Sunday, December 26, 2010

DUA SAHABATKU

Salam Guys. Di kali ni saya nak berkongsi cerita mengenai dua orang sahabat saya, satu namanye Neg dan yang sorang lagi namanye Posi yang saya kenal satu ketika dahulu.

Betul, betul betul. Pada awalnya saya telah berkenalan dengan Neg. Neg ni, orangnya pandai bercerita. Neg sentiasa membawa beg laptop ke mana sahaja dia pergi. Dalam beg laptopnya takda laptop. Sebaliknya beg laptopnye berisi campuran-campuran alasan dan masalah.

Neg selalu berkongsi campuran itu dengan saya. Neg juga ada stok permaidani yang cukup bersar dan mencukupi yang akan diberikan kepada saya supaya saya boleh menyorokkan sesuatu yang menyusahkan saya.

Neg cukup baik, sentiasa menemani saya ke mana sahaja saya pergi. Dia selalu bertindak sebagai penasihat dan selalu bercerita mengenai kegagalan.

Setiap kali saya ingin mencuba dan memulakan sesuatu perkara atau sesuatu pekerjaan, Neg akan sentiasa bermurah hati untuk memberikan saya khidmat perundingan dengan percuma. Neg akan sentiasa memberikan beribu-ribu alasan kepada saya supaya saya melupakan sahaja niat saya tu dan juga menyatakan kepada saya mengenai masalah, kesusahan, kepayahan yang akan saya hadapi.

Perkataan-perkataan popular Neg adalah seperti “tak bolehlah, Alah, sudahlah, cukuplah susah, seganlah, dah nasib badan, apa orang lain kata, relaxlah brader, tak boleh, susah, payah, pening kepala nanti”.

Sekonyong-konyong pada satu hari entah macam mana saya telah Berjaya melalukan sesuatu dengan eloknya. Inilah bibit pertama pertemuan saya dengan rakan saya yang sorang lagi, namanye Posi.

Posi telah mengucapkan tahniah kepada saya. Dengan sekelip mata sahaja, dia telah menunjukkan kepada saya bagaimana saya boleh mencipta kejayaan dalam hidup saya.
Posi selalu melemparkan kata-kata seperti, “aku boleh, aku mesti buat yang terbaik, Pasti Berjaya, Aku mesti kerja kuat.” Wow, saya berasa begitu seronok dengan kehadiran Posi dan Posi selalu menunjukkan kepada saya perkara-perkara yang tak pernah saya impikan sebelum ini.

Pada mulanya saya sering juga mengajak Neg kalau saya keluar berjalan dengan Posi. Manalah tahu saya perlukan Neg juga. Tapi lama-kelamaan saya dapati saya perlukan Posi lebih dari Neg. Walaupun kedua-duanye pandai bercerita, saya dapati cerita Posi begitu memberangsangkan dan meyakinkan serta membara dari cerita Neg yang suram, gundah gulana, dan menggagalkan.

Akhirnya Posi menjadi pilihan saya dan saya mula menjauhi Neg. Phew, dalam diam-diam, Neg telah cuba menukar identitinye untuk mengaburi mata saya bagu tujuan untuk mendekati saya semula. Neg telah memakai topeng untuk mengaburi mata saya.

Tapi saya tetap mengenali Neg walaupun dia memakai topeng. Camne ek? Senang je. Melalui tutur katanye seperti, “Tak bolehlah, Alah menyusahkan, Tengoklah dulu, Dah terpaksa, Tak apalah, Seganlah, Tak payahlah, Cukuplah.”

Saya jauhi Neg dari hidup saya. Akhirnya dengan Semangat yang Posi berikan kepada saya, saya telah Berjaya ke Puncak Kejayaan. Dan kini bila saya menoleh ke bawah, saya nampak Neg di sebuah lembah memekik-mekik kepada mereka yang lalu-lalang untuk mendengar alasan dan masalah yang diberikannya untuk mencari mangsa-mangsa baru. Phew.

Wow, panjangle pulak artikel kali ni. Guys, dua sahabat ni ada dalam diri kita. Lu pikirlah sendiri. Yang mana pilihan hati?

Saturday, December 18, 2010

HIDUP BERNAFASKAN KEJAYAAN

Hidup kita adalah satu perjuangan. Kita berjuang dengan segala kemampuan dan kurniaan yang telah Allah swt berikan kepada kita.

Sebagai seorang konsultan dan juga motivator, saya sering ditanya oleh peserta-peserta kursus motivasi saya:Apakah yang membuatkan seseorang itu cemerlang dan gemilang?

Untuk hidup di dunia ini, kita perlu bernafaskan oksigen. Dan untuk hidup cemerlang dan gemilang, kita perlu bernafaskan kejayaan. Bagi diri saya ‘kejayaan adalah hak milik setiap insan’. Success is 1% inspiration and 99% perspiration.

Hidup bernafaskan kejayaan (Al-Falah) ini sentiasa meletakkan keyakinan kepada kekuasaan Allah swt. Yakin yang Allah itu Maha Adil. Sebagai contoh, untuk hidup senang kita perlu berusaha. Tanpa usaha, masakan kita boleh hidup senang.

Saya ingin berkongsi 3 tips mengenai Hidup Bernafaskan Kejayaan. Yang pertama, insan yang bernafaskan kejayaan itu menggabungkan niat dan perbuatan. Dia adalah insan yang menentukan matlamatnya(niat) dan bertindak untuk mencapai cita-citanya (perbuatan). Sebagai seorang Muslim, apa sahaja yang kita lakukan niatnya terlebih dahulu adalah kerana Allah swt dan perbuatan kita adalah kerana Allah swt. Insyaalah apa yang kita usahakan akan mendapat keberkatan Ilahi.

Yang kedua ialah insan yang bernafaskan kejayaan dahagakan kemajuan. Mereka rasa tidak selesa berada di takuk yang lama sahaja. Ini kerana apa yang begitu gah hari ini akan jadi satu kebiasaan di hari esok. What is extraordinary today is gonna be a norm tomorrow.Kita perlu ingat bahawa ‘success is a journey, NOT a destination.” Justeru itu, untuk berjaya kita perlu tingkatkan diri kita dari masa ke masa, tingkatkan ilmu kita dan usaha kita. Sebagai insan yang bernafaskan kejayaan, kita perlu sedar bahawa kemajuan itu bererti perubahan. Ubah sikap, ubah minda, baiki diri kita.

Yang ketiga, untuk hidup bernafaskan kejayaan kita perlulah menjadi tangan yang memberi. Terdapat pelbagai jenis ‘memberi’; memberi sedekah, nasihat, pertolongan dan ilmu. Tangan yang menerima biasanya tidak akan memperolehi kegembiraan seperti yang diperolehi oleh tangan yang memberi. Mengapa? Bila selalu menerima, kita menjadi manusia@bangsa yang lemah dan kurang berfikir untuk menjadi pemberi pula.

Islam adalah agama kejayaan dan Islam sentiasa menyeru ke arah kejayaan. Gabungkanlah niat dan perbuatan, dahagakan kemajuan dan jadilah tangan yang yang memberi.