Sunday, November 29, 2009

BINTANG DI LANGIT

Sekiranya kita melihat langit di waktu malam, kita akan dapati kalau langit lebih gelap, maka lebih teranglah bintang-bintang. Pernahkah kita bertanya, mengapa agaknya kita tidak nampak bintang di siang hari?

Ini berlaku bukan kerana bintang tiada di siang hari. Ada! Ianya berlaku kerana pancaran cahaya matahari yang begitu terang hingga menyebabkan bintang-bintang tadi tidak kelihatan. Begitulah keagungan Ilahi. Dia mencipta dan menjadikan sesuatu itu ada sebabnya. Kita perlu fikirkan.

Apakah yang boleh kita simpulkan mengenai kejadian atau fenomena bintang ini? Dalam kegelapan, bintang cantik bercahaya terang. Begitulah hidup kita. Kita perlukan kegelapan(kepayahan/cabaran/dugaan) untuk menampakkan bintang-bintang dalam diri kita.

Kita bukan dicipta untuk kegagalan, kita dicipta untuk kemenangan. Kegagalan/ kegelapanlah yang akan menjadikan kita manusia yang berjaya. Kegagalan adalah kekalahan sementara. Putus asa adalah kegagalan sebenar.

Kebanyakan manusia bila menemui jalan kegagalan, dia akan berkata ‘mengapa aku, bukan si polan?’ Sepatutnya kita berterima kasih kepada Ilahi kerana kita masih lagi bernyawa untuk memulakan usaha yang baru setelah gagal.

Sebagaimana yang saya kata tadi, kegagalan adalah kekalahan sementara. Jatuh 1 kali, bangkit semula 10 kali. Mungkin ada hikmah di sebalik kegagalan kita. Usaha lagi, tambah ilmu, bangkit. Elakkan menyalahkan orang lain, keadaan, kurang modal, dan macam-macam lagi.

Begitulah pandangan saya mengenai kegagalan. Kekalahan sementara. Putus asa -kekalahan sebenar. Bagi saya, sekiranya kita ingin berjaya, kita perlu mempunyai prinsip 3P:

Pandangan hidup
Pegangan hidup
Perjuangan hidup


It is better to light a candle rather than to curse the darkness.

So guys, fikir-fikirin.

Sunday, November 22, 2009

Ikan, Ikan, ikan, mari beli Ikan

Ada di antara kita yang suka makan ikan air tawar, ada juga yang suka makan ikan parang, tenggiri dan sebagainya. Bercakap mengenai ikan, saya teringat ada pepatah Cina lama yang mengatakan “berikan seseorang itu seekor ikan, dia akan hidup untuk sehari. Ajar seseorang itu cara menangkap ikan, dia akan hidup sepanjang hayatnya


Kalau dikupas pepatah itu, dalam maksudnya. Sekiranya seseorang itu atau pun sesuatu bangsa itu selalu ditolong sahaja untuk mendapatkan sesuatu dengan cara memberi apa yang diingini tanpa diajarkan cara untuk mendapatkannya, sebenarnya kita tidak menolong mereka. Ini akan menjadikan mereka golongan yang sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain dan meminta-minta. Seseorang itu atau pun sesuatu bangsa itu akan sentiasa meminta ikhsan orang lain.

Ini akan menjadikan mereka kurang berkeyakinan untuk menghadapi cabaran arus kehidupan, lemah-lesu, moyok, letih dan takut untuk menghadapi kehidupan. Manakala jika kita tunjuk ajar seseorang itu bagaimana untuk memperolehi sesuatu itu, ini sudah tentu akan memberkan dia ilmu untuk membaiki dirinya.


Saya selalu menekankan prinsip ini kepada pelajar-pelajar saya. Belajar di universiti memerlukan kewangan yang banyak. Sebagai contoh; pelajar jurusan arkitek memerlukan wang untuk projek-projek, peralatan, dan pembinaan model. Pelajar jurusan pengurusan memerlukan wang bagi membuat penyelidikan di luar kampus. Semuanya memerlukan wang. Saya selalu menegaskan kepada mereka supaya berusaha untuk mendapatkan wang dan tidak lagi menunggu atau terlalu mengharapkan wang dari keluarga terutama ibubapa.


Bagaimana? Saya selalu menekankan supaya mereka menggunakan kepakaran, ilmu serta kekuatan mereka. Diajarkan kepada mereka cara untuk menjana pendapatan dari kepandaian mereka. Kita perlu berdikari dan merebut peluang yang berada di sekeliling kita. Sebagai contoh, jika fakulti saya ingin membuat kain rentang, saya selalu memberikan projek ini kepada pelajar-pelajar untuk membuat kain rentang untuk sesuatu seminar atau pun bengkel yang dianjurkan oleh fakulti saya.


Kain rentang yang telah disiap harganya sekitar RM150 setiap satu. Katalah pihak fakulti ingin mendapatkan 4 kain rentang, ini bermakna RM600 akan dapat diperolehi oleh seseorang pelajar itu. Sudah tentu, untungnya kepada pelajar tersebut sekurang-kurangnya RM300. Nah, cara inilah kita telah mengajar mereka cara mencari wang atau pun menjana pendapatan semasa belajar.


Ini sudah tentu akan mengajar mereka untuk lebih bersemangat, tidak sangat mengharapkan pertolongan orang lain, disamping boleh mempraktikkan apa yang dipelajari di bilik kuliah


Bangsa Melayuku, untuk menjadi bangsa yang maju dan perkasa, kita perlu berusaha sendiri dengan lebih gigih serta tekun lagi. Giatkan usaha kita. Bukalah mata kita. Bukalah minda kita. Dan bukalah hati kita. Elakkanlah daripada terlalu mengharapkan pertolongan orang lain atau subsidi.


Belajarlah sesuatu ilmu itu dan praktikkan dalam kehidupan kita. Berikan seseorang itu seekor ikan, dia akan hidup untuk sehari. Ajar orang itu cara untuk menangkap ikan, insyAllah dia akan hidup sepanjang hayatnya.

Oki doki, fikir-fikirin

Tuesday, November 10, 2009

Temuduga Dan kerja Lagi ...


Baru2 ni saya menerima satu email dari seorang pelajar bertanyakan mengenai meminta kerja. Dia kata ada satu buku yang mengatakan ada soalan bocor untuk g temuduga kerajaan. Saya beritahu dia, saya tak pernah dengar buku tu dan nama pengarangnye. Yang saya selalu dengar adalah Modul SPICE untuk RESUME dan Interbiu saya yang RM10 tu, je, hehehhe.

Mana ada kabel/fiber optic. Kalu selalu gunakan pintu yang kurang elok, kita takkan pernah yakin dengan diri kita sendiri. Sebenarnya kan, kerja ni kita kena percaya pada rezeki Allah. Ketetapan ILLAHI

Gunakan jalan yang bersih, insyaAllah ada barakahnye. I pernah gak dapat opportunity menemuduga beberapa bakal calon Guru Bahasa kat fakulti I. Tak da pun ape rahsianya. Sume bergantung pada I atau sipenemuduga yang lain. Dia macam ada aura. I rasakan ATTITUDE sicalon tu yang penting.

Persiapannye:
1. Solat dhuha selalu.
2. Solat tengah malam minta rezeki dari Allah
3. Membaca 41 X fatihah setiap hari dan dihadiahkan pada bakal penemuduga kita,
minta Allah lembutkan hati mereka pada kita.
4. Siapkan diri: keyakinan, kematangan, keilmuan, kejujuran
5. Market kan diri selalu. Market, market, market
6. Buang konsep "susah nak dapat kerja sekarang"
7. Buang konsep "banyak persaingan". Persaingan adalah konsep orang yahudi. Orang
Islam harus percaya bahawa sume orang ada rezekinya, tak cepat, lambat. Allah
akan beri kita pada masa yang Dia fikirkan sesuai untuk kita.
8. Jauhi virus ORang Gagal yang sentiasa menghasut seperti "nak kerja kena ada
orang dalam", mana nak dapat kerja, kita sume fresh graduate" dan macam-macam
lagi.
9. Percaya pada diri.
10. Dekatkan diri dengan orang yang positif
11. Cari ilmu (Berijazah tak semestinya berilmu dan berilmu tak semestinye berijazah)
12. Hati bersih.