Thursday, January 13, 2011

LIULIAN

Lai lo lai lo Liulian, sedap ma, manit memang manit.

Amende tu ek? Kisah di satu pasar, Penggerai sedang menjual Durian. Saya rasa ramai di antara kita yang suka makan durian.

Durian memang sedap dimakan. Tapi tahutak tak ramai orang yang tanam pokok durian, kecuali di kampong-kampung? Saya teringat satu ketika dahulu, semasa saya di kampong ayah saya telah menyuruh saya menanam pokok durian. Saya pun bertanya ayah saya, mengapa kita tak beli saja, kan ke senang?

Maka ayah saya pun menjawab, “ Jika kita tanam, kita akan dapat merasakan nikmatnya hasil tanaman kita sendiri

Jadi saya pun telah menyemai dua biji benih durian. Lepas tu saya siram dan bersihkan kebun durian saya tu.

Lepas tanam durian, pada satu hari saya bertanya ayah saya, “Ayah, bila kita dapat makan buah duriannya?” Lantas ayah menjawab, “Tanam biji durian hari ni, kita tak boleh mengharapkan dapat makan hasilnye esok, kita kena sabar”

Tahun pertama, takde ape yang berlaku, tapi saya masih lagi meneruskan usaha saya, siram setiap hari dan baja dua minggu sekali. Rumput disekeliling pokok durian tu pun saya kena bersihkan dan kena juga jaga daripada dimakan kambing daunnya.

Tahun kedua pun, tak pape yang berlaku, buah durian pun takde. Tapi sya masih lagi meneruskan usaha-usaha saya, membersihkan kawasan di sekitar pokok durian saya serta membubuh baja.

Tahun ketiga pun masih tak dapat menikmati hasil pokok durian yang saya tanam tu. Umur pun dah meningkat dan saya pun telah berada di Darjah 4.

Hinggalah tahun kelima, barulah saya terlihat pokok durian saya telah berbunga. Dan selepas itu ianya mula berbuah. Perasaan gembira saya tak terkata ketika itu. Dan selepas menanti, akhirnya saya dapat merasakan buah durian pertama hasil dari biji benih durian yang saya tanam lima tahun yang lalu.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah seklian, apakah hubungkait menanam durian dengan kehidupan kita?

9 comments:

NORA BELLA said...

Jangan pernah berputus asa!!!

Salasiah Zakaria said...

Salam semua.

wah seronoknya.. betul jugak.. tapi ade jugak durian yang saya tanam saya tak dapat makan tapi ayah saya dapat makan.. lagi seronokkan dapat kongsi.. :D

Terima kasih Mr. Affendi.
tabik!

AFFENDI HASHIM said...

Salam Salasiah

Ay ay, memang seronok kita tabur bakti di dunia ni.

AmiR Saufi said...

Mr Affendi Hashim..
How I wish I could Always hear Your Motivation Words Everyday..
And, Finally i arrived here..
Blog AFFENDI HASHIM..
Mr Affendi, I have juz read most of your post from 13 January 2011 until December 6 2008..
N, saya rasa bersemangat..
all the issue u post here are really synonym with Us.. n, saya rasa cm dok dlm kelas muet dulu..(2007)
A very inspirative Lecturer..
How I Wish I Will Be Such A Best Lecturer Like U..

cekelat pekat said...

berusaha dan bersabar!!!

SEE by Cikgu Ezaty said...
This comment has been removed by the author.
Herbs World said...

Salam

Thanks to ALLAH. Wishing u & family all the best, joyful and bestowed.

Keep up the good work.

Wassalam

Salasiah Zakaria said...

Assalamualaikum.
kenapa dah setahun takde update.rindu kisah2 yang menarik dari Mr. Affendi.

Harap sihat selalu.

Brokoksss222 said...

thanks mas