Saturday, August 28, 2010

MALAYSIAKU YANG TERCINTA

‘MERDEKA’, perkataan ini terlalu besar ertinya kepada masyarakat kita bangsa MELAYU. Kalau dulu kita dijajah sekarang kita sudah merdeka. Kalau dulu kita di bawah telunjuk penjajah, sekarang kita mampu mencorakkan masa depan negara kita sendiri. Itulah perkataan keramat bagi diri kita, MERDEKA.


Di mana sahaja, di Malaysia ini, kita akan ketemui perkataan MERDEKA, sebagai contoh di bangunan, jalan-jalan, dan sebagainya. Ingin mandi-manda:ada pantai Merdeka di Kedah. Ingin lumba kerata: ada Perlumbaan Merdeka. Ingin main bola: ada pesta bola Merdeka. Kita juga mempunyai Dewan Merdeka, Jalan Merdeka, Taman Merdeka dan sebagainya.


Kemerdekaan? Adakah ia datang secara percuma? Tentu sekali tidak. Kemerdekaan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu dan kini di bawah kepimpinan perdana menteri, kita masih lagi dapat mengekalkan kemerdekaan negara kita dari segi politik, ekonomi dan sebagainya.


Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah bersyukur ke hadrat Ilahi dan merasa bertuah kerana pemimpin-pemimpin kita telah berjaya membawa kemakmuran kepada Malaysia. Keamanan, kemewahan inilah yang sedang kita kecapi. Kekalkan kemerdekaan kita lebih-lebih lahi dari segi minda kita.


Dan mungkin generasi muda tidak pernah merasakan pahit getir dijajah dan dihina di bumi sendiri. Walaubagaimanapun, kita perlu ingat penjajahan itu masih menjadi idaman barat. Kalau tidak berhati-hati, mungkin kita akan dijajah lagi. Hayatilah erti kemerdekaan itu. Silap langkah kita akan dijajah semula di bumi kita sendiri.


Firman Allah; sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu ingkari nikmatmu, maka sesungguhnya azabku sangat pedih.


Justeru itu, sama-samalah kita rapatkan barisan kita, campakkan jauh-jauh sengketa, kuburkan pandangan jengkel sesama kita. Kuatkan ukhuwah kita. Kuatkan ilmu kita. Kuatkan ekonomi kita.

7 comments:

Salasiah Zakaria said...

Salam.
Selamat menyambut kemerdekaan dan bulan ramadhan Mr Affendi.
Tak terlewat untuk saya ucapkan sekarang kan? hehe..

Makin menarik la laman sesawang Mr affendi.. wow!!! Cantik sgt! tertarik mmg deboom lah. hehe

Saya nak tanya la pada yang sudi menjawab, bagaimana cara mudah untuk kita ingatkan adik-adik kita supaya mereka lebih mendalami ilmu apetah lagi sejarah. Sebabnya, bila sebut sejarah, mesti adik-adik cakap, tak minat lah, ngantuk bace nota la. Saya pun tak cukup ilmu sejarah lagi. hehe.. kena banyak kaji lagi.

Sekian. :)

AFFENDI HASHIM said...

Pertama, kita kena introduce pada mereka sejarah Islam, cerita para nabi yang kita hubungkaitkan dengan kehidupan. Cerita-cerita para anbiya. Mengapa Islam leh sampai ke Tanah Melayu? Siapakah yang telah mengusahakannye? Siapakah yang telah membebaskan Tanah Melayu dan seterusnya siapakah yang telah memperjuangkan masa depan orang kita sehingga kita sume dapat masuk university dan “berilmu”? Pernahkah kita doakan pejuang-pejuang ini terhadap ape yang telah mereka lakukan hingga kita dapat kecapi apa yang kita kecapi sekarang?

Tak pernah? Mungkin kerana kita tak amik iktibar dari sejarah yang kita kena pelajari tu. Mungkin niat kita, janji lulus subjek sejarah, but kena skoooooorrrrr pizik, kimia, biologi, matematik perrrrrgh.

Dalam konteks yang lebih kecil, mungkin ibu ayah kita leh menceritakan sejarah keluarga kita bagaimana keluarga kita dapat mencapai apa yang kita ada sekarang. Apakah peranan ibu dan ayah kita membesarkan diri kita hingga kita leh masuk university atau pun bergelar jurutera, doktor dsbnya.

Subjek Sejarah boring mungkin disebabkan pelajar ingat ianya tiada kena mengena dengan mereka dan hanya untuk menghafal tarikh dan peristiwa.

Sebenarnya dari sejaralah timbulnye ilmu-ilmu lain seperti perubatan, kejuruteraan dan sebagainye. Kita kadang-kadang dikaburi oleh omputih bahawa sume ilmu adalah ilmu mereka. Walhal, perubatan, matematik, kimia dan banyak lagi adalah ilmu dari ilmuan Islam.

Bekas Setiausaha Negara Amerika, Henry Kissinger pernah menyatakan bahawa, “History is not, of course, a cookbook offering pretested recipes. It teaches by analogy, not by maxims. It can illuminate the consequences of actions in comparable situations, yet each generation must discover for itself what situations are in fact comparable.”

Boring gak mungkin kita diajar untuk lulus peksa. Kita perlu menyelami sejarah sebenarnya. Kalu kita pelajari sejarah Tanah Melayu, lebih elok kita berjumpa dgn orang tuatua, nenek ataupu datuk kita untuk mereka memberitahu pahit getirnye mereka satu masa dulu di negeri mereka sendiri. Ambil iktibar dari cerita mereka. Bukan hanya belajar di dalam kelas je.

Kalu kita tak ambil iktibar dari sejarah, SEJARAH PASTI BERULANG, bak kata Tomok, hehehe. Pada saya, sejarahlah yang akan memberikan kita motivasi dan inspirasi untuk mempertingkatkan diri kita serta ummah. Amik iktibar darinya.

Ilmu, bukanlah setakat fizik, kimia atau biologi sahaja. Ianya banyak. Takleh dabik dada, dan beranggapan, sejarah ni takde kena mengena dengan cita-cita saya nak jadi engineer. Pemikiran pelajar kita ramai yang gitu, dipilih, yang ni penting, yang tu tak penting. Pemikiran pendek namanya kalu gitu. Ilmu Allah banyak dan luas. Semakin banyak yang kita tahu kita tahu, semakin banyak yang kita tahu kita tahu, kita tak tahu.

Sejarah sebenarnya cerita yang membuatkan kita berfikir untuk kesinambungan hidup kita. History is a better guide than good intentions. Mungkin juga budaya pelajar kita terlalu memfokus untuk dapat result SPM yang cemerlang lebih-lebih lagi untuk subjek sains,dan akhirnye mereka rasakan diri mereka cemerlang. Lantas, subjek sejarah, dan subjek yang dirasakan “kurang penting” akan dianaktirikan.

History will make a Heroic Intelligent Successful Tough Optimistic Ruthless You.

Salasiah Zakaria said...

Terima kasih Mr Affendi.
Lama tak dengar Mr Affendi cerita lam kelas. Rase nak masuk kelas balik. hehe..
ade buat kursus pape tak?? manela tau saya layak join. hohoho..

mm.. Betul gak kata Mr Affendi tu. Tak terpikir lak saya nak gtau adik macam tu. Pas ni leh la saya cuba. Harap-harap terbuka pintu hati dorang nak blaja sungguh-sungguh ngan niat yang betul.

Macam tu gak untuk diri saya lah walaupon tak melalui zaman blaja agi. tapi hari-hari yang berlalu tetap mengajar saya dan hari-hari adalah untuk kita menuntut ilmu. nak tak nak je.

Terima kasih banyak Mr Affendi.

AFFENDI HASHIM said...

Salam Salasiah, keja kat mana?

Glad to hear my thoughts with you

Remember, success is a journey, NOT a destination.

Salasiah Zakaria said...

salam Me Affendi.
Maaf lambat reply.. lame tak online sebab kesibukan hidupan harian.huhu..

Saya kerja kat Tampoi. Alhamdulillah ada juga peluang untuk saya timba ilmu lagi kat tempat baru ni. Memang tak ikut bidang tapi seronok sebab dapat blaja benda baru. Hari tu mintak UTM tak dapat.

Nanti nak cube sekali lagi. hihi..

Affendi Hashim said...

Ay ay Salasiah.

Kena tabah harungi idup kita ni

Salasiah Zakaria said...

salam
terima kasih Mr Affendi.
:D