Friday, May 7, 2010

Tugasan, Assignment Vogue Gitu

Tugasan tugasan tugasan, Begitulah kehidupan pelajar. Namun pernahkah kita terfikir, mengapa kita diberikan tugasan oleh pensyarah kita? Adakah kerana untuk markah, untuk memenuhi “silly burst” atau menjadikan pelajar lebih berlmu?

Sebagai pelajar, kita perlulah bersikap positif untuk memperbaiki dan menambahkan ilmu kita melalui pembacaan dan juga penyelidikan. Nah, di sinilah kita mesti memastikan diri kita ini untuk tidak terpengaruh membuat tugasan demi markah. Cari jalan pendek, copy and paste. Dua tiga jam dah siap tugasan, cari 5 atau 6 artikel di internet, scan sikit lebih kurang dan lepas tu copy and paste bahagian yang dirasakan perlu.

Pastu ubah font sikit, dan tulis di cover page Tugasan Blah blah oleh AMENDE BIN CAYALU(nama u all ok) dan esoknya dihantar “tugasan” kita tu ke pensyarah. Heheh, betulke ape yang kita buat ni? Maka akhirnya kakulah kita sebagai pelaja dek kebuntuan untuk berfikir. Yang tahu adalah hanya copy and paste, kemahiran yang dibuat kita selama empat tahun di university dan kita rasa bangga menjadi “mahasiswa”

Rasional di sebalik tugasan adalah supaya pelajar membaca sebanyak mungkin dan seterusnya mencerakinkan bahan yang telah dibaca atau dianalisa. Ramai pelajar yang kurang gemar membaca.

Dan bukannya hanya untuk menghantar tugasan kepada pensyarah dan seterusnya mengharapkan markah yang tinggi. Pastu katalah dapat A, dan rasa bangga pulak tu. Yo bro, betulke tu hasil kerje kita?

Di zaman ICT ni, buat tugasan senang je. Copy and paste. Dan kita tak tahu pun ape kebenda pun tugasan yang dihantar tu. Tolak tepi, yang penting dapat gred bagus dan dapat Ijazah. Hehe, berIjazah tak semestinya berILMU. Dan berILMU tak semestinya berIJAZAH.

Dan apa yang berlaku adalah, di dunia ICT ni, tugasan yang diberikan boleh dilakukan oleh pelajar dalam masa sehari atau pun beberapa jam melaui budaya copy and paste. Justeru nikmat mencari ilmu sudah dilupakan, yang penting siap assignment dan dapat markah tinggi, A. Wow, masyarakat mengatakan kita Gemilang, ibu ayah rasa kita Terbilang dan kita sebenarnya penuh Temberang.

Saya selalu menasihatkan pelajar saya agar mencari ilmu sebanyak mungkin semasa diberikan tugasan, rujuk buku banyak-banyak, dapatkan ilmunya, barulah kita boleh mempertingkatkan keilmuan kita dan sterusnya ini akan meningkatkan keyakinan kendiri kita.

Rujuk internet, bukannnya tak boleh, boleh. Internet hanyalah sekadar titik permulaan untuk kita mengkaji. Seterusnya diikuti melalui rujukan buku, makalah, jurnal dan sebagainya.

Untuk memantapkan diri kita, kita perlu berusaha untuk mendapatkan sebanyak PENGETAHUAN, MEMAHAMI apa yang dibaca, MENGANALISA, dan seteusnya MENGAPLIKASI dalam kehidupan kita, juga melakukan SINTESIS terhadap bahan yang dibaca dan seterusnya MENILAI nya. Dan bila kita menulis, kita perlu merumus apa yang telah kita selidiki melalui pembacaan-pembacaan kita. Oki doki, marilah kita bersama-sama mencari keberkatan ILLAHI bila kita melakukan apa jua aktiviti dalam kehidupan kita.

Sikap Tepat, hidup Berkat. Our ATTITUDE will determine our ALTITUDE