Tuesday, August 11, 2009

BERIKAN KEPUTUSAN BUKAN ALASAN

Masa itu emas. Yeke? Masa itu amat beharga. Masa, masa masa. Ramai orang yang memperlekehkan kepentingan masa.

"Alah seminit je lewat, takkan tak boleh kot" , "Bas pertama yang saya tunggu, penuh. Lepas tu bas kedua pun penuh. Mujurlah saya terserempak dengan rakan yang memandu keretanya sendiri. Jadi saya lewat sikit ke kelas. Bukan salah saya. Bas yang lewat"

Yeke bukan salah SAYA? Hehe, berbagai 'dalil' dan alasan yang diberi. Salah bas, sebab bas datang lambat, salah trafik sebab lampu isyarat tak berfungsi, jalan sesak dan sebagainya.

Undang-undang dunia: Berikan keputusan Bukan Alasan.

Kiranya kita mempunyai janjitemu pukul 8 pagi di kawasan yang lebih kurang 20 minit dari rumah kita, adakah kita akan keluar rumah pada pukul 7.40 pagi?

Jawapannnya terletak pada diri kita; nak datang tepatke atau datang lewat.

Sebagai seorang Islam, kita sendiri tahu bahawa salah satu sifat munafik adalah tidak menepati MASA. Tapi ramainya juga umat Islam yang memberikan "RASIONAL" mengapa sikap memperlekehkan masa itu mereka ambil.

Nah justeru ramai yang menjadi NATO(NO ACTION TALK ONLY). Bijak berteori mengenai Islam (dalam konteks ini, masa) dan tidak/kurang mempraktikkanya. Kita tahu, tapi kita tahu hanya pada teorinya sahaja dan tidak mempraktikkanya. Maka makin tinggallah ke belakang kita umat-umat Islam kerana memperlekehkan masa.

So, kiranya kita telah terkeluar landasan, marilah kita sama-sama kembali ke landasan yang sebenar. Berikan keputusan Bukan Alasan.

sO, fikir-fikirkan.

8 comments:

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

salam
wah, dh lama en affendi m'hilangkan diri
tapi betul juga tulisan en ni.
kita selalu kata masa sgt b'harga tapi x pernah m'hargainya
tapi org yg selalu memungkiri masa, buang masa n etc adalah org melayu yang 99.99% adalah org islam.
pastu bagi alasan.
saya pun x t'kecuali juga
ada gak kadang2 t'lewat
ini semula berbalik pada sikap kita juga
betul x???
tapi sedih juga la bila org kata
kalau janji melayu tu, msti lewat 1/2 jam,
mcm semua org melayu ni x m'hargai masa,
padahal Allah dh berfirman dalam surah al-Asr menekankan betapa pentingnya masa pada kita semua.
entah la,
mungkin ini dah jadi penyakit sosial.
sebab tu kita masih ketinggalan dalam pelbagai bidang sebab perkara yang penting ini (masa) dipandang remeh oleh kebanyakan org.
huhuhuhuhu

*~ eLiEnZ 87 ~* said...

salam sir~
lama menghilagkan diri~~
uh uh..
sy gak alami msalah time management~
hv to baiki..
aii

cekelat pekat said...

berikan keputusan bukan alasan...

yup..
tq sir..
i'll try as best as i can to come early...

AFFENDI HASHIM said...

Wsalam Yen. Vogue gtu.

Tak hilangkan diri. Bz cket je.

Yup, kita perlu baiki diri kita.

Masa bukanlah emas. Kerana emas boleh dicuri. Masa itu bukanlah berharga. Kalau berharga, masa boleh dibeli.

Bagi saya, MASA ADALAH NYAWA KITA.

TSDNAN said...

wow!!
memang vogue gitu
mesti bangga semua yang dok kat cute water..
he he!!
just joking sir..
salam ramadhan

Salasiah Zakaria said...

Salam Sir.
Last kelas semalam..so sad..
nasib ade blog ye tak Sir.
hehe..

Saya setuju sangat la dengan kata2 Sir tu. Bak kata upin ipin "betul betul betul".hihi..

'Masa adalah nyawa kita'<-- ini paling best saya dengar Sir.

Berbaloi-baloi join blog Sir ni.
Thank you Sir.
Have a nice day Sir.

AFFENDI HASHIM said...

Salam Salasiah. Tq for ur input. Yup, masa adalah nyawa kita

AFFENDI HASHIM said...

Salam Salasiah. Tq for ur input. Yup, masa adalah nyawa kita