Sunday, July 4, 2010

Money Is A Symbol Of Responsibility

Salam Guyz. Whassup. Hehe, ramai orang mengatakan bahawa wang adalah simbol kekayaan. Pada pendapatan dan pemandangan (hehe) saya, sebenarnya Money Is A Symbol Of Responsibilty” atau Wang Adalah Simbol Tanggungjawab.

Senang cerita, nak beruang (oops Berwang), kita mestilah menjadi seseorang yang bertanggungjawab.

Saya ada satu caritera yang ingin saya kongsi dengan u all semua. Baru-baru ni saya balik kampong dan kebetulan system piping sinki rumah ibu saya ada kebocoran. Ibu ingin memanggil Orang Lain untuk membaiki paip yang bocor tu. Tapi saya meminta ibu saya untuk mencari Orang Kita untuk membaikinya. Saya kata pada Ibu, kasihan tengok Orang Kita, tiada bisnes sebab Orang Kita ramai sangat yang ambil Orang Lain untuk apa-apa kerja.

Pada mulanya ibu saya kata, susah amik orang kita. Mereka buat kerja tak betul, tak kemas, tiada kualiti, kalu kita tegur kerja mereka kurang elok, mereka cepat tarik muka atau masam muka. Tambah ibu lagi, janji mereka tak tepat, janji datang pukul 9,mereka datang pukul 10.30.

Walau bagaimanapun saya dapat meyakinkan ibu saya untuk amik Orang Kita. Selepas saya hubungi mereka, mereka janji akan datang keesokan hari pada pukul 9.

Saya tungguuuuu, kul 10.30 mereka sampai. Setelah sampai kat rumah ibu, mereka terkeruk-keruk, peralatan lupa bawa. Spanner besar tak bawa, silicon tak ada etc.
Hehe, ibu menoleh pada saya. Saya hanya dapat tersipu-sipu sahaja. Betul kata ibu. Amik masa 3 jam (sebab 1 jam ½ digunakan untuk cari peralatan) untuk betul tapi masih lagi paip meleleh. Lepas tu mereka betulkan lagi, nampaknya selepas ½ jam tiada air mengalir keluar lagi. Mereka pun balik selepas saya membayar RM120. Dan mereka gtahu saya kalau bocor lagi, call mereka.

Petang tu selepas pukul 3 petang, saya dapati bawah sinki penuh air, wow bocor meleleh. Maka saya pun call Orang Kita tu dan mereka janji akan datang kul 9 keesokan hari.

Keesokan hari kami tungguuuu lagi hingglah saya call pada pukul 10.30 dan mereka kata ondeway. Sampai kul 11.15, repair sampai kul 12 tengahari. Pastu mereka balik. Kul 1 tengahari, ada sikit air meleleh lagi.

Dan I pun decided nak panggil Orang Lain repair paip tu. Malu juga rasanya dengan ibu kerana tak dengar input ibu sebab nak tolong Orang Kita. Kerja kurang pandai, kerja tak jitu, kerja tak cekap dan tak leh terima aduan. I sedih juga kerana I selalu nak tolong Orang Kita.

Mungkin ini salah-satu sebab mengapa Orang Kita masih lagi jauh ketinggalan di bidang ekonomi. Buat kerja ke belajar ke semuanya kena buat dengan tekun dan bersungguh-sungguh janji kena tepat dan kita kena tahu selok-belok kerja kita dengan mendalam.. Elakkan kerja/belajar sikit lebih kurang or cincai ma.

So, u pklah sendiri, nak tolong ORANG KITA ke atau nak tolong ORANG LAIN. So guyz,

2 comments:

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

betul la tu en....
kalau meniaga pun macam gtu gak...
yg okey mmg okey tp klu kne dgn 'orang kita' yg x okey tu....
ada gak la perasaan marah membara tu...
ye la, kte customer, bukan la nak m'harap sgt senyuman tu...
tp jgn la buat muka macam kte ni beban sgt...

'orang lain' lak saya x pernah jumpa wat muka ketat dgn customer...
even bru 1st time dtg kedai diorg...
diorang wat kte cam rakan kamcing...

* pengalaman sebenar

Salasiah Zakaria said...

Salam
Lame dah tak join sini. Bestnye. Banyak cite baru. Betullah Mr Affendi. Tapi tak semua macam tu. tapi MAJORITI macam tu.. huhu...
FIrst, disiplin diri la kan. Saya harap dapat kongsi ilmu ni ngan kawan2 saya kat luar tu gak. nice.
Thank you Sir.