Saturday, December 5, 2009

RESIPI KEK KEJAYAAN

Menyentuh mengenai resepi kek ini, kali ini, saya Chef Affendi® ingin berkongsi satu resipi kek. Bukan resipi kek kukus, bukan juga kek lapis Sarawak, tapi Resipi Kek Kejayaan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kek Kejayaan ini adalah:

500g semangat (yang membara)
250g inisiatif atau daya usaha
100g kecekalan – jatuh sekali bangun semula sepuluh kali
180g kepercayaan
130g keinsafan
280g pengorbanan
180g campuran akhlak mulia
8 sudu teh perasaan tanggungjawab
200g senyuman

Bahan-bahan telahpun tersedia, marilah kita sama-sama membuat kek kejayaan kita. Pertama sekali, kita pukul semangat kita hingga menjadi kembang dan kental. Untuk berjaya, kita perlukan semangat yang kental, yang tidak mudah mengalah.

Selepas ianya kembang, masukkan inisiatif serta kecekalan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan kita tadi menjadi lembut lebih kurang 8 minit. Setelah itu, campurkan kepercayaan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Untuk berjaya, kita perlu percaya dan yakin pada diri kita sendiri, bertanggungjawab serta punyai akhlak mulia.

Ketiga, campuran tadi kita bungkuskan pula di dalam daun Ingin Tahu dan Ingin Cuba. Setelah kita bungkuskan elok-elok barulah kita masukkan adunan kita tadi ke dalam mangkuk keinsafan.

Lepas tu, hiasilah dengan senyuman yang menawan dan bakar adunan kita tadi dengan semangat yang membara.

Kalau kita gunakan ketuhar biasa (Jalan Lama) , kita bakar pada suhu 180° selama 38 minit.

Kalau kita gunakan ketuhar mikrowave (Leburaya), bakarlah ia selama 10 minit,

Untuk dapatkan kek yang elok dan cantik, elakkan adunan kita tadi daripada terkena air mata putus asa. Orang yang inginkan kejayaan, tidak kenal erti putus asa. Buangkan perkataan putus asa daripada kamus hidup kita. Agama Islam tidak akan tersebar luas sekiranya Nabi Muhammad saw putus asa di waktu dahulu.

Itulah dia resipi kita kali ini. Resipi kek kejayaan. Selamat mencuba.

Vogue gtu.

12 comments:

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

apa itu ketuhar lama (jalan lama)
dan mikrowave (lebuh raya)????

AFFENDI HASHIM said...

Jalan lama: ada orang ang masuk universiti bermula dari bawah

Lebuh raya: laju ekspress gila dapat masuk Universiti

I pernah berbual dengan TNC HEP kita satu masa dahulu. Dia kata dia masuk universiti dari awah, mulanya masuk maktab perguruan kerana result spm tidak memberangsangkan. Pastu dapat peluang melanjutkan pelajaran untuk ijazah pertama. Join utm, sambung wat master dan PhD. ia kata dai lalu jalan lama. Dan sekarang Yen leh tengok sendiri.

Kengakawan dia yang ekspress buat ijazah sekarang ni biasa jelah, ijazah pertama, walhal mereka sume satu masa dulu hebat.

So lu pk lah sendiri

lisamili said...

Mr Affendi..!!miss u..still remember me??Lisa..I;ve lost ur phone no. huk2..I'm still in UTM further my master degree

AFFENDI HASHIM said...

Hi Lisa. Of course I still remember u. Great to hear that you are doing your master's degree in UTM

cahaya said...

Salam Ziarah Mr.Affendi..

Affendi Hashim said...

Wsalam Saffiya.TQVM for visiting my blog. vogue gtu

mun@warah said...

Salam, sir apa khabar? Lama btol saya xcontact sir, kn. Cam penyanyi plak, menyepi tiba2.hehe...

Affendi Hashim said...

Khabar baik dan vogue gtu. hehe,

mun@warah said...

Dulu kan sir ad bincang pasal teori 7 tahun kejayaan n 7 tahun kejatuhan time muet class. Lebih kurang camtu la klu xsilap sy. Sape yg kemukakan teori tu n dalam buku apa ek?

Affendi Hashim said...

Salam MUnawarah. Please refer to surah Yusuf. And also read the book The Age of Unreason, by Charles Handy, a futurist

Myelsakee said...

HI MR FND!!! im shouting out loud here...hope u still remember me....please update ur blog regularly...cos i still hunger for your motivation even tho im not your mentee anymore...vogue gitu ;p

AFFENDI HASHIM said...

Wow.Vogue Elsa.