Saturday, December 6, 2008

Salam Kejayaan. Setiap insan sememangnya inginkan kejayaan. Kejayaan tidak akan datng bergolek. Kita perlulah menciptanya. Kerana bagi saya "Success is not something to wait for, but something to work for". Untuk mencapai kejayaan, perlulah kita bekerja keras demi mencapai apa yang kita inginkan itu. Dan kejayaan bukanlah statik, sebaliknya ia adalah dinamik.

Sekiranya kita leka dengan apa yang kita capai setakat ini, tidak mustahil, kita akan ketinggalan ataupun terkebelakang kiranya kita masih lagi meraikan kejaayaan semalam kita itu.

Pelajar yang mendapat 12A untuk SPM tidak semestinya akan berjaya di masa hadapan. Kerana kejayaan kita di masa hadapan tidak diasaskan kepada kejayaan kita di hari ini. Jadi tiada titik noktah bagi kejayaan. Kita kena sentiasa memperbaiki kejayaan-kejayaan kita kerana "What is extraordinary today is going to be a norm tomorrow".

Sekian

No comments: