Salam Guys, tak lama lagi nak lebaran, hehehe, yahoo. Apakah santapan raya yang u all suke? Saya suka ketupat dan rendang, kelass gitu. Apeke resipinye nak buat rendang ek? I nak kongsi sikit resipi nak buat rendang untuk raya yang bakal menjelang.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk rendang raya ini adalah:
a. 1 timbunan ilmu.
Ilmu ini penting untuk ekalan hidup kita dunia dan akhirat. Sebagai muslim, kita perlu menimba,menambahbaik ilmu kita. ilmu hidup, ilmu kerja, ilmu akhirat. Kita mestilah sentiasa dahagakan ilmu.
b. 180g motivasi tinggi.
Untuk sentiasa gembira, kita perlu punyai motivasi yang tinggi. Dan mengingat mati adalah satu motivasi.
c. Sebuah ketekunan diparut
d. 150g perasaan ceria, kesungguhan
e. 10 hiris keinsafan- dimayang halus
f. Beberapa keping kasih sayang
g. 8 keping estim diri
h. 12 keping pemikiran positif
i. 130g komunikasi efektif
j. 80g pemikiran optimistik
Dan sebagai hiasan (makanan perlulah dihias, baru nampak cantik dan menyelerakan), hiaskan dengan sekuntum senyuman dan perasaan kesyukuran.
Mengapa rendang raya? Apabila saya ditanyakan kahbar, saya selalu menyatakan, setiap hari adalah hari raya buat diri saya. Hari raya adalah sesuatu yang sentiasa dinantikan kita dan hari yang sungguh gembira buat diri kita. Justeru itu, setiap hari adalah hari raya buat saya.
Bahan-bahan kita telahpun tersedia. Marilah kita membuat rendang raya kita. yang pertama, timbunan ilmu tadi dipelajari dan ditapis lalu digaul dengan motivasi, asas utama untuk kita gembira. Perapkan ilmu dan motivasi tadi hingga cukup mesra. (makin tinggi ilmu kita, makin tunduk/mesra sesama insan). Selepas itu, kita perahkan ketekunan menjadi satu liter pati kesungguhan dan dua liter usaha. Orang yang ingin gembira, mereka tidak mempunyai masa untuk sesuatu yang tidak berfaedah seperti gosip, mengumpat dan sebagainya.
Gaulkan keinsafan, kasih sayang, estim diri dan pemikiran positif sehingga rata. Carilah benda yang baik-baik atau positif pada orang lain. Hormat sesama insan. Barulah hidup kita boleh gembira, tak berprasangka, buruk sangka dan lain-lain.
Setelah kita gaulkan keempat-empat ramuan tadi, kita renjiskan komunikasi efektif sehingga bangkit baunya. Komunikasi efektif adalah sesuatu yang teramat penting untuk mempertingkatkan hablulminannas ataupun hubungan sesama insan.
Bahan-bahan yang telah kita gaul tadi, kita campurkan dengan perasaan ceria. Biarkan sementara. Menyentuh mengenai ceria-“Adakah kita senyum kerana kita gembira?” atau –“Adakah kita gembira kerana kita senyum?”
Selepas tiga minit, masukkan kesungguhan dan tutup dengan keimanan. Bila rendang raya kita sudah masak/empuk, hidanglah ia dengan semangat optimistik.
Elakkan daripada terkena jari-jemari negatif. Nanti basi (elakkan campur dengan orang yang negatif).
Untuk hiasan, taburlah senyuman di atas rendang raya kita.
Begitulah caranya membuat rendang raya agar setiap hari adalah hari yang gembira, ceria dan setiap hari adalah hari raya buat diri kita semua, insyaallah. Selamat mencuba.