nobody, nobody, but you. I want nobody, nobody, but you”. Hehehe, saya melawak je.

Untuk berjaya kita kenalah kenal pasti kekuatan-kekuatan yang telah Allah swt kurniakan kepada kita. daripada kekuatan ini, kita taburkan bakti kepada masyarakat. Pandai masak, buka warong atau restoran. Pandai menenun, jadilah pereka hiasan dalaman.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Sekiranya kita fikir kita tewas, kita akan tewas. Bila kita fikir kita takut, kita akan takut.

Jika kita suka menang, tetapi kita fikir tidak boleh, besar kemungkinan kita tidak akan menang. Jika kita fikir kita kalah, kita akan kalah.

Ini kerana di dunia ini kita telah temui bahawa kejayaan bermula dari niat insan, semuanya tertanam dalm minda kita. Jika kita fikir kita tersisih, kita betul tersisih.

Kita perlu memilih untuk berjiwa besar(jangan salah anggap ye, ooops, jiwa besar bukan bermaksud riak atau bongkak) untuk maju. Kita seharusnya yakin pada diri sebelum kita boleh memenangi hadiah.

Perjuangan hidup tidak sentiasa tampil kepada insan yang kuat dan pantas. Sebaliknya, lambat-laun insan yang menang ialah insan yang berfikir dia boleh. Merdekakanlah diri kita daripada penjara buatan kita sendiri. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

So, pikir-pikirin

Friday, February 19, 2010

Setiap barang 5 ringgit, tak beli tak ape

Salam. Sudah lama saya menyepi diri. Hehe bz cket. Kali ni saya nak bercerita mengenai ketam.

Saya ingin berkongsi satu cerita yang berlaku di sebuah market. Market ini agak sibuk juga, maklumlah barangannya segar dan harganya pun berpatutan. Ramai yang mengunjunginya. Dalam kalangan yang menjual itu, terdapat seorang yang menjual ketam. Disimpannya ketam itu di dalam sebuah baldi yang besar.

Baldi pertama ditandakan dengan warna putih dan ditutup rapi. Baldi yang kedua bewarna coklat dan tidak ditutup. ‘mari, mari, mari! Ketam, ketam! Cantik! Mulah, mulah! Manyak flesh ma’

“Setiap barang 5 ringgit, tak beli tak apa”, hehe, macam pernah dengar je frasa tu. Maka ramailah pembeli yang mengunjungi ke gerai penjual ketam itu.

Pembeli-pembeli yang mengerumuni gerai tersebut merasa hairan melihat dua buah baldi besar itu lalu bertanya: ‘lao pan, ini dua dua baldi besar, ada apa?’ jawabnya; ‘ketam. Ini baldi putih juga ketam, baldi coklat juga ketam ma’.

Pelanggan pun bertanya lagi, ‘apahal baldi putih ada tutup dan baldi coklat tak ada tutup? Mana satu yang bagus? Ketam yang ditutup atau tidak?’ maka jawab si penjual, ‘itu ketam baldi putih, kalau saya tidak tutup, semua ketam akan panjat keluar dari baldi itu ma.’

Pembeli yang kebingungan bertanya lagi, ‘ini ketam dalam baldi coklat, mengapa tidak ditutup?’ jawab penjual, ‘ini ketam dalam baldi coklat, dia tak lari punya ma. Satu ekor panjat, yang lain akan tarik itu satu ekor. Maka semua akan jatuh balik dalam baldi ma. Jadi, tidak payah susah-susah tutup. Biar saja ma’

Hehe, lu pklah sendiri.