Wednesday, August 26, 2009

Memasarkan Diri dan Memakai Baju Hujan

Salam Guys. Artikel ini I tujukan khas buat siswa siswi yang akan bakal menamatkan pengajian mereka serta bakal memakai baju hujan pada bulan Ogos di tahun 2010.

Dah pasarkan diri tak? Dah minta kerja tak? Inilah soalan yang selalu saya tanyakan kepada pelajar-pelajar saya di IPTA saya bekerja.

Jawapanya: Macam-macam ada:- "aik mana nak mintak keja, lum abes lagi." "kita takda ijazah lagi, macam mana nak mintak keja?, "tak da masa, sibuk dengan Projek Tahun Akhir", 'abes kalu kita mintak kerja, syarikat tu panggil interbiu, macam mana?" "kalau kita dia offer keja macam mana?, "bolehke kita mintak kerja sekarang, tak abes lagi? Dan berbagai-bagai jawapan yang mereka berikan.

Semuanya mereka gunakan "Pemikiran Logikal" mereka. Amende? Nak berfikir ni kena ada ilmunya. Bukan terus fikir atau pun dengar cakap-cakap orang.

Pertama "aik nak minta keje, belum abes lagi":-proses pengambilan pekerja baru memakan masa. Biasanya iklan dikeluarkan di bulan september. Tarikh tutup bulan oktober. Senarai pendek di bulan november. Bulan januari tahun berikut baru dapat kelulusan kewangan syarikat untuk mengambil staf baru. BUlan februari baru nak dipanggil interbiu. Bulan april, kuar surat tawaran. Bulan mei diminta melapor diri. Bukan ke comenye, anda abes je kuliah trus melapor diri ke syarikat berkenaan.

Kedua, "kita takda ijazah lagi, macam mana nak minta keje?" Logik ek? Fuzzy logic ke atau logik ciptaan sendiri? Kalu gitu, bulan ogos tahun depanlah baruleh mintak keja, sebab masa tu dah pakai baju ujan (Gaun konvo). Natijahnya tunggulah bulan mei tahun yang berikutnya untuk dapat kerja. Maksudnya anda kena makan anggur masam(menganggur) lebih kurang 13 bulan, baru dapat kerja.

Ketiga, "tak da masa sibuk dengan Projek Tahun Akhir": amendalah lu bro? This is your future. Cari masa untuk pasarkan diri. Takkanlah terlalu busy hingga tak da masa untuk masa depan kita. Buat resume yang vogue gitu (yang ni kena jumpa saya untuk design resume yang vogue gitu). Tajamkan ilmu persembahan diri dan bagaimana nak jawab soalan-soalan interbiu.

Keempat: "kalu syarikat tu panggil interbiu, macam mana?" : amendelah, kalu dia panggil interbiu, pegile. Oh takut pulak u dapat keje tu ek? Kalu ditawarkan bolehlah kita renegotiate dengan syarikat tu mengatakan yang kita akan melapor diri pada sekian haribulan lepas tamat final exam. Oh, you akan kata: "kalau dia kata tak boleh camne?" LU pk lah sendiri, hehe. Lawak je. Kalau dia kata takleh, ucapakan TQ. Setidak-tidaknya u dah ada pengalaman g interbiu.

Kelima: :bolehtak kita minta keja sekarang, tak abes lagi?" Jawapan saya mudah je: BERDOSA TAK?

Oki doki, kita fikir-fikirin

6 comments:

Ahsani Taqwim~ said...

salam..mr affendi,nice sharing..baru sy terfikir pasl tu..tenkiu.. :)

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

salam dato'
saya antara mahasiswa yang akan memakai baju hujan pada 2010 nnt, insyaAllah.
yea betul, saya pun risau mengenai pekerjaan selepas grad nt.
tapi ada beberapa perkara yang saya musykil
1. apa result yang perlu saya letak dalam resume kalau saya x grad lagi, valid ker kalau saya letak cgpa untuk 4 sem tu.
2. ada kemungkinan kami akan extend (harap2 x da la). jadi, apabila sudah dapat kerja tu, macam ada masalah jer. nak extend @ nak kerja.
3. kalau saya intrvew skrg, saya kena compete dgn graduan2 tahun dulu. dlm competition ni, kemungkinan kami akan kalah kerna kami x abes stdy lagi dan masa depan pun masih kelam, huhuhuhu.
4. saya masih masih berfikir sama ada nak smbung sampai peringkat master science, so, perlu ker saya hntar resume.
5. secara psychology nyer, kami akan focus pada benda yang dekat, so, bagi pelajar final year, kami akan focus pada FYUP @ PSM. sebab kalau PSM gagal, masa depan kami pun makin malap. kan????? so, kami x leh grad. huhuhuhu


mintak pandangan dan komen dato'

AFFENDI HASHIM said...

Wsalam.Well Yen. Glad to hear from u again.

Answer to 1: CGPA terkini. Valid asalkan benar.

Answer to 2: Amende, kalau nak extend sebab kena extend, extend. Kerja tu boleh negotiate dengan company tu bila u akan report. Dan kalau company kata "tak leh" tak pelah. Habiskanlah dulu degree u.

Answer to 3: Phew!!! Belum pergi perang dan mengaku kalah. Amende ni???

Answer to 4: Berdosa tak kalu Yen antar resume tu? Lu pklah sndiri, hehehehe

5: Betul betul betul. You are what you think. Berdasarkan pendapatan sahabat saya Stephen Covey dalam bukunya The 7Habits of HIghly Effective People, tebiat pertama katanya "Be Proactive", Tebiat kedua katanya "Begin With The End In Mind" dan Tebiat Ketiga "Put first thing first". Tebiat yang lain tu di episod yang lain, k, Yen.

Bro, nak berjaya kita kena proaktiflah bro. Pastukan tebiat kedua tu, I rasa Yen faham. Tebiat ketiga tu, put first thing first tu ada empat quadrant: Q1:Urgent & Important; Q2:Not Urgent & Important; Q3:Urgent and not important dan Q4:Not urgent and not important.

Menurut sahabat saya si Covey tu, katanya manusia yang manusia yang berjaya dan proaktif tu banyak meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti di Q2 dan jatuh di Q2: Not Urgent and Important.

Fikir-fikirin. Vogue gitu

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob said...

thanks for that comments
skrg saya lebih bersemangat nk bekerja
maybe sem depan @ slps raya
saya nak jumpa en. utk bincang pasai ni lebih lanjut
huhhuhu

zuhairi rahman said...

salam En. Affendi@cikgu saya hormati..
b4 dat..nk ucapkn thanks for the knowlegde n slamat hari raya maaf zahir n batin yek en. affendi.

mengenai prbncangn atas td sy rase wajar la if prsiapan resume di tnjukkn kepada en.affendi dlu.

bly x kirenye en.affendi cadangkn mse yg sesuai tuk tnjukkn resume kpd en.affendi?

harap pndangn dr pihak Dato' ;p

AFFENDI HASHIM said...

Wsalam Ahmad. Kaifa haluka. hehehe.

Leh jumpa saya, ape salehnya. Lagi pun tak berdosa pun.

Masa? U sms lah saya. InsyaAllah ada kelapangan kita jumpa di ofis saya.