Friday, September 21, 2012

SEMANGAT KERJA

As salam. Phew almost one year I menyepi. Hehe, bz bangat. Okie dokie. Artikel saya kali ni berkisar mengenai pekerja berpencapaian dan pekerja sekadar. Dalam Islam, pekerjaan mempunyai taraf kemuliaan yang tinggi yang tidak ada tolok bangdingannya dengan agama dan kebudayaan-kebudayaan lain. Islam menuntut kita melakukan pekerjaan kita dengan cemerlang. Rasululah saw pernah bersabda “sesungguhnya Allah itu suka jika seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja dengan tekun dan sebaiknya.” Jadi, saya ingin berkongsi 4 tips bagaimana kita sebagai pekerja boleh menjadi pekerja yang baik( bersungguh-sungguh) ataupun pekerja berpencapaian. Pertama, Pekerja Berpencapaian: menyelesaikan tugas lebih daripada yang diperlukan. Baru-baru ini ada seorang sahabat saya telah ditugaskan membua satu kertas kerja. Setelah selesai, kertas kerjanya di’bind’ dan diletak muka depan yang cantik(gambar bunga). Beliau telah dipuji oleh ketua jabatan kerana kerja impresif. Lain dari yang lain. Biasanya yang lain-lain akan mengacip sahaja dan muka depan diletakkan kertas biasa sahaja. (memenuhi kehendak tugas). Janji buat! Kedua: Pekerja Berpencapaian mahu menjadikan ketua itu idola. Cari yang bagus mengenai ketua dan cuba ikut. Manakala pekerja cukup sekadar akan sentiasa bercakap mengenai kekurangan ketua dan organisasi. Susahlah, banyak songelah dan macam-macam lagi yang dibebelkan. Ketiga: Pekerja Berpencapaian akan bekerja lebih daripada masa wajib. Kalau mula kerja pukul 8.15am, datang awal, pukul 8.00am. Akan bantu pelanggan walaupun belum waktu kerja. Pulang pun lewat sedikit. Tidak asyik tengok jam. Itu Pekerja Cukup Sekadar. Keempat: Pekerja Berpencapaian mengenali ramai orang-orang penting. Cuba wujudkan hablulminannas. Ini penting untuk kelicinan dan pemantapan organisasi. Manakala Pekerja Cukup Sekadar akan hanya berkawan dengan beberapa orang sahaja. Yang lain tak ‘geng’. Elakkanlah. Baru-baru ini ada seorang sahabat yang mengeluh kerana beliau telah tidak digunakan ‘underutilized’. Dan saya bertanya kepada dirinya, ‘sudahkah Dr. Memasarkan diri Dr?’ beliau tercengang dan bertanya saya, ‘kena pasarkan ke? Saya ingat semua orang dah tahu,’ katanya. Itulah ciri pekerja berpencapaian, boleh memasarkan diri dan tidak menjadi pekerja cukup sekadar yang menanti orang lain untuk melihat ‘kerja baiknya’. Kesimpulannya, Menyelesaikan tugas lebih daripada yang diperlukan. Mahu jadikan ketua sebagai idola Bekerja lebih daripada masa wajib Mengenali ramai orang-orang penting Boleh memasarkan diri