Saturday, May 4, 2013

Ramuan MELAYU


Phew, saya bayak menerima email dan sms mengapa tak update blog saya.  U tak tahu, I pun tak tahu, hahaha.  Tapi hari ni saya terpanggil untuk menulis.  LU pklah sendiri..

Kekuatan umat ataupun sesuatu bangsa itu bergantung kepada penerapan nlai-nilai murni (bersatu padu, beketrja keras, gigih berusaha, disiplin, ukhuwah, sentiasa dahagakan ilmu), kebijaksanaan dan adanya harta yang halal berkat usaha yang gigih ( kekuatan ekonomi)

Tanpa kebijaksanaan dan tanpa  kekukuhan ekonomi, sesuatu umat atau pun bangsa itu akan mudah tunduk ataupun kowtow kepada bangsa yang lebih maju dan lebih kuat kedudukan ekonomi mereka.
Bangsa Melayu perlulah mengambil iktibar dari negara-negara jiran kita. Kaji mengapa sesuatu itu boleh berlaku dan bukannya bertindak mengikut emosi tanpa mengkaji.  Carilah ilmunya dahulu dan lepas tu barulah bertindak. Bukan sekadar menjadi pak turut emosi.

Lihat pula apa yang berlaku di tempat-tempat lain di dunia ini.  Semua kejadian ini adalah iktibar untuk kita berfikir mengenai masa depan Agama kita, bangsa kita dan Negara kita.

Rapatkan barisan kita. Inilah tanah kita.  Bersatu dengan Nawaitu yang jitu demi kelansungan generasi mendatang.  Elakkan dok fkir untuk hari ni je.

Ramuan Melayu perlu diterapkan di hati sanubari kita semua.


M- Memimpin diri dan dunia dengan ILMU.  Bangsa kita perlu lengkapkan diri dengan segala ilmu baik ukhrawi mahupun duniawi. Bacalah, kajilah jiwailah ilmu semoga kita akan dapat roh keilmuan.  Berijazah tak semestinya berilmu dan berlimu TAK semestinya berijazah.  Memiliki ilmu ini banyak kelebihannya.  Semakin banyak yang kita tahu kita tahu, semakin banyak yang kita tahu kita tahu kita tahu kita tak tahu.  Siapa yang menjalani satu jalan memperolehi ilmu, nanti Allah akan memudahkan baginya memperolehi syurga (Hadis Riwayat Muslim).

E- Eratkan persaudaraan sesame kita.  Di bumi kita ini, perlulah kita menjaga dan seterusnya meningkatkan ukhuwah kita bersama demi agama, bangsa dan Negara kita ini.  Permasalahan kita duduk semeja dan selesaikan secara musyawarah dan rujuklah, rujuklah AlQuran dan hadis.

L- Laksana aur dengan tebing.  Kita kena hidup tolong menolong dan bekerjasama dengan satu sama lain.Kalau kita bekerja, mudahkan urusan kita dan bukan menyusahkan orang kita.  Orang lain boleh berniaga di bawah satu bumbung, mengapa kita tidak?  Fikir-fikirkanlah.


A- Akhirat dan dunia diseimbangi.  Ramai orang terkejut bila saya mengatakan “Harta boleh bawa mati” Begini ceritanya:  Sekiranya kita ada kekukuhan ekonomi, kita boleh bersedekah (anak-anak yatim, membina masjid, surau madrasah dsb) ini sudah tentu akan memberikan kita ganjaran pahala unutk Amanah Saham Akhirat kita.  So, jangan takut unutk bersedekah. Jangan takut untuk menyumbang kembali kepada agama, bangsa dan Negara. Bayar PTPTN kerana wang bayaran kita itu boleh digunakan oleh adik-adik kita untuk mencari ilmu nanti.  Saya sendiri pun membayar balik sebanyak RM104,000 (RM70000 pokok + RM34000 faedah) kepada kerajaan kita.  Saya telah memotong gaji saya sebanyak RM1440 sebulan selama 72 bulan ( 6 tahun) untuk melunaskan RM104,000 itu.
Kenapa saya perlu membayar baliki ek?  Saya adalah pemegang biasiswa Kementerian Pelajaran.  Sepatutnya menjadi pendidik di sekolah.  Tapi saya memilih untuk menjadi pendidik di IPTA.  Itu yang kena bayar balik.  Ikut logic, saya masih lagi bekerja dengan Kerajaan.  Tapi tak pe, setiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya dan saya redha.
“Encik bolehlah, encik pensyarah, gaji banyak” mungkin itu yang terbenak di fikiran anda.  Tak banyak gaji saya, saya pensyarah biase je.  Memang perit masa saya membayar kembali RM104,000 tu.  Tapi dalam dugaan ada nikmat dan dalam nikmat ada dugaan. 


Y- Yakin terhadap kemampuan diri kita. Kita boleh melakukannya untuk mencapai kejayaan dalam hidup kita.  Bangsa kita memang pedagang ataupun usahawan sejak dulu kala lagi.  Segala pekerjaan atau usaha kita perlu lakukan dengan penuh kesungguhan.  Perlu ada kesungguhan kerana kesungguhan merupakan factor utama yang menentukan kualiti apa sahaja usaha yang kita lakukan.

Peraturan atau qadar Ar-Rahman dalam dunia ini ialah siapa yang berusaha, berfikir, yakin, merancang, berazam dan bersungguh-sungguh dalam melakukan usahanya maka dia akan memperolehi segala habuan dunia yang dihajatinya, kecuali sesuatu yang hikmahnya hanya diketahui oleh Allah yang maha Mengetahui perkara dahulu dan kemudian, zahir dan batin.

Orang kafir yang tidak beriman kepada Allah, tidak menunaikan solat, tidak puasa, tidak bayar zakat dan tidak pergi haji, jika mereka bersungguh di dalam sesuatu pekerjaan yang diceburi akan memperolehi kejayaan.  Orang-orang kafir berusaha bersungguh-sungguh, dan sekarang mereka menguasai segalanya di dunia.  Punyai kekuatan duniawi yang tidak dapat disaingi oleh sesiapa, punyai kekuatan ekonomi, minda dan kekuatan senjata yang melebihi kekuatan umat Islam.

Sebaliknya, orang Islam yang tunaikan haji, solat, puasa, zakat, tetapi tidak rajin berusaha bersungguh-sungguh dalam urusan duniawi, dalam membina kekuatan diri, kekuatan mental, maka natijhanya kita dapat saksikan sekarang mereka dihina dan dipermainkan oelh orang kafir di mana sahaja di pelusuk bumi ni- (yang ni kena fikir cket kat mana ianya berlaku!).  Jangan hariran dengan suasana yang berlaku ini, kerana itu adalah peraturan Ar-Rahman, siapa yang berusaha akan perolehi perkara duniawi yang dihajatinya.

Peraturan Ar-Rahman menetapkan bahawa orang yang pakat dan pilih untuk melakukan dosa dan maksiat maka dia akan dapat melakukanya.  Begitu juga orang yang pilih baris untuk melakukan amalan yang mendatangkan ganjaran pahala, maka dia akan dapat melakukannya melalui usaha sendiri:
           
“Bagi setiap jiwa ganjaran kebaikan bagi amalan kebaikan yang dilakukannya dan
balasan azab bagi kejahatan yang dilakukannya.”
                                                                                                            (Al Baqarah: 286)

U- Unggul dan kecemerlangan duniawi dan ukhrawi matlamat kita bersama.  Pastikan kita menjadi bangsa yang unggul dan cemerlang  di dalam segala aspek yang diredhai Allah.


 Bersatu bersatu bersatu demi ukhuwah dan kelansungan hidup kita dan generasi yang akan datang kerana sebenarnya kita sedang meminjam keharmonian, kemewahan, kemerdekaan dari cucu cicit kita.