Saturday, December 18, 2010

HIDUP BERNAFASKAN KEJAYAAN

Hidup kita adalah satu perjuangan. Kita berjuang dengan segala kemampuan dan kurniaan yang telah Allah swt berikan kepada kita.

Sebagai seorang konsultan dan juga motivator, saya sering ditanya oleh peserta-peserta kursus motivasi saya:Apakah yang membuatkan seseorang itu cemerlang dan gemilang?

Untuk hidup di dunia ini, kita perlu bernafaskan oksigen. Dan untuk hidup cemerlang dan gemilang, kita perlu bernafaskan kejayaan. Bagi diri saya ‘kejayaan adalah hak milik setiap insan’. Success is 1% inspiration and 99% perspiration.

Hidup bernafaskan kejayaan (Al-Falah) ini sentiasa meletakkan keyakinan kepada kekuasaan Allah swt. Yakin yang Allah itu Maha Adil. Sebagai contoh, untuk hidup senang kita perlu berusaha. Tanpa usaha, masakan kita boleh hidup senang.

Saya ingin berkongsi 3 tips mengenai Hidup Bernafaskan Kejayaan. Yang pertama, insan yang bernafaskan kejayaan itu menggabungkan niat dan perbuatan. Dia adalah insan yang menentukan matlamatnya(niat) dan bertindak untuk mencapai cita-citanya (perbuatan). Sebagai seorang Muslim, apa sahaja yang kita lakukan niatnya terlebih dahulu adalah kerana Allah swt dan perbuatan kita adalah kerana Allah swt. Insyaalah apa yang kita usahakan akan mendapat keberkatan Ilahi.

Yang kedua ialah insan yang bernafaskan kejayaan dahagakan kemajuan. Mereka rasa tidak selesa berada di takuk yang lama sahaja. Ini kerana apa yang begitu gah hari ini akan jadi satu kebiasaan di hari esok. What is extraordinary today is gonna be a norm tomorrow.Kita perlu ingat bahawa ‘success is a journey, NOT a destination.” Justeru itu, untuk berjaya kita perlu tingkatkan diri kita dari masa ke masa, tingkatkan ilmu kita dan usaha kita. Sebagai insan yang bernafaskan kejayaan, kita perlu sedar bahawa kemajuan itu bererti perubahan. Ubah sikap, ubah minda, baiki diri kita.

Yang ketiga, untuk hidup bernafaskan kejayaan kita perlulah menjadi tangan yang memberi. Terdapat pelbagai jenis ‘memberi’; memberi sedekah, nasihat, pertolongan dan ilmu. Tangan yang menerima biasanya tidak akan memperolehi kegembiraan seperti yang diperolehi oleh tangan yang memberi. Mengapa? Bila selalu menerima, kita menjadi manusia@bangsa yang lemah dan kurang berfikir untuk menjadi pemberi pula.

Islam adalah agama kejayaan dan Islam sentiasa menyeru ke arah kejayaan. Gabungkanlah niat dan perbuatan, dahagakan kemajuan dan jadilah tangan yang yang memberi.

3 comments:

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

salam... dah lama ek En x mnulis...
dan dah lama juga saya x mengomen kat page ni...

betul per yang En cakap tu...
cuma nk tambah sikit...
hehehe

untuk berjaya kita juga perlukan ilmu dan juga keghairahan untuk menuntut ilmu...

tu apa yang saya rasa...
betul x???

AFFENDI HASHIM said...

Wsalam. Betul betul betul. Ghairah kan ilmu.

ILMU bukan bermaksud kena pegi belajar kat universiti.

Bcoz, ramai yang masuk universiti untuk dapat sekeping kertas bernama ijazah. Halal haram (contohnya plagiat, meniru dsb)ditolak ketepi. Janji dapat ijazah.

Berijazah tak semestinya berilmu.

Ay ay Captain

sarah abadan said...

ye betul tu...haiya 'alal falah...Islam bukan saje agama yg benar, malah Islam adalah corak gaye hidup yang sempurna...bila ikot cara Islam insyaAllah akan berjaya...thank u sir ;D