Menyentuh mengenai resepi kek ini, kali ini, saya Chef Affendi® ingin berkongsi satu resipi kek. Bukan resipi kek kukus, bukan juga kek lapis Sarawak, tapi Resipi Kek Kejayaan.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kek Kejayaan ini adalah:
500g semangat (yang membara)
250g inisiatif atau daya usaha
100g kecekalan – jatuh sekali bangun semula sepuluh kali
180g kepercayaan
130g keinsafan
280g pengorbanan
180g campuran akhlak mulia
8 sudu teh perasaan tanggungjawab
200g senyuman
Bahan-bahan telahpun tersedia, marilah kita sama-sama membuat kek kejayaan kita. Pertama sekali, kita pukul semangat kita hingga menjadi kembang dan kental. Untuk berjaya, kita perlukan semangat yang kental, yang tidak mudah mengalah.
Selepas ianya kembang, masukkan inisiatif serta kecekalan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan kita tadi menjadi lembut lebih kurang 8 minit. Setelah itu, campurkan kepercayaan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Untuk berjaya, kita perlu percaya dan yakin pada diri kita sendiri, bertanggungjawab serta punyai akhlak mulia.
Ketiga, campuran tadi kita bungkuskan pula di dalam daun Ingin Tahu dan Ingin Cuba. Setelah kita bungkuskan elok-elok barulah kita masukkan adunan kita tadi ke dalam mangkuk keinsafan.
Lepas tu, hiasilah dengan senyuman yang menawan dan bakar adunan kita tadi dengan semangat yang membara.
Kalau kita gunakan ketuhar biasa (Jalan Lama) , kita bakar pada suhu 180° selama 38 minit.
Kalau kita gunakan ketuhar mikrowave (Leburaya), bakarlah ia selama 10 minit,
Untuk dapatkan kek yang elok dan cantik, elakkan adunan kita tadi daripada terkena air mata putus asa. Orang yang inginkan kejayaan, tidak kenal erti putus asa. Buangkan perkataan putus asa daripada kamus hidup kita. Agama Islam tidak akan tersebar luas sekiranya Nabi Muhammad saw putus asa di waktu dahulu.
Itulah dia resipi kita kali ini. Resipi kek kejayaan. Selamat mencuba.
Vogue gtu.