Thursday, April 22, 2010

ALASAN MALASAN KEPUTUSAN

Ada orang suka memberi alaSAN
Gagal kerana orang ataSAN
Walhal mereka sebenarnya yang bermalaSAN
Baik makan pulaSAN


Ada orang suka memberi alaSAN
Tak rajin kerana kurangnya balaSAN
Wow, mereka peraSAN
Baik makan maniSAN


Ada orang suka memberi alaSAN
Membuatkan kita hampir jatuh pengSAN
Mendengarkan rintihan tangiSAN
Hantarkan mereka bingkiSAN
Elakkan peraSAN
Buangkan alaSAN
Hakiskan kemalaSAN

Kerana kejayaan berpihak kepada mereka yang tidak beralaSAN
Ciptalah keputuSAN
Elakkan Memberi AlaSAN, Dan berikankanlah KeputuSAN
Ogenki desu ka, konichiwa dari AffendiSAN

Thursday, April 15, 2010

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN

Salam, kabar kabare.

Lama saya tidak menulis. Walaubagaimanapun, kali ni, saya ingin kita semua menyenaraikan:
1. Apakah kekuatan anda?
2. Apakah kelebihan anda
3. Apakah kemahiran anda?
4. Apakah minat anda?

Saya ingin anda senaraikan kekuatan atau kelebihan yang telah dikurniakan oleh Allah swt kepada diri anda sekalian. Ya, seperti pengetahuan memasak, mencatas pokok, membuat pasembur, budu,ice blended dan lain-lain. Ia juga termasuk kemahiran menenun, menjahit dan sebagainya.

Adakah anda telah menggunakan sepenuh kekuatan dan kelebihan itu untuk sesuatu yang berfaedah kepada diri anda, keluarga dan masyarakat? Ramai manusia mengatakan mereka tidak mempunyai kekuatan atau kelebihan. Jawapan seperti: “apalah yang saya ada, saya orang kampung”, “takda ape, belajar pun tak tinggi”, “public speaking tak power” dan macam-macam lagi. Ah, amende???

Ada juga bila saya ajukan soalan ini mereka mengatakan “I am a nobody”, lantas saya menjawab “I want nobody, nobody, but you. I want nobody, nobody, but you”. Hehehe, saya melawak je.

Untuk berjaya kita kenalah kenal pasti kekuatan-kekuatan yang telah Allah swt kurniakan kepada kita. daripada kekuatan ini, kita taburkan bakti kepada masyarakat. Pandai masak, buka warong atau restoran. Pandai menenun, jadilah pereka hiasan dalaman.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Sekiranya kita fikir kita tewas, kita akan tewas. Bila kita fikir kita takut, kita akan takut.

Jika kita suka menang, tetapi kita fikir tidak boleh, besar kemungkinan kita tidak akan menang. Jika kita fikir kita kalah, kita akan kalah.

Ini kerana di dunia ini kita telah temui bahawa kejayaan bermula dari niat insan, semuanya tertanam dalm minda kita. Jika kita fikir kita tersisih, kita betul tersisih.

Kita perlu memilih untuk berjiwa besar(jangan salah anggap ye, ooops, jiwa besar bukan bermaksud riak atau bongkak) untuk maju. Kita seharusnya yakin pada diri sebelum kita boleh memenangi hadiah.

Perjuangan hidup tidak sentiasa tampil kepada insan yang kuat dan pantas. Sebaliknya, lambat-laun insan yang menang ialah insan yang berfikir dia boleh. Merdekakanlah diri kita daripada penjara buatan kita sendiri. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

So, pikir-pikirin