Sunday, December 26, 2010

DUA SAHABATKU

Salam Guys. Di kali ni saya nak berkongsi cerita mengenai dua orang sahabat saya, satu namanye Neg dan yang sorang lagi namanye Posi yang saya kenal satu ketika dahulu.

Betul, betul betul. Pada awalnya saya telah berkenalan dengan Neg. Neg ni, orangnya pandai bercerita. Neg sentiasa membawa beg laptop ke mana sahaja dia pergi. Dalam beg laptopnya takda laptop. Sebaliknya beg laptopnye berisi campuran-campuran alasan dan masalah.

Neg selalu berkongsi campuran itu dengan saya. Neg juga ada stok permaidani yang cukup bersar dan mencukupi yang akan diberikan kepada saya supaya saya boleh menyorokkan sesuatu yang menyusahkan saya.

Neg cukup baik, sentiasa menemani saya ke mana sahaja saya pergi. Dia selalu bertindak sebagai penasihat dan selalu bercerita mengenai kegagalan.

Setiap kali saya ingin mencuba dan memulakan sesuatu perkara atau sesuatu pekerjaan, Neg akan sentiasa bermurah hati untuk memberikan saya khidmat perundingan dengan percuma. Neg akan sentiasa memberikan beribu-ribu alasan kepada saya supaya saya melupakan sahaja niat saya tu dan juga menyatakan kepada saya mengenai masalah, kesusahan, kepayahan yang akan saya hadapi.

Perkataan-perkataan popular Neg adalah seperti “tak bolehlah, Alah, sudahlah, cukuplah susah, seganlah, dah nasib badan, apa orang lain kata, relaxlah brader, tak boleh, susah, payah, pening kepala nanti”.

Sekonyong-konyong pada satu hari entah macam mana saya telah Berjaya melalukan sesuatu dengan eloknya. Inilah bibit pertama pertemuan saya dengan rakan saya yang sorang lagi, namanye Posi.

Posi telah mengucapkan tahniah kepada saya. Dengan sekelip mata sahaja, dia telah menunjukkan kepada saya bagaimana saya boleh mencipta kejayaan dalam hidup saya.
Posi selalu melemparkan kata-kata seperti, “aku boleh, aku mesti buat yang terbaik, Pasti Berjaya, Aku mesti kerja kuat.” Wow, saya berasa begitu seronok dengan kehadiran Posi dan Posi selalu menunjukkan kepada saya perkara-perkara yang tak pernah saya impikan sebelum ini.

Pada mulanya saya sering juga mengajak Neg kalau saya keluar berjalan dengan Posi. Manalah tahu saya perlukan Neg juga. Tapi lama-kelamaan saya dapati saya perlukan Posi lebih dari Neg. Walaupun kedua-duanye pandai bercerita, saya dapati cerita Posi begitu memberangsangkan dan meyakinkan serta membara dari cerita Neg yang suram, gundah gulana, dan menggagalkan.

Akhirnya Posi menjadi pilihan saya dan saya mula menjauhi Neg. Phew, dalam diam-diam, Neg telah cuba menukar identitinye untuk mengaburi mata saya bagu tujuan untuk mendekati saya semula. Neg telah memakai topeng untuk mengaburi mata saya.

Tapi saya tetap mengenali Neg walaupun dia memakai topeng. Camne ek? Senang je. Melalui tutur katanye seperti, “Tak bolehlah, Alah menyusahkan, Tengoklah dulu, Dah terpaksa, Tak apalah, Seganlah, Tak payahlah, Cukuplah.”

Saya jauhi Neg dari hidup saya. Akhirnya dengan Semangat yang Posi berikan kepada saya, saya telah Berjaya ke Puncak Kejayaan. Dan kini bila saya menoleh ke bawah, saya nampak Neg di sebuah lembah memekik-mekik kepada mereka yang lalu-lalang untuk mendengar alasan dan masalah yang diberikannya untuk mencari mangsa-mangsa baru. Phew.

Wow, panjangle pulak artikel kali ni. Guys, dua sahabat ni ada dalam diri kita. Lu pikirlah sendiri. Yang mana pilihan hati?

7 comments:

ms. ck said...

bole tak saya nak pinjam kawan baik sir yg bernama posi 2...supaya saya juga boleh singkirkan cik. neg yg smkin hari cuba nak rapatkan diri dgn saya...sungguh annoying dgn cik. neg ni..huhu

AFFENDI HASHIM said...

Salam ms. ck. Leh, ape salahnye.

Yup Neg tu annoying

NORA BELLA said...

saya juga mahu singkirkan ms Neg :)

Cahaya Kemudahanku~ said...

slm.. wah.. klo jdkn cerpen, best gak citer ni.. huhu.. erm.. skung ble dgr je org sebut perkataan "masalahnye", rse mcm pelik n rse nk tergelak pn ade gak.. huhu.. mari sme2 jauhkn dri drpd cik neg yg annoying tu.. hihi..

Salasiah Zakaria said...

Salam Mr. Affendi.

Sihat?? Lama tak dengar cite baru blok ni ke saya yang tertinggal. hihi..

betul tu.. Starting hidup saya dulu pun ditemani neg n posi. Tapi bila dah lalui zaman berzaman, posi memang pilihan hati. Kena kuatkan iman nak jauhkan diri dari neg ni.. huhu... cabaran! terima kasih Mr. Affendi sebab kongsi cerita ni. ;)

cekelat pekat said...

sir, i'm looking for posi..

gilombe said...

sir...sy nak posi jugak...p x tau cara!!!!huhuhuhu