Monday, July 12, 2010

NAK KERJE KE TAK NAK?

Baru-baru ini saya telah berurusan dengan satu pejabat kerajaan di Penang mengenai tuntutan pembayaran saya. Hehe, begini cariteranye.

Selepas hantar invois dan menyelesaikan segala dokumen pembayaran, saya telah diberitahu bawaha pembayaran akan disettlekan dalam 4 atau 5 hari. Tu yang diberitahu pada 24 Jun.

So pada 30 Jun, saya pun hubungi jabatan berkenaan dan bercakap dengan pegawai disitu. Katanye 2 Julai, call balik. Bila saya called pada 2 Julai, call saya balik 5 Julai. Tunggu approval AG (Jabatan Akauntan Negara).

Pada 5 Julai, saya pun called semula. Jawabnye Jumaat 9 Julai, u call I balik. Tunggu approval AG Jabatan Akauntan Negara ni akan meluluskan pembayaran etc, katanye.. Call balik pada 12 Julai, dan dikatakan u call balik 15 Julai nanti.

Apekebenda ni, macam bagus je staf tu. I cuma tuntut hak I je. Macam permainan dibuatnya. Call 30 Jun, minta call dia balik 2 Julai. Call 2 Julai, minta call balik 5 Julai. Call 5 Julai, minta call balik 9 Julai. Amendenye ni.

Dan bila I minta pada 12 Julai tu, number rujukan Tuntuntan I di AG tak diberi pula dengan alasan tak boleh. Please, I dah berurusan dengan banyak jabatan kerajaan. Cakaplah dengan betul. Bukan semua orang kita ingat kurang pintar. Lu pklah sendiri. Sandiri kena ingat.

So, I call pegawai lain dan didapati Tuntutan Payment saya masih lagi belum dihantar ke AG, ie diperap.

Kalu kita nak kerja, kita perlulah tekun dan membantu kelayan kita. Sebagai seorang Islam, kita perlu insaf yang kita dilahirkan untuk menjadi seorang khalifah. Banyakkanlah membantu sesama manusia. Elak lepas tangan. Kerja yang patut buat hari ini, buat hari ni, elakkan bertangguh.

Bayangkanlah kalau gaji kita dibayar lambat, bagaimana kita rasa. Insaflah. Kita pun akan tua satu hari. Dan bayangkanlah bila kita pencen dan tatkala kita bertanya staf kewangan tu akan gaji kita, dan kita telah dijawab”Tunggu ajelah pakcik, bukannya banyak sangat pencen pakcik tu,seribu je, nanti dapat juga!” Ape kita rasa, tulah wang yang kita perlukan buat belanja hari raya yang bakal tiba. Seribu Tak banyak bagi dia, tapi banyak bagi kita.

So, bila kita kerja kena ada kesungguhan melakukan kerja kita. Elakkan fokus pada diri kita terlalu bangat. Mudahkan kerja orang, insyaAllah Allah mudahkan kerja kita. Nasihat Rasulullah kepada Baginda Ali, “ Ali, sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak membantu orang lain. Satu kau beri, 10 Allah tambahkan bagi kamu.”

InsyaAllah bila kita lakukan kerja deanga tekun, banyak membantu orang lain, ganjaran Allah akan ada untuk kita. Sama-samalah kita fikirkan

4 comments:

Myelsakee said...

hmmm diorang sebuk main fesbuk tu....eheh

AFFENDI HASHIM said...

Hehe. Kekadang orang gomen ni kena kita tegur gak. Wat keje sambil lewa.

Syukur perlu ada kerana ada keje. Syukur bukan hanya kita ucapkan, tapi perlu dituruti dengan amalan dan hati kita.

Baru hidup berkat. Wow, vogue

salasiah said...

Betul3x.
baik bagi saya keje. hihi..
ramai lagi penganggur kat luar sana yang cari keje.
malah ade lagi bagus dari kita yang leh buat keje even tak blaja tinggi.

Buat baik kat orang lain, banyak faedahnya. malah sampai ajal pon orang leh ingat kita. InsyaAllah.

AFFENDI HASHIM said...

Hehe. Salam Salasiah. Vogue. Yup bila kita keja, we have to devote ourselves. Barulah orang kita boleh berjaya.