Thursday, April 22, 2010

ALASAN MALASAN KEPUTUSAN

Ada orang suka memberi alaSAN
Gagal kerana orang ataSAN
Walhal mereka sebenarnya yang bermalaSAN
Baik makan pulaSAN


Ada orang suka memberi alaSAN
Tak rajin kerana kurangnya balaSAN
Wow, mereka peraSAN
Baik makan maniSAN


Ada orang suka memberi alaSAN
Membuatkan kita hampir jatuh pengSAN
Mendengarkan rintihan tangiSAN
Hantarkan mereka bingkiSAN
Elakkan peraSAN
Buangkan alaSAN
Hakiskan kemalaSAN

Kerana kejayaan berpihak kepada mereka yang tidak beralaSAN
Ciptalah keputuSAN
Elakkan Memberi AlaSAN, Dan berikankanlah KeputuSAN
Ogenki desu ka, konichiwa dari AffendiSAN

Thursday, April 15, 2010

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN

Salam, kabar kabare.

Lama saya tidak menulis. Walaubagaimanapun, kali ni, saya ingin kita semua menyenaraikan:
1. Apakah kekuatan anda?
2. Apakah kelebihan anda
3. Apakah kemahiran anda?
4. Apakah minat anda?

Saya ingin anda senaraikan kekuatan atau kelebihan yang telah dikurniakan oleh Allah swt kepada diri anda sekalian. Ya, seperti pengetahuan memasak, mencatas pokok, membuat pasembur, budu,ice blended dan lain-lain. Ia juga termasuk kemahiran menenun, menjahit dan sebagainya.

Adakah anda telah menggunakan sepenuh kekuatan dan kelebihan itu untuk sesuatu yang berfaedah kepada diri anda, keluarga dan masyarakat? Ramai manusia mengatakan mereka tidak mempunyai kekuatan atau kelebihan. Jawapan seperti: “apalah yang saya ada, saya orang kampung”, “takda ape, belajar pun tak tinggi”, “public speaking tak power” dan macam-macam lagi. Ah, amende???

Ada juga bila saya ajukan soalan ini mereka mengatakan “I am a nobody”, lantas saya menjawab “I want nobody, nobody, but you. I want nobody, nobody, but you”. Hehehe, saya melawak je.

Untuk berjaya kita kenalah kenal pasti kekuatan-kekuatan yang telah Allah swt kurniakan kepada kita. daripada kekuatan ini, kita taburkan bakti kepada masyarakat. Pandai masak, buka warong atau restoran. Pandai menenun, jadilah pereka hiasan dalaman.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Sekiranya kita fikir kita tewas, kita akan tewas. Bila kita fikir kita takut, kita akan takut.

Jika kita suka menang, tetapi kita fikir tidak boleh, besar kemungkinan kita tidak akan menang. Jika kita fikir kita kalah, kita akan kalah.

Ini kerana di dunia ini kita telah temui bahawa kejayaan bermula dari niat insan, semuanya tertanam dalm minda kita. Jika kita fikir kita tersisih, kita betul tersisih.

Kita perlu memilih untuk berjiwa besar(jangan salah anggap ye, ooops, jiwa besar bukan bermaksud riak atau bongkak) untuk maju. Kita seharusnya yakin pada diri sebelum kita boleh memenangi hadiah.

Perjuangan hidup tidak sentiasa tampil kepada insan yang kuat dan pantas. Sebaliknya, lambat-laun insan yang menang ialah insan yang berfikir dia boleh. Merdekakanlah diri kita daripada penjara buatan kita sendiri. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

So, pikir-pikirin

Friday, February 19, 2010

Setiap barang 5 ringgit, tak beli tak ape

Salam. Sudah lama saya menyepi diri. Hehe bz cket. Kali ni saya nak bercerita mengenai ketam.

Saya ingin berkongsi satu cerita yang berlaku di sebuah market. Market ini agak sibuk juga, maklumlah barangannya segar dan harganya pun berpatutan. Ramai yang mengunjunginya. Dalam kalangan yang menjual itu, terdapat seorang yang menjual ketam. Disimpannya ketam itu di dalam sebuah baldi yang besar.

Baldi pertama ditandakan dengan warna putih dan ditutup rapi. Baldi yang kedua bewarna coklat dan tidak ditutup. ‘mari, mari, mari! Ketam, ketam! Cantik! Mulah, mulah! Manyak flesh ma’

“Setiap barang 5 ringgit, tak beli tak apa”, hehe, macam pernah dengar je frasa tu. Maka ramailah pembeli yang mengunjungi ke gerai penjual ketam itu.

Pembeli-pembeli yang mengerumuni gerai tersebut merasa hairan melihat dua buah baldi besar itu lalu bertanya: ‘lao pan, ini dua dua baldi besar, ada apa?’ jawabnya; ‘ketam. Ini baldi putih juga ketam, baldi coklat juga ketam ma’.

Pelanggan pun bertanya lagi, ‘apahal baldi putih ada tutup dan baldi coklat tak ada tutup? Mana satu yang bagus? Ketam yang ditutup atau tidak?’ maka jawab si penjual, ‘itu ketam baldi putih, kalau saya tidak tutup, semua ketam akan panjat keluar dari baldi itu ma.’

Pembeli yang kebingungan bertanya lagi, ‘ini ketam dalam baldi coklat, mengapa tidak ditutup?’ jawab penjual, ‘ini ketam dalam baldi coklat, dia tak lari punya ma. Satu ekor panjat, yang lain akan tarik itu satu ekor. Maka semua akan jatuh balik dalam baldi ma. Jadi, tidak payah susah-susah tutup. Biar saja ma’

Hehe, lu pklah sendiri.

Saturday, December 5, 2009

RESIPI KEK KEJAYAAN

Menyentuh mengenai resepi kek ini, kali ini, saya Chef Affendi® ingin berkongsi satu resipi kek. Bukan resipi kek kukus, bukan juga kek lapis Sarawak, tapi Resipi Kek Kejayaan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kek Kejayaan ini adalah:

500g semangat (yang membara)
250g inisiatif atau daya usaha
100g kecekalan – jatuh sekali bangun semula sepuluh kali
180g kepercayaan
130g keinsafan
280g pengorbanan
180g campuran akhlak mulia
8 sudu teh perasaan tanggungjawab
200g senyuman

Bahan-bahan telahpun tersedia, marilah kita sama-sama membuat kek kejayaan kita. Pertama sekali, kita pukul semangat kita hingga menjadi kembang dan kental. Untuk berjaya, kita perlukan semangat yang kental, yang tidak mudah mengalah.

Selepas ianya kembang, masukkan inisiatif serta kecekalan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan kita tadi menjadi lembut lebih kurang 8 minit. Setelah itu, campurkan kepercayaan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Untuk berjaya, kita perlu percaya dan yakin pada diri kita sendiri, bertanggungjawab serta punyai akhlak mulia.

Ketiga, campuran tadi kita bungkuskan pula di dalam daun Ingin Tahu dan Ingin Cuba. Setelah kita bungkuskan elok-elok barulah kita masukkan adunan kita tadi ke dalam mangkuk keinsafan.

Lepas tu, hiasilah dengan senyuman yang menawan dan bakar adunan kita tadi dengan semangat yang membara.

Kalau kita gunakan ketuhar biasa (Jalan Lama) , kita bakar pada suhu 180° selama 38 minit.

Kalau kita gunakan ketuhar mikrowave (Leburaya), bakarlah ia selama 10 minit,

Untuk dapatkan kek yang elok dan cantik, elakkan adunan kita tadi daripada terkena air mata putus asa. Orang yang inginkan kejayaan, tidak kenal erti putus asa. Buangkan perkataan putus asa daripada kamus hidup kita. Agama Islam tidak akan tersebar luas sekiranya Nabi Muhammad saw putus asa di waktu dahulu.

Itulah dia resipi kita kali ini. Resipi kek kejayaan. Selamat mencuba.

Vogue gtu.

Sunday, November 29, 2009

BINTANG DI LANGIT

Sekiranya kita melihat langit di waktu malam, kita akan dapati kalau langit lebih gelap, maka lebih teranglah bintang-bintang. Pernahkah kita bertanya, mengapa agaknya kita tidak nampak bintang di siang hari?

Ini berlaku bukan kerana bintang tiada di siang hari. Ada! Ianya berlaku kerana pancaran cahaya matahari yang begitu terang hingga menyebabkan bintang-bintang tadi tidak kelihatan. Begitulah keagungan Ilahi. Dia mencipta dan menjadikan sesuatu itu ada sebabnya. Kita perlu fikirkan.

Apakah yang boleh kita simpulkan mengenai kejadian atau fenomena bintang ini? Dalam kegelapan, bintang cantik bercahaya terang. Begitulah hidup kita. Kita perlukan kegelapan(kepayahan/cabaran/dugaan) untuk menampakkan bintang-bintang dalam diri kita.

Kita bukan dicipta untuk kegagalan, kita dicipta untuk kemenangan. Kegagalan/ kegelapanlah yang akan menjadikan kita manusia yang berjaya. Kegagalan adalah kekalahan sementara. Putus asa adalah kegagalan sebenar.

Kebanyakan manusia bila menemui jalan kegagalan, dia akan berkata ‘mengapa aku, bukan si polan?’ Sepatutnya kita berterima kasih kepada Ilahi kerana kita masih lagi bernyawa untuk memulakan usaha yang baru setelah gagal.

Sebagaimana yang saya kata tadi, kegagalan adalah kekalahan sementara. Jatuh 1 kali, bangkit semula 10 kali. Mungkin ada hikmah di sebalik kegagalan kita. Usaha lagi, tambah ilmu, bangkit. Elakkan menyalahkan orang lain, keadaan, kurang modal, dan macam-macam lagi.

Begitulah pandangan saya mengenai kegagalan. Kekalahan sementara. Putus asa -kekalahan sebenar. Bagi saya, sekiranya kita ingin berjaya, kita perlu mempunyai prinsip 3P:

Pandangan hidup
Pegangan hidup
Perjuangan hidup


It is better to light a candle rather than to curse the darkness.

So guys, fikir-fikirin.

Sunday, November 22, 2009

Ikan, Ikan, ikan, mari beli Ikan

Ada di antara kita yang suka makan ikan air tawar, ada juga yang suka makan ikan parang, tenggiri dan sebagainya. Bercakap mengenai ikan, saya teringat ada pepatah Cina lama yang mengatakan “berikan seseorang itu seekor ikan, dia akan hidup untuk sehari. Ajar seseorang itu cara menangkap ikan, dia akan hidup sepanjang hayatnya


Kalau dikupas pepatah itu, dalam maksudnya. Sekiranya seseorang itu atau pun sesuatu bangsa itu selalu ditolong sahaja untuk mendapatkan sesuatu dengan cara memberi apa yang diingini tanpa diajarkan cara untuk mendapatkannya, sebenarnya kita tidak menolong mereka. Ini akan menjadikan mereka golongan yang sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain dan meminta-minta. Seseorang itu atau pun sesuatu bangsa itu akan sentiasa meminta ikhsan orang lain.

Ini akan menjadikan mereka kurang berkeyakinan untuk menghadapi cabaran arus kehidupan, lemah-lesu, moyok, letih dan takut untuk menghadapi kehidupan. Manakala jika kita tunjuk ajar seseorang itu bagaimana untuk memperolehi sesuatu itu, ini sudah tentu akan memberkan dia ilmu untuk membaiki dirinya.


Saya selalu menekankan prinsip ini kepada pelajar-pelajar saya. Belajar di universiti memerlukan kewangan yang banyak. Sebagai contoh; pelajar jurusan arkitek memerlukan wang untuk projek-projek, peralatan, dan pembinaan model. Pelajar jurusan pengurusan memerlukan wang bagi membuat penyelidikan di luar kampus. Semuanya memerlukan wang. Saya selalu menegaskan kepada mereka supaya berusaha untuk mendapatkan wang dan tidak lagi menunggu atau terlalu mengharapkan wang dari keluarga terutama ibubapa.


Bagaimana? Saya selalu menekankan supaya mereka menggunakan kepakaran, ilmu serta kekuatan mereka. Diajarkan kepada mereka cara untuk menjana pendapatan dari kepandaian mereka. Kita perlu berdikari dan merebut peluang yang berada di sekeliling kita. Sebagai contoh, jika fakulti saya ingin membuat kain rentang, saya selalu memberikan projek ini kepada pelajar-pelajar untuk membuat kain rentang untuk sesuatu seminar atau pun bengkel yang dianjurkan oleh fakulti saya.


Kain rentang yang telah disiap harganya sekitar RM150 setiap satu. Katalah pihak fakulti ingin mendapatkan 4 kain rentang, ini bermakna RM600 akan dapat diperolehi oleh seseorang pelajar itu. Sudah tentu, untungnya kepada pelajar tersebut sekurang-kurangnya RM300. Nah, cara inilah kita telah mengajar mereka cara mencari wang atau pun menjana pendapatan semasa belajar.


Ini sudah tentu akan mengajar mereka untuk lebih bersemangat, tidak sangat mengharapkan pertolongan orang lain, disamping boleh mempraktikkan apa yang dipelajari di bilik kuliah


Bangsa Melayuku, untuk menjadi bangsa yang maju dan perkasa, kita perlu berusaha sendiri dengan lebih gigih serta tekun lagi. Giatkan usaha kita. Bukalah mata kita. Bukalah minda kita. Dan bukalah hati kita. Elakkanlah daripada terlalu mengharapkan pertolongan orang lain atau subsidi.


Belajarlah sesuatu ilmu itu dan praktikkan dalam kehidupan kita. Berikan seseorang itu seekor ikan, dia akan hidup untuk sehari. Ajar orang itu cara untuk menangkap ikan, insyAllah dia akan hidup sepanjang hayatnya.

Oki doki, fikir-fikirin

Tuesday, November 10, 2009

Temuduga Dan kerja Lagi ...


Baru2 ni saya menerima satu email dari seorang pelajar bertanyakan mengenai meminta kerja. Dia kata ada satu buku yang mengatakan ada soalan bocor untuk g temuduga kerajaan. Saya beritahu dia, saya tak pernah dengar buku tu dan nama pengarangnye. Yang saya selalu dengar adalah Modul SPICE untuk RESUME dan Interbiu saya yang RM10 tu, je, hehehhe.

Mana ada kabel/fiber optic. Kalu selalu gunakan pintu yang kurang elok, kita takkan pernah yakin dengan diri kita sendiri. Sebenarnya kan, kerja ni kita kena percaya pada rezeki Allah. Ketetapan ILLAHI

Gunakan jalan yang bersih, insyaAllah ada barakahnye. I pernah gak dapat opportunity menemuduga beberapa bakal calon Guru Bahasa kat fakulti I. Tak da pun ape rahsianya. Sume bergantung pada I atau sipenemuduga yang lain. Dia macam ada aura. I rasakan ATTITUDE sicalon tu yang penting.

Persiapannye:
1. Solat dhuha selalu.
2. Solat tengah malam minta rezeki dari Allah
3. Membaca 41 X fatihah setiap hari dan dihadiahkan pada bakal penemuduga kita,
minta Allah lembutkan hati mereka pada kita.
4. Siapkan diri: keyakinan, kematangan, keilmuan, kejujuran
5. Market kan diri selalu. Market, market, market
6. Buang konsep "susah nak dapat kerja sekarang"
7. Buang konsep "banyak persaingan". Persaingan adalah konsep orang yahudi. Orang
Islam harus percaya bahawa sume orang ada rezekinya, tak cepat, lambat. Allah
akan beri kita pada masa yang Dia fikirkan sesuai untuk kita.
8. Jauhi virus ORang Gagal yang sentiasa menghasut seperti "nak kerja kena ada
orang dalam", mana nak dapat kerja, kita sume fresh graduate" dan macam-macam
lagi.
9. Percaya pada diri.
10. Dekatkan diri dengan orang yang positif
11. Cari ilmu (Berijazah tak semestinya berilmu dan berilmu tak semestinye berijazah)
12. Hati bersih.