Tuesday, August 24, 2010

PUAK-PUAK

Tak geng awak. Heh, nyampahlah budak-budak kumpulan tu, macam bagus je. Kami lagi baik, sebab kami belajar lebih lama kat matriks, mereka tu belajar kejap je, tak cukup ilmunye.


Tak kenal pulak orang tu, mungkin bukan jemaah kami agaknye. (Yang ni mungkin, sipolan tu tak atau kurang gi semejid, tu yang mereka tak geng). Nape cepat jatuh hukum.

Masa I kat Amerika, “pendakwah” mereka datang kerumah kitaorang dengan muka yang manis untuk “berdakwah”, tanpe mendabik dada. Nape perangai kita suka menghukum dan menolak orang lain walhal orang lain jalankan kerja-kerja “dakwah” mereka penuh dengan strategi menarik dan bukan menolak. Personaliti magnetic.


Termodinamik fakulti kami lebih susah dari termodinamik fakulti tu, yang ni I nak tanye, kalu lebih susah, so what?


Pernahkah kita terdengar frasa-frasa di atas. Phew. Amende. Puak, puak puak. Orang kita suka berpuak-puak. Nape kita susah nak bersatu? Penyakit ape yang kita sume ada?


Nape kita suke mengangkat diri kita lebih dari yang lain? Nape kita tak belajar saling hormat-menghormati dan complementing each other (pelengkap)? Dan ada kalanya ade puak-puak ni yang akan berusaha dengan gigih hanya untuk menjatuhkan puak lain?


Dalam satu kes di tempat saya, ada satu kumpulan yang berjaya menidakkan kuota asrama untuk pelajar lain tapi orang kita. Dan setelah bekerja dengan gigih dan penuh semangat dan dedikasi, mereka berjaya untuk menidakkan kuota asrama pelajar lain tapi orang kita. Wow, kejayaan betul tu, hehehe. Ape kita dapat kalu kita berjaya, tapi orang kita susah? Puas hati ek? Orang lain tak pe. Puas hati. Grow up guys!!!


Amende ni? Kalu orang lain dapat takpe, TAPI kalu orang kita dapat TAK BOLEH. Rasa tak puas hati dan cuba cari jalan untuk jatuhkan puak yang lain walaupun puak tu orang kita!


Sidang jemaah yang dirahmati ALLAH sekalian, marilah kita bersyukur dengan ape yang ALLAH telah berikan kepada kita. Kita kena saling lengkap-melengkapi, kurangkan berpuak-puak dan rasa tak puas hati sesame orang kita. Elakkan mendabik dada dengan mengatakan kita lebih dari puak lain walaupun dia orang kita.


Mengingat mati adalah satu motivasi. Marilah kita bersatu hati, tolong-menolong dan tuluskan hati kita, bak kata kumpulan Radja, “tuluskan hati mu”, hehehehhe.


Buangkan tebiat puak-puak puak-puak.

12 comments:

haziqah :) said...

kerana masing-masing ego dan rasa diri mereka bagus.betul tak?

AFFENDI HASHIM said...

Salam. Betul betul betul.

Salasiah Zakaria said...

Salam.

Saya nak kongsi satu cerita gak ni.
Puak-puak ni memang kuat time saya blaja dulu. Ada orang kata, waktu keja takde la macam ni.
Tapi bila time keje, lagi teruk pulak puak yang saya jumpa.
mungkin nasib saya kot. Memang terang lagi nyata keberlagakan incharge(leader) saya time tu sampaikan nak ajar saya pun kedekut ilmu. pinjam ayat Mr affendi,amendenye?? hohoho..
Macam mane nak maju kalu ilmu pon kedekut?? humm.. Saya tak kisah dia marah saya sbb adat nak hidup baru nak naik. Banyak nak blaja. Tap saya sedih... :'(
Orang kita cepat lupa diri.
Harap-harap dia dapat petunjuk. Amin.

AFFENDI HASHIM said...

Wsalam, Salasiah. Itulah yang dinamakan kehidupan.

Di Universiti, it is just an illusion world. And the REAL world is different.

Remember what I told u in class: Love the Sinners, hate the Sin.

wawi said...

Salam.
Apa kata Mr Afendi recruit puak sendiri jugak? Hehe.
Saya join jek.

Affendi Hashim said...

Hi Wawi. Vogue gtu.

Puak? We have to grow up. Hehehe.

wawi said...

i wish one day i will :P

Salasiah Zakaria said...

Salam Mr Affendi :D

mm.. betul tu. Dunia luar memang kejam macam yang Mr Affendi cakap dulu. Memang mencabar.

Mahasiswa sekarang sepatutnya lagi didedahkan dengan dunia luar at least tak la manje sgt cam yang ade skrng.. my opinion je ;)

peace

Affendi Hashim said...

Wsalam. Phew.

Biasele student, selalu rasa macam bagus.

Lecturer beri pressure cket dah nak melenting, komplen dan sebaginye.

Hehe, glad that u have validated and experienced what I have told u before in class.

Salasiah Zakaria said...

salam.

Saya bersyukur sangat dapat blajar ngan Mr Affendi. Terima kasih banyak2. :D

miranasib said...

MR affandi..
i'm really missed to attend ur class again..=)

AFFENDI HASHIM said...

Ay ay Cik Kotak